January 25, 2012

Umrah : Part 1 Madinah

Rasanya macam dah lambat sangat ni nak cerita pasal pergi umrah thn lps. Ya ampun! Memang dah janji ngan korang kan nak cerita pasal umrah ni. Memang dah janji. Hu. Tapi, asyik terbengkalai je. Kalau dah kerja tu, memang tak sempat jela. Asyik diperam je cerita tu. Dah sampai basi dah. Nak wat mcmane. Disebabkan dah janji, kenalah tepati kan?kan?Saya akan cubalah sedaya upaya utk ceritakan pengalaman saya semasa di sana. Nasib baiklah terjumpa tentatif program masa kat sana. Maka, bolelah cerita serba-sedikit.

Kami sewaktu di Masjid Jamek Kota Tinggi sebelum naik bas

Kami di KLIA sebelum berangkat

Ok. Ceritanya bermula begini. Ceewaah!Ntah apa-apa aje. Asalnya, memang niat arwah ayah saya untuk mengerjakan umrah pada tahun 2010. Tetapi, disebabkan arwah tidak sempat menunaikan hasratnya itu, maka, ibu telah merancang untuk menunaikan hasrat tersebut dengan membawa kami sekeluarga menunaikan umrah. Maka, tarikh 28 Mei - 12 Jun 2011 telah dipilih. Cuma adik perempuan saya yang tidak dapat mengikuti umrah tersebut sebab tengah posting di hospital. Nak buat macammane. Ibu kenalah bawak dia next time pula. Kami pergi bersama-sama dengan Tok Ayah, nenek, Mak Ngah, Ayah Uda & Pak Busu. 11 orang kesemuanya. Dalam kumpulan kami ini ada 37 jemaah termasuklah kami sekeluarga. Ibu telah memilih Syarikat BinKhaled.

Seminggu sebelum bertolak, kami telah mengikuti kursus umrah di Kota Tinggi. Masa itu, barulah tahu serba-sedikit apa yang perlu dilakukan dan apa yang perlu dibawa semasa di sana. Macam revise juga la sebab pernah belajar pasal umrah ni masa Sekolah Agama dlu. Cuma dah lupa aje.

Pada 28 Mei 2011 (Sabtu), kami pun bertolak ke Masjid Jamek Kota Tinggi. Dari sini, kami akan menaiki bas dan terus ke KLIA. Nenek, Tok Ayah & Mak Ngah telah berkumpul di rumah Ayah Uda sehari lebih awal. Anip dan Pak Busu pun sama. Nanti kami akan berjumpa di KLIA terus.

Perasaan?Masa tu takde perasaan kot. Just go with the flow. hoho. Masa dalam bas, asyik termenung je. Tak tahu nak buat apa. Sebab sehari sebelum tu, saya pulun tanda kertas peksa budak-budak sampai petang. Malam, barulah pack barang-barang. Ibu pula masa dalam bas masih sibuk menanda kertas peksa budak. Katanya, cikgu. Memang begitulah. Sebab kami pergi masa cuti sekolah selepas budak peksa tengah tahun. Maka, memang kena tanda kertas peksalah. Nanti kalau tak siap tanda, balik umrah, dah kalut kan. Tu yg tanda cepat-cepat. Tak nak pikir bila dah sampai sana.

Dalam jam 4 petang, sampailah kami di KLIA. Masa tu, saudara-mara memang dah menunggu kami. Imam Muda Taufek pun ada sekali. hehe. Nak dipendekkan cerita, jam 7.30 malam, kami bertolak ke Dubai dengan menaiki pesawat Emirates. First time okay!Sebelum ini naik AirAsia. Semestinya lain. Tempat duduk lebih luas dan selesa. Siap ada tv kecik lagi. Bolehlah layan movie, lagu, dan macam-macam lagi. Lagi 1. Kerjanya makaaaaannn je. Haha. Macam-macam jenis. Rasa kesian pulak tgk steward & stewardess diorang. Rasanya tak nampak diorang duduk. Bergerak ke sana ke sini. Tak rehat. Lagi satu, diorang cantik & handsome!Serius tak tipu. hehe.

5 jam kemudian, sampailah kami di Dubai. Masa tu jam 12.00 pagi lbh kurang la waktu Dubai. Tgk luar, gelap jelah. Airport pun sunyi je. Ktorang transit kat situ. Kami solat Jama' Takhir dan rehat-rehat kejap. Ada wifi. Maka, sempatlah nak update status fb. hehe.


Sewaktu transit di Dubai. Baru sampai ni.

Tengah tunggu flight seterusnya. Lepak-lepak sambil baca map Dubai :)

Jam 1.15 pagi, kami bertolak ke Madinah pula. Naik Emirates lagi. Dan makan lagi!hehe. Dalam 3 jam perjalanan, tibalah kami di Madinah pada jam 3 pagi. Perasaan?Penat + takut. Entahlah kenapa. Orang ckp, kalau dah sampai Madinah & Mekah, kena jaga hati dan percakapan. Apa yang kita cakap atau pun terdetik dalam hati sekali pun, akan terjadi. Jadinya, beristighfar jelah banyak-banyak. Masa tu barulah kami kenal Mutawif kami iaitu Ustaz Zaidi. Ore Kelate tapi dah lama tinggal di Madinah. Kahwin pun dengan orang Arab.

Masa nak check in passport tu, rasa takut gak. Entahlah kenapa. hu. Tapi, satu je yang saya rasa kagum. Orang-orang kat sana sentiasa pegang tasbih walaupun tgh kerja. Mmg bagus! Selepas itu, kami terus ke Hotel Al-Fayroz untuk check in dengan menaiki bas. Kami sampai di sana lebih kurang jam 4 lbh pagi. Waktu tu ramai orang yang baru balik dari masjid untuk solat Subuh. Selepas check in, kami terus masuk bilik, kemas-kemas, bersihkan diri dan solat Subuh. Alhamdulillah. Hotel kami dekat sangat dengan Masjid Nabawi. Buka je tingkap, dah nampak masjid. Lebih kurang 100 meter kot dari hotel. Memang tak jauhlah. Setiap kali azan, memang jelas dengar.

Esoknya, iaitu pada 30 Mei (Isnin) pagi, lepas breakfast, kami pun pergi melawat-lawat di sekitar masjid bersama-sama IM Taufek :). Beliau telah membawa kami ke sekitar masjid. Dapatlah tgk-tgk suasana kat situ. Masjid memang 24/7 buka. Orang memang tak pernah reda. Sentiasa ada. Pada waktu pagi, payung emas telah dibuka untuk kerja-kerja pembersihan. Sebab pada waktu malam, payung tersebut tutup. Di mana-mana disediakan air zam-zam di dalam tong. Bila minum, memang sangat segar. Serius tak tipu.

Hari ini, acara bebas. Selepas melawat-lawat sekitar masjid, kami pun pulang ke bilik. Oh ye. Tiba-tiba teringat. Nak dijadikan cerita, ada satu kejadian yang menyedihkan pada hari tersebut. Nak tau ape?Huhu. Ni yang sedih ni nak cerita. Hu.

Kisahnya bermula selepas solat Asar di masjid. Kalau nak tau, setiap jemaah dibekalkan dengan sebuah beg yang boleh gantung kat leher. Ala, macam beg orang nak pergi haji tu. Tau kan?Saya pun pakailah. Sangkut kat leher. Dalam tu letak Al-Quran, handphone (masa ini dah tukar sim card kat sane. Sim card asal dah simpan dalam purse, tinggal kat bilik) & shade. Nak dijadikan cerita, kalau keluar je dari masjid, memang confirm orang berpusu-pusu. Setakat kena tolak & rempuh tu memang dah biasa dah. Tambah pulak nenek naik wheelchair. Jadi, pergerakan kami agak terbataslah. Ntah kenapa. Masa kami lepas je daripada pintu utama tu, saya dah rasa tak sedap hati. Serius. Tapi, buat macam biasa je sebab kalau difikirkan sangat, nanti betul-betul terjadi. Masa balik tu, rilex jela tapi hati ni still rasa ada benda yang tak sedap telah terjadi.

Sampailah lepas Isya. Bila sampai je bilik, masa nak tido, baru saya perasan yang handphone saya hilang!Sarung shade pun lesap sekali!Ya Allah!Dugaan apa ni?Tak sampai sehari lagi saya kat sini, barang yang paling berharga telah hilang. Memang saya nangis tak berhenti-henti satu malam. Tersengguk-sengguk atas katil. Memang takde mood waktu tu. Ibu suruh redha je. Mungkin ada perbuatan saya yang Dia tak suka. Maka, Dia uji saya. Handphone saya takdelah mahal pun. Nokia N70 je. Tapi, yang membuatkan saya sedih tu bila saya dah tak dapat baca sms-sms yang ayah saya bagi sebelum ayah meninggal dunia. Tu jela kenangan saya dgn arwah ayah :(. Saya sedih sangat. Nak buat mcmana kan?Mungkin Allah tak bagi saya ingat ayah. Sebab kalau saya baca je sms-sms tersebut, saya mesti nangis. Hu. Redha jela kan. Benda dah nak jadi. Hu. Nasib baiklah sim card saya dah simpan elok-elok kat purse. Kalau tidak, lagilah susah.

Ok. Tinggalkan cerita sedih tu. Pada hari esoknya, 31 Mei (Selasa), kami telah mengikuti lawatan dalam masjid. Kami telah dibawa ke sekitar masjid oleh seorang mutawif perempuan. Orang Malaysia gak tapi dah kawin dengan Pak Arab. Dah tak ingat nama. he. Selepas tu, barulah dibawa masuk ke masjid untuk pergi ke Raudhah. Raudhah ini merupakan antara tempat yang paling mustajab untuk berdoa. Bukan senang nak masuk tau. Kalau orang lelaki mungkin lagi senang nak masuk. Tapi tidak bagi kaum wanita. Sebab kalau nak masuk, ada waktu-waktu yang tertentu sahaja Raudhah dibuka untuk kaum wanita. Tak silap saya, pada waktu pagi dan selepas Zohor. Yang selepas Isya' pun ada gak kot tapi waktu tu lagi ramai orang.

Bila masuk je ke kawasan menunggu untuk ke Raudhah, barulah saya tau rupa-rupanya nak masuk ke situ pun ikut negara. Siap ada signboard lagi. Maka, kami pun duduklah di kawasan jemaah Malaysia. Kena tunggu giliran. Kalau nak tahu, jemaah Malaysia selalunya masuk dulu sebab takut kene rempuh dengan jemaah-jemaah dari negara lain terutamanya dari Turki. Diorang ni kasar tau. Main rempuh je. Boleh melayang dibuatnya. Masa itu, ibu dan nenek tunggu kat tempat lain sebab nenek naik wheelchair. Mutawif kami bgtau, kalau dah sampai Raudhah, terus je solat sunat. Kalau nak berdoa, kena doa masa sujud sebab kalau kita berdoa lepas solat, nanti kita kena halau keluar sebab tempat tu sempit sangat. Orang pulak ramai. Ada 2 checkpoints kot sebelum dapat masuk kat Raudhah. Nak tau bila kita sampai kat Raudhah ialah bila kaki kita dah pijak kat karpet warna hijau. Karpet yang lain ialah warna merah.

Masa dapat masuk tu, perasaannya syahdu sangat walaupun kita berhimpit-himpit dengan orang lain. Terus je Solat Sunat Taubat & Hajat. Mohonlah apa-apa yang terlintas di fikiran. Kat situlah juga terletaknya makam Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda. Masa tu memang sujud lama sangat walaupun badan dah terasa-rasa kena rempuh dengan orang. Masa keluar je dari Raudhah, memang hati dah nekad nak pergi lagi. Kena pergi.

Pada 1 Jun (Rabu), kami telah pergi melawat ke kawasan luar iaitu ke Masjid Quba', Masjid Qiblataini, Jabal Uhud, Makam Penghulu Syuhada, Medan Peperangan Khandaq, Jabal Maghnit, Ladang Kurma & Pasar Kurma. Memang hari ini dari pagi sampai petang kami berjalan-jalan dengan menaiki bas. Seronoklah sebab dapat melawat tempat-tempat bersejarah sebab sebelum ini asyik dengar je masa belajar kat sekolah dulu. Yang paling menakjubkan masa pergi ke Jabal Maghnit. Kenapa?Sebab dikatakan kat sini tarikan daya magnet sangat kuat. Buktinya, driver bas tu tak perlu tekan minyak untuk menggerakkan bas. Bas boleh bergerak sendiri dengan lajunya. Serius. Sangat mengagumkan :). Oh ye, lupa nak bagitau, cuaca kat sini panas berbanding dengan Malaysia. Masa kami pergi ini memang dah musim cuaca panas. Suhu mencecah 40 degree tau. Memang terasa haba panas tu. Malam pun sama.

Pagi sebelum naik bas

Di Jabal Uhud

Di Jabal Maghnit

Di Pasar Kurma

Esoknya, 2 Jun (Khamis), merupakan hari terakhir kami di Madinah. Selepas Zohor kami akan berangkat ke Mekah pula untuk melakukan ibadah umrah. Sekejap je masa. Rasa macam baru aje sampai di sini. Kami dikehendaki melakukan Ziarah Wida' (selamat tinggal). Masa buat Ziarah Wida' lepas solat Zohor tu, hati rasa sayu je. Bilalah lagi saya akan sampai di sini. Hu. Lepas Zohor, kami pun bertolak ke Mekah. Masa ini, orang lelaki dah pakai kain ihram siap-siap sebab kami akan berniat miqat di Bir Ali. Ok. Nanti saya akan ceritakan pulak pengalaman di Mekah ya. Tunggu.


Berlatarbelakangkan Masjid Nabawi di waktu malam. Kat blakang tu payung emas telah dikuncupkan

Waktu solat di Madinah (waktu saya pergi umrah):

Subuh - 4.04 pagi
Dhuha - 5.34 pagi
Zohor - 12.19 tengah hari
Asar - 3.42 petang
Maghrib - 7.03 petang
Isya' - 8.33 malam


Tips:

(1)Pastikan kena pergi awal ke masjid sekurang-kurangnya setengah jam sebelum azan sebab nanti takde tempat nak solat. Memang solat atas lantai tanpa karpet jela. Tak pun solat kat luar.

(2)Selalunya, azan Subuh akan dilaungkan sebanyak 2 kali. Pertama, sejam sebelum masuk Subuh. Kedua, sewaktu Subuh. Maka, apabila dah dgr azan yang pertama, teruslah bangun dan bersiap-siap untuk ke masjid.

(3)Beli sim card kat sana sebab buat call ke Malaysia memang murah. Saya beli sim card Zain.

(4)Tak payah risau pasal tak ckp duit riyal kat sana. Sebab senang nak jumpa money changer. Macam saya, sebelah hotel je dah jumpa money changer. hehe. Tapi, nak selamat, buat jelah roaming kad atm tu.

(5)Bawaklah tumbler / botol minuman untuk simpan air zam-zam dan bole dibuat minum di bilik hotel.

(6)Bawak beg kecik / plastic beg untuk simpan selipar / sandal anda. Beg tersebut boleh dibawa masuk ke dalam masjid. Ini utk mengelakkan kita terlupa letak kat rak kasut mana. Rak kasut memang banyak. Tkt teringat-ingat masa solat. Kang tak khusyuk pulak kan.

(7)Jangan bawa handphone ke dalam masjid sebab kalau bahagian perempuan, ada guard yang jaga di pintu masuk. Diorang akan check beg kita. Handphone akan diambil. Yang lelaki takde masalah.

(8)Pakai shade untuk mengelakkan mata sakit sebab kat sana sangat panas. Bukannya nak melawa tapi untuk kesihatan mata. hehe.

(9)Plg penting - kalau nak gantung beg kecik tu kat leher, pastikan korang letak beg tu dalam telekung. Orang tak kan nmpk. Kejadian menyeluk beg mcm saya kena takkan terjadi.

Okay. Itu aje. Harap dapat bantu korang.
Olá! Se você ainda não assinou, assine nosso RSS feed e receba nossas atualizações por email, ou siga nos no Twitter.
Nome: Email:

4 comments:

ainna said... at Saturday, January 28, 2012 at 11:04:00 AM GMT+8

Alhamdulillah, kenangan itu indah. entah bila Allah akan menjemput kita menjadi tetamu Nya sekali lagi... ainna dulu masa kat masjid, ayah yang guide, kat dlm masjid tue pandai2 sendr, ayah anta smp depan pintu je. travel agent kami guna masa nk g tempat2 lawatan. perasaan yang tidak dpt di gambar kn..kn??? rasa mcm xcukup je dengan penceritaan namun ianya dapat menjadi satu coretan sebagai perkongsian.

Nur Adibah Md Azman said... at Saturday, January 28, 2012 at 12:46:00 PM GMT+8

Iye Ainna. Sgt indah. Mmg nk g lg. Kena kumpul duitlah. Kita ni pn asyik ulang2 je bc entry sdri sbb mcm seronok lak bc byk kali. hehe. Mayb lps ni g dgn kwn2 lak. hee...jom!

Nabihah Hazwani said... at Wednesday, March 6, 2013 at 9:42:00 PM GMT+8

syukur alhamdulillah..terima kasih diatas perkongsian adibah,mudah-mudahan saya dapat mengikut jejak langkah lepas ini..in shaa Allah..amin

Nur Adibah Md Azman said... at Wednesday, March 27, 2013 at 10:54:00 AM GMT+8

Sama-sama. Moga kita semua dapat pergi ke sana menjadi tetamu-Nya. Saya yang da pergi pun, rindu nak ke sana lagi. Mudah-mudahan dimurahkan rezeki.