October 24, 2010

Budak-budak Ni..............

Apa nak jadilah dengan budak-budak sekarang. Menulis di blog tu takde masalah. Takde hal pun. Aku pun tak kisah. Biarlah mereka. Memang semua orang berhak untuk menulis. Tapi, yang aku kisahkan adalah sikap segelintir pelajar ini menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap guru di blog. Adoi!Dia ingat cikgu tak tahu kot blog mereka ini. Isk2. Minta dijauhkanlah mereka daripada mengutuk aku. Better they talk to me face to face rather than kutuk-kutuk cikgu di blog. Isk2. Rasa menyirap pun ada. Pelajar yang tak disangka-sangka tula yang menulis. Adoi!Memang beristighfar jela aku apabila membacanya. Hmmm.......Tula, apa orang kata, don't judge the book by it's cover. Samalah juga dengan manusia. Aku buat proverb sendiri - don't judge people by their skin. Hehe. Ok tak?Entahlah. Memanglah kadang-kadang itu kita ada je yang tak pernah puas hati dengan orang. Tapi, tak perlu kot tulis kat blog. Masalahnya dahle kutuk cikgu sendiri. Isk2. Memang tak patut. Aku dulu pun kalau tak puas hati dengan cikgu, takdela sampai nak tulis kat blog. Hmm..Tula yang dinamakan budak-budak sekarang. Dah berani! Tak sama macam kita dahulu. Takut dan masih ada rasa hormat terhadap cikgu. Betul tak kawan-kawan?Kalau tak puas hati itu, cakap dengan kawan je. Lps tu, simpan dalam hati. Tapi, sekarang. Sorry to say la. Mereka ini boleh siap jumpa cikgu atasan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka ini. Jangan main-main ha!!!

Okaylah. Malas nak menaip pjg2. Jumpe lagi di lain entry. Daa!!!Wassalam. Take Care.
October 14, 2010

GSTT, sila baca.

Okaylah. Tak nak cerita panjang2. Korang kena baca yang ini. Takut terlepas pandang ke apa kan. Aku mengharapkan kajian yang sedang dijalankan akan cepat berakhir dan mendapat jawapan yang positif. Itu saja. Sila klik sini.

Apa pendapat korang?

Ada perasaan juga mereka ini...=)

HEHE. Minggu lepas, aku kurang sihat. Kenapa?Sakit apa?Biarlah rahsia :D. Malu nak cakap. HAHA. Poyo tak ayat?Mesti korang nak muntah kan. HAHAHA. Nasibla. Siapa suruh baca entry aku ni. HEHE.

Okay. Berbalik kepada tajuk entry. Kenapa aku tulis macam tu?Ha, mestila ada sebabnya. Kalau korang nak tahu, rupa-rupanya ada juga perasaan budak-budak ini kat cikgunya yang sorang ini.

Nak dijadikan cerita, aku memang saaangaaat tak larat hari Khamis lepas. Punyala aku menahan sakit, sampai tak boleh nak mengajar. Rasa nak balik je. Kalau fikir-fikir, mcmana aku nak balik sebab aku yang drive ke sekolah. Nak drive pun tak larat. Maka, aku tahankan ajala. Tetapi, memang aku tak mengajar la. Mengajar separuh jalan je. Aduh!Sangat tak larat. Sampai menitik air mata aku menahan sakit. HUHU.

Budak kelas aku ni ada 10 orang aje; 8 lelaki, 2 perempuan. Maka, kelas ni memang majoritinya lelaki. HEHE. Pada mulanya, aku ingatkan diorang ni tak 'concern' pasal aku. Sekali, bila aku cakap yang aku tak sihat, wah!Terus terharu. hihi. Tak ku sangka. Macam-macam diorang bagi tips dan nasihat. HEHE. Contohnya:

Pelajar A : Cikgu duduk aja. Jangan ajar.
Pelajar B : Cikgu pergila toilet. (Yang ni aku ta
k bole blah. Rasa nak tergelak je. HEHE)
Pelajar C : Cikgu balikla. Tidur. Rehat-rehat.
Pelajar D : Cikgu, apa boleh kami buat?Kami lelaki. Kami tak tahu mcmane cikgu rasa. (HEHE. Cute tak yang ni?Mesti korang dah dapat teka kan aku sakit apa?HEHE)
Pelajar E : Kesian cikgu.....


Ha, dan macam-macam lagila. Bila masuk ke kelas seterusnya, aku pun tak mengajar. Punyalah tahan sakit, sampai terlelap sekejap. Hmm...Dah tengahari, sakitku pun beransur pulih. Alhamdulillah. Itulah kisahnya. Kesimpulannya, ada juga perasaan mereka ini terhadap cikgunya walaupun selalu kena tegur sebab suka sangat cakap kuat dalam kelas. Terima kasih wahai anak-anak muridku walaupun cikgu pasti kamu semua memang takkan baca entry cikgu ini. hehe. Dari kiri : Goh, Pei Min, Wong, Eric, Poh & Tan
Tiada dalam gambar : Tan (ketua kelas), Chiang, Dixon & Chan

Alhamdulillah

Seperti dalam entry yang lepas fasal aku telah berjaya mendapat lesen memandu. Lesen P pun P lah. Ada aku kisah apa orang nak kata?Lambat atau cepat seseorang itu mendapat lesen tidak menunjukkan apa-apa pun. Aku ada sebab kenapa ambil lesen lambat. Sama juga dengan orang lain. Maka, jangan terlalu nak ambil kisah apa orang lain nak kata okay!

Ha, ini ada sebuah cerita. Alhamdulillah misi aku seterusnya berjaya dicapai walaupun sebenarnya apa yang aku nak tak sepenuhnya dicapai. Apa dia?HAHA. Mesti ada yang dah dapat agak apa. HIHI. Aku malas nak cerita panjang lebar. Pandai-pandai korang la teka.

Maka, dengan tercapainya misi ini, aku kena usahakan misi yang seterusnya. Aku sedang meng'improve'kan diriku la ni. Moga tercapai. Bak kata pepatah, hendak seribu DAYA, tak hendak seribu DALIH. Tak gitu?HEHE. Insya Allah. Dengan usaha yang ada, akanku dapat jua.

Sudah masuk bulan yang ke-10 dalam tahun 2010. Pejam celik pejam celik dah 10 bulan aku tinggal di kampung halaman dan berbakti untuk anak Mersing. Isk2. Tak ku sangka langsung. 'Syllbus' pun byk yang dah habis. Tinggal nak ulangkaji ajala. Lagi dua minggu nak 'final exam'. Kalau kat U, dah start mengumpul soalan2 exam lps2. Tapi, bdk2 ni. Jangan harapla. Siap main-main lagi. Apa nak jadilah dengan diorang ni. Isk2.....

Okaylah. Itu aja. Lain kali jumpa lagi. Babai.