September 17, 2010

Birthday's Celebration

Wah, tidak ku sangka. Da umur 25 ni baru ada celebrate besday. Muahaha. Da lame kot tak celebrate. Last masa kat matric - Nadiah, Yani & Kak Naz yang wat. Masa kanak-kanak dulu adala. BTW, thanx to ibu yang belikan kek. Sedap!!Secret Recipe Mersing. hehe.
September 16, 2010

25 th Birthday!

15 September 2010 - Hari Lahir ku yang ke-25.
Tiada sambutan hari lahir.
Hanya doa dan ucapan daripada rakan-rakan dan saudara-mara.
Masih dalam mood beraya.
Seronok beraya dengan rakan-rakan sekolah rendah. hehe.
Apa-apapun,
Mudah-mudahan dilanjutkan usia untuk beribadah kepada Allah, dimurahkan rezeki untuk menjalani hidup yang mendatang, diteguhkan iman dan dipertemukan dengan jodoh yang baik (ramai yg doakan yang ini. Amin!!). Terima kasih kepada semua yang mendoakan.
September 12, 2010

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri buat semua. Maaf zahir batin. Moga Lebaran kali ini memberi seribu makna dan kemanisan buat semua. Jangan dilupakan pada yang telah pergi. Amalkan budaya kunjung-mengunjung dan bermaafan di hari mulia ini. Wassalam.
September 7, 2010

Misi Tercapai

Alhamdulillah. Satu misi untuk tahun ini sudah tercapai. Syukur sangat. Betapa susahnya nak mencapai misi ini. Hanya Allah yang tahu. Berkat susah-payah dan usaha gigih tanpa mengenal erti jemu, aku dapat jua akhirnya. Mukaku 'sun burn' dan waktu tidurku di petang hari, aku terpaksa lupakan semata-mata untuk yang satu ini. Ahhaa..Korang tau ke apa?Jeng jeng...


Inilah misi ku. Hihi. Ala, mesti korang ckp aku da lambat ambil lesen. Takpala. Ada aku kisah?Janji aku dah lepas. Biar lambat asal selamat. Tak perlu repeat. Sukses dengan jayanya. Markah aku 18/20 kot. Ha, nak cakap apa. Hahaha. Nasib baik tak full marks.

Nak tahu apa jadi masa hari test?Haha. Tak payahlah cerita. Biar aku simpan aja dalam lipatan memori aku. Chewah!Yang penting, kisah aku dan kawan aku ambil test JPJ, 1 sekolah tahu. haha. Nasibla. Siapa suruh jadi cikgu. Sampai kerani JPJ tu pun mak anak murid aku. Tak boleh nak sorok dahlah. Hmm..Keesokannya harinya, pengetua tanya aku, mcmana dengan test. Adoi. Malu aku. Nasib baik lulus =). Bayangkan kalau tak lulus, malunya. huhu.

Habis cerita pasal Test JPJ. Buat pengetahuan semua, misi kedua aku sedang diusahakan ni. Korang doakan lah ye. Faham-faham sendirila misi apakah itu. hehehe. Kalau sudah berjaya, aku akan bagitahu di entry yang seterusnya. Tuungguu!!!

Air Mata Ini Tumpah Lagi



Hmm. Entahlah. Tak tahu nak cakap. Orang lain dok sibuk bergembira nak beraya, tapi aku menangis aje. Adakah aku 'gembing'?Adakah air mata aku semakin murah tika ini?Oh tidak!Kenapa ya?

Di akhir-akhir Ramadhan ini, waktu bersolat, aku pasti akan teringatkan ayah. Hatiku sayu sekali. Apabila terkenangkan ayah, aku pasti sedih. Hari ini aku menangis lagi buat kesekian kalinya. Aku sudah tidak tahu untuk kali yang ke berapa. Habis telekung aku penuh dengan air mataku. huhu. Tak tahula sembahyang aku itu dikira khusyuk atau pun tidak kalau dah asyik tersengguk-sengguk menangis. hoho.


Lagi-lagila bila nak dekat raya ni. Selalunya, ayahlah yang paling sibuk mengemas rumah; mengecat, meracun rumput, lap tingkap, menganyam ketupat, dan banyak lagi. Selalunya kami akan buat kuih raya kesukaan ayah iaitu kuih tat. Tapi, tahun ini tidak lagi. Mood untuk beraya hilang terus. Beli baju dan kasut raya pun untuk cukup syarat untuk beraya aje. Kadang-kadang tu sebagai terapi juga membeli ini. Boleh lupakan seketika kesedihan yang dialami. Aku tak boleh bayangkan lagi bila di pagi raya nanti. Aku tak sanggup untuk melaluinya. huhuhuhu.

Pengajaran daripada kisah aku ini - hargailah ayah dan ibu selagi mereka ada. Kita tidak tahu bila maut menjemput. Tanpa tinggalkan pesan apa-apa, mereka boleh pergi jua. Itu semua sudah ditentukan-Nya. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Aku masih tercari-cari apa sebenarnya hikmah yang tersembunyi itu. Bukan untuk menidakkan takdir. Jauh lagi untuk meragui. Tetapi, sebagai seorang hamba yang penuh dengan kekhilafan, aku pasti akan terfikir-fikir jua. Maafkan aku Ya Allah!