January 25, 2012

Umrah : Part 2 Mekah

Mcmana cerita pasal Umrah di Madinah?Ok tak?Ada tak bagi informations sikit-sikit kat korang. Lagi-lagi ada yang dah teringin nak ke sana. Oklah kan. hehe.

Okaylah sambung cerita di Mekah pulak. Pada 2 Jun (Khamis), setelah melakukan Ziarah Wida' di Madinah, kami pun bertolaklah ke Mekah dengan menaiki bas. Sebelum tu, kita disunatkan mandi sunat ihram. Niatnya, "Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah Ta'ala". Semasa di dalam bas, mutawif kami pun menerangkanlah serba-sedikit bagaimana untuk melakukan umrah. Kami pun bertalbiahlah:

Labbaik Allah humma labbaik
Labbaik la sharika laka labbaik
Innal hamda
Wan ni'mata
Lakawal Mulk
La sharikalah.

Setelah sampai di Bir Ali, kami pun melakukan solat sunat ihram. Niatnya ialah "Sahaja aku sembahyang sunat ihram dua rakaat kerana Allah Ta'ala." Kemudian, niatlah ihram. "Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta'ala". Harus diingat ye, bila dah niat tu, kita dah berada dalam ihram dan kena mengikut larangan-larangannya. Kalau melanggar pantang larangnya, kena bayar dam (denda). Antaranya ialah menanggalkan rambut atau bulu dari mana-mana anggota badan (yang ni plg ssh nak jaga sebab rambut perempuan kan senang gugur. hu), memakai bau-bauan, mengerat kuku dan banyak lagi.

Setelah berniat, kami pun meneruskan perjalanan ke Mekah sambil tu mengalunkan talbiah bersama-sama. Masa itu perasaannya, Ya Allah!Nervous!Serius tak tipu. hoho. Dalam perjalanan tu, pemandangannya hanyalah padang pasir semata-mata. Beza betul dengan pemandangan highway kat Malaysia yang penuh dengan kehijauan tumbuh-tumbuhan.

Kami tiba di Mekah dalam jam 11 malam. Lebih kurangla. Kami terus je menuju ke Masjidil Haram untuk menunaikan rukun umrah yang seterusnya iaitu Tawaf. Oooohhhh!Tempat yang sangat dinanti-nantikan!Sebelum tu, saya nak bgtau rukun-rukun Umrah:


(i)Niat umrah - Niat ihram umrah di miqat
(ii)Tawaf - mengelilingi Ka'bah sebanyak 7 kali bermula & berakhir di penjuru Hajar Aswad
(iii)Sa'i - berjalan berulang-alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali
(iv)Bercukur/bergunting - sekurang-kurangnya 3 helai
(v)Tertib - perlu dilakukan satu-persatu mengikut tertib


Masa gerak nak ke Masjidil Haram, bermacam-macam perasaan bercampur baur. Masa itu, orang ramai di mana-mana. Ada yang memakai kain ihram, ada yang sedang bertalbiah beramai-ramai dalam 1 kumpulan termasuklah kami, dan bermacam-macam ragam lagilah. Masa itu, perut saya tiba-tiba memulas-mulas sebab nervous sgt!Ye la. Takut sbb bila dgr cerita org yg tiba-tiba tak nampak Ka'bah. Isk. Minta dijauhkanlah. Bila dah masuk je pintu Masjidil Haram, lagilah nervous! Bila dah masuk je ke kawasan Masjidil Haram, zaaap!Mata terus je terpandang kat 1 objek yang besar di tengah-tengah. Cubalah teka apa?Semestinyalah Ka'bah!!!!Itulah Ka'bah yang selama ini kita solat berkiblatkannya. Ya Allah!Macam tak sangka je saya dah dapat tgk Ka'bah!Sedih + syahdu!

Ka'bah!

Kami terus je memasuki kawasan tawaf. Orang memanglah ramai. Tak pernah surut walaupun waktu tu dah nak dekat jam 12 tgh malam!Semuanya sibuk mengerjakan ibadah tanpa jemu. Masa tu saya masih blur macammne nak buat. hu. Jahilnya saya. Nasib baiklah ibu byk ajar saya. Bacaan apa yang nak kena baca. Mula kat mana. Niatnya apa. Buat pengetahuan korang, kita kena niat tawaf dulu sebelum melakukan tawaf. Kita mulakan tawaf di penjuru Hajarul Aswad. Kat sini ada tanda iaitu lampu hijau. Kalau dari jauh dah nampak lampu hijau, maksudnya kita dah berada di penjuru Hajarul Aswad. Kalau nak tau, Ka'bah ini ada 4 penjuru iaitu penjuru Hajarul Aswad, Rukun Iraqi, Rukun Syami dan Rukun Yamani. Setiap kali melakukan pusingan, ada bacaan-bacaannya. Tapi, kalau tak hafal pun baca je surah-surah pendek. Saya pun bawa nota kecil pegang kat tangan. Ada je yang sambil tawaf, baca Al-Quran.

Setelah sampai di Rukun Yamani, disunatkan Isti'lam. Jika tidak boleh, melambai-lambaikan tangan sahaja dan sunat mengucup tangan. Dah yakin habis 7 pusingan, saya pun melakukan solat sunat Tawaf. Lebih afdal kalau dapat solat di depan Multazam iaitu tempat antara Hajarul Aswad dan pintu Ka'bah. Ini merupakan tempat yang paling mustajab untuk berdoa. Masa tu perasaannya, Masya Allah. Sedih sgt. Hu. Kena ingat ek, masa tawaf, bahu jangan teralih. Kena selari dengan Ka'bah. Kalau rasa dah nak kena rempuh dengan orang lain, baiklah pergi ke tempat yang kurang orang. Takut bahu teralih.

Kemudian, saya pun pergi ke tempat Sa'i pula. Sebelum tu, saya sempat minum air zam-zam yang segar. Disunatkan minum air zam-zam sambil mengadap Ka'bah dan membaca doa. Kemudian, saya terus ke Bukit Safwa dan naik ke atas batu-batu yang ada kat situ sambil mengadap Ka'bah dan seterusnya berniat Sa'i. Kemudian, angkatlah kedua-dua belah tangan sambil melambai-lambai ke arah Ka'bah dengan bertakbir. Selepas itu, teruslah berjalan menuju ke Bukit Marwah sambil membaca doa. Apabila sampai di kawasan lampu hijau, lelaki disunatkan untuk berlari-lari anak. Selepas melepasi lampu hijau tersebut, berjalanlah seperti biasa ke Bukit Marwah. Kalau rasa penat, bole je berhenti sekejap sambil minum air zam-zam. Kalau tak biasa seperti saya, memang semput. Ntah berapa kalilah saya berhenti. Ibu rilex je. hehe. Saya nasihatkan kat korang, sebelum pergi sana, baiklah korang practise jalan-jalan dulu ataupun jogging untuk mendapatkan kecergasan yang maksima semasa di sana. Kalau tak, memang sempuuutt!hehe. Bila dah sampai di Bukit Marwah, berdirilah di atas batu kat situ sambil mengadap Ka'bah, bertakbir dan melambai-lambai. Maka, selesailah sekali Sa'i. Teruskan ke Bukit Safa kembali untuk Sa'i yang kedua hinggalah tamat yang ketujuh iaitu di Bukit Marwa.

Waktu Sa'i dari Bukit Marwa ke Safa.

Kemudian, kenalah bercukur. Minima 3 helai rambut. Kalau takde rambut, lalukan je gunting kat atas kepala. Make sure orang yang nak mengguntingkan rambut kita tu da habis buat umrah dan bertahallul. Dalam jam 2.30 pagi, selesailah umrah kami yang pertama. Alhamdulillah :) Saya telah membawa nenek ke bilik hotel. Oh ye. Di sini kami menginap di Hotel Rawabi Shams. Dekat jugalah nak ke Masjidil Haram. Dalam jam 4.00 pagi, Subuh pun masuk. Siang tu, saya terus tido sebab kepenatan. hehe.

Waktu pertama kali selesai menunaikan umrah :)


Di tingkat atas. Amik gambo slps solat Isya'. Org sentiasa ramai utk tawaf.

Pada 3 Jun (Jumaat), merupakan aktiviti bebas memandangkan orang lelaki kene solat Jumaat kan. Kami yang wanita ini duduk saje kat dalam bilik. he.

Pada 4 Jun (Sabtu), merupakan hari lawatan ke sekitar Mekah. Kami telah pergi melawat Jabal Thur, Jabal Nur, Jabal Rahmah (tempat yang paling tak sabo nak pergi. he), Arafah, Mudzalifah, dan Mina. Masa di Jabal Rahmah, dapatlah kami naik ke atas puncak bukit dan berdoa di sana. Faham-faham jelah doa ape ye. hehe. Kat sini pun, saya dapat naik unta dengan ibu. Teringin sgt!Sekali naik = 10 riyal. hoho. Macam naik roller coaster wei. Tinggi giler! Seterusnya, terus niat miqat di Ja'aranah dan menunaikan umrah bila dah sampai Mekah.

Naik unta di Jabal Rahmah.

Pada 5 Jun (Ahad), merupakan aktiviti bebas. Masa nilah kami buat lagi umrah. Nak senang, dalam jam 3 pagi, pergi niat umrah di miqat. Miqat yg paling dkt ialah Tana'im. Naik teksi atau kereta sewa. Byk je kat tepi jalan walaupun tgh malam sebab kat Mekah memang sentiasa ada orang berjaga 24/7. Dalam jam 4 pagi, dah solat Subuh di masjid. Lps tu, terus je tawaf. Dalam jam 7 pagi, selesai tawaf. Terus je buat sa'i. Dalam jam 8 lbh, dah siap 1 umrah. Balik bilik, rehat. Jam 12 tgh hri, dah bole pergi solat Zohor berjemaah. Tu yg selalu ktorang buatlah. Sebab buat pagi-pagi masih sejuk dan badan pun fresh lagi. Lagi 1, kita takkan miss solat berjemaah. Kalau buat malam, agak penatlah sikit. Waktu kelapangan inilah, kami berjalan-jalan di sekitar Masjidil Haram. Pusing keliling. Tgk terminal bas yang selalu digunakan pada musim haji, rumah asal Rasulullah, dan pergi ke Safwa Tower. Ha, kat Safwa Tower ni, ada 1 gerai masakan Malaysia iaitu D'Saji. Harganya boleh tahan ehem ehem. Tapi, disebabkan nak sgt merasa makanan Malaysia, layankan aje. Yelah. Dah rindu nak makan roti canai, teh tarik & nasi lemak kan. Kat sini jelah tempatnya. Kalau pergi sini, memang ramai orang Malaysia :). Kat sini pun ada banyak jual jubah yang cantik-cantik. Kena pandai tawarlah. Dapat murah.

Di Kedai Kurma di Safwa Tower

Pada 6 Jun (Isnin), kami pergi ke Muzium Harmain pula. Kat sini, ditunjukkan telaga lama zam-zam, Al-Quran yang asal dan banyak lagi. Kemudian, kami pergi ke Ladang Unta. Kat sini boleh minum air susu unta fresh. Memang air susu yang baru diperah depan kami. Hehe. Saya memang geli nak minum. Rasa sikit je. Heee...Beli gakla sebotol dua. Kononnya, untuk bagi kat adik perempuan saya. Tapi, bila dah nak balik Malaysia, da basi. Hu. Kami juga ada pergi melawat ke Kilang Membuat Al-Quran. Sedihnya, kaum wanita tidak dibenarkan sama sekali memasuki kawasan pemprosesan Al-Quran. Kami hanya duduk di tempat menjual Al-Quran. Hu. Yang lelaki, sorang satu dapat sebuah Al-Quran. Memang rezeki. Kemudian, kami terus niat umrah di Hudaibiyah.

Di Ladang Unta

Pada 7 Jun (Selasa), merupakan acara bebas. Maka, kami pun mengambil kesempatan pergi ke tempat menjual barang-barang yang ala-ala Jalan TAR dan Jalan Masjid India. Macam-macam adaaaa!Hehehehe.

Pada 8 & 9 Jun (Rabu & Khamis), merupakan acara bebas. Kami melakukan rutin seperti biasa. Saya tak ingat umrah keberapa saya buat tapi saya dan ibu dapatlah melakukan solat sunat di Hijir Ismail, tgk Maqam Ibrahim (ini bukan kubur tau tetapi tempat Nabi Ibrahim berdiri semasa hendak mendirikan Ka'bah. Kat situ, memang adale tapak kaki Nabi Ibrahim) dan mencium Hajarul Aswad. Masa nak pergi cium tu, memang dugaan sungguh. Orang punyalah ramai. Bersesak-sesak. Rasa dah tak cukup nafas da waktu tu dan nak give up da. Tapi, akhirnya, dapat gak saya mengucup batu tersebut walaupun masa kepala saya dah nak masuk kawasan Hajarul Aswad, ada 1 tangan yang menghadang muka saya. Sabo jela.

Pada 10 Jun (Jumaat), kami dikehendaki melakukan Tawaf Wida' sebelum Zuhur. Oh!Cepatnya masa berlalu!Sekejap je rs. Hu. Masa nak buat tu, sedih lagi. Yelah. Bila lagi nak pergi kan?huhuhu. Kami terus bertolak ke Jeddah. Kami pergi ke Masjid Terapung. Di situ, kami melakukan solat Jumaat dan solat Jama' skali. Selepas lunch kat tepi pantai, kami terus bertolak ke Jeddah Airport. KLIA is much more better la. Hu. Serius tak tipu. Masa nilah baru rasa beruntungnya dapat jadi rakyat Malaysia. Proud to be Malaysian! Pada jam 8.30 malam, kami pun bertolakla ke Dubai. Aktiviti seterusnya ialah......makan lah!Ape lagi!hehehe.Kami tiba di Dubai dalam jam 3 pagi. Solat Jama' Takhir kat situ. Jam 4.05 pagi, kami pun terbanglah ke KL. Masa inilah baru rasa penat sgt!Saya tido je. Sedar-sedar ada makanan kat depan mata. Lps makan, solat Subuh dalam flight sambil duduk. First time buat!Dalam jam 3.05 petang, sampailah saya di KL!Nak cari luggage tu yang lama. Adalah dalam sejam. Dalam jam 4.05 ptg, kami terus bertolak ke Kota Tinggi dengan menaiki bas. Dalam jam 10 malam, kami pun sampai. Kat sana, Cik Noi sekeluarga telah menunggu kami utk dibawa pulang ke rumah. Esoknya, memang kena jet lag. Tido je sepanjang hari sampai Isnin pun terpaksa amik cuti sebab tak larat.

Itu ajelah ceritanya. Ok?Puas hati?Harap-harapnya begitulah ye. Nanti saya akan ceritakan pulak benda apa yang kena bawak masa ke sana. Okay?Take care. xoxo.

Tips:

(1)Kalau yang jenis pagi-pagi kena pergi membuang, disarankan agar sebelum ke Masjidil Haram, baiklah membuang dulu di bilik sebab bila da sampai sana, susah nak keluar. Untuk pengetahuan korang, tandas berada di luar Masjidil Haram dan sangatlah jauh. Dahle bawah tanah. Kalau yang jenis dah nak terbuang tu, memang tak sempatlah wei. Takut tercicir je nanti.

(2)Tempat amik wudhu' pn jauh. Maka, jagalah wudhu' korang. Jangan terbatal. Kalau dah terbatal, memang payah. Ada je yang amik wudhu' kat tempat air zam-zam. Agak tak elok dipandang mata ye. Ada yang menyarankan bawa bekal botol yang boleh spray tu. Maka, boleh dispray pada anggota badan yang wajib sahaja jika keadaan terdesak.

(3)Kalau nak selesa bersolat tanpa gangguan budak kecik, disarankan bersolatlah di tingkat atas. Keadaan lebih tenang. Saya pun suka bersolat di atas. Org Malaysia pun ramai kat situ. Kat tingkat bawah, agak sesak dan ditambah pulak dengan suara budak kecik menangis sebab memang stail orang sana yang bawa anak-anak ke masjid sejak kecil lagi-lagilah kalau hari Khamis malam Jumaat. Macam pesta. Diorang siap bawa bekal makanan tau! Jangan terkejut pulak ye bila tengok orang sana boleh dengan selambanya mendokong anak mereka sambil solat ;)

(4)Sebelum pergi, banyakkanlah membaca tentang cara hendak melakukan umrah. Yang paling penting, baca sejarah-sejarah yang ada kaitan dengan tempat-tempat yang bakal dilawati. Contohnya, Jabal Uhud. Apakah jenis peperangan yang berlaku?Waktu bila?Berapa ramai yang terkorban?Ini kerana bila da sampai sana, takdela kita terpinga-pinga sangat bila mutawif tgh bercerita.

(5)Kat website ini, ada cerita serba ringkas tentang ibadah umrah. Bacalah.

(6)Bagi perempuan, make sure bila tarikh period korang. Rugilah bila sampai sana, korang period. Memang tak bolehlah nak beribadah. Maka, pergilah berjumpa dengan doktor mcmana nak hold period korang sementara berada di sana. Saya telan pil hormon seminggu sebelum tarikh jangkaan period. Alhamdulillah saya dapat melakukan ibadah kat sana tanpa 'bercuti'. Tapi, effectnya di bulan seterusnya. Period dtg lmbt :(
Olá! Se você ainda não assinou, assine nosso RSS feed e receba nossas atualizações por email, ou siga nos no Twitter.
Nome: Email:

0 comments: