March 24, 2011

Lagu

Okay. Sebelum saya meneruskan cerita pasal belajar di u, sila dengar dulu lagu-lagu UIA. 1 lagu masa kat matric tapi lagu yang saya bagi ini lagu baru yang dah diubahsuaikan liriknya. Banyaklah lirik yang diubah. Lagu ini amat popular dalam kalangan kitorang. Punyalah popular siap cari ringtone lagu ini. Dulu mana ada handphone yang boleh masuk lagu mp3. Dulu siap cari code ringtone ini tau. Sangat semangat!Paling best bila waktu 'Leadtrain'. Semuanya semangat bila kena nyanyi lagu ini. Lagi-lagi part 'chorus'. Nanti mulalah yang 'brothers' jadi back up singer. hehe.



Ha, ini pula lagu masa kat main campus. Lagu ini bila dengar rasa macam nak marching je. Punyalah laju. haha. Beza betul dengan lagu masa kat matric yang penuh dengan gemalainya. hehehe. Ntah berapa kali da nyanyi lagu ini masa Taaruf Week. Selagi tak ok, selagi tula kena ulang. Sabo jela....Masa kat Gombak ini, takde leadtrain macam matric. Tapi, ktorang kena pergi Kursus BTN. Masa ini kenalah nyanyi lagu ini. Cuba hayati part chorus. Memang tak sampai nafas nak nyanyi. hehehe.



Yang ini pula lagu masa convo. Yang kelakarnya, masa Taaruf Week tak pernah pun dengar lagu ini. Tup tup masa convo kena nyanyi lagu ini. Nasib baik diorang sediakan lirik kat screen. Kalau tak ternganga le ktorg. Walaupun baru first time dengar, lagu ini pun best!


March 21, 2011

Kenangan Belajar

Ada segelintir murid saya menanyakan pada saya. "Cikgu belajar apa dulu kat U?" | "Cikgu belajar kat mana?". Saya hanya tersenyum. Kenapa?Sebabnya jika saya jawab soalan-soalan mereka, mungkin akan ada pertanyaan-pertanyaan yang seterusnya. Sebab apa?Sebabnya kelulusan saya (apa yang saya belajar di u) mungkin tidak bersesuaian dengan apa yang saya ajar mereka. Eheh. Nanti saya akan ceritakan pada anda semua ya apa yang telah saya belajar di U. Nantikan. Yang ini baru permulaan. Hehe. Tak mungkin akan habis 1 entry ini sahaja untuk cerita apa yang saya belajar selama 6 tahun. Sila enjoice gambar-gambar di bawah. Mungkin anda dapat mengagak apa yang saya belajar di U. Haish. Malu pula tunjuk gambar-gambar lama ini. hoho.


March 14, 2011

Duit...Duit...Duit!!!


Jangan cakap saya ini mata duitan pula. Owh tidak!!!Saya bukan manusia yang bermata duitan mahupun bermata keranjang. Eheh!Cuma sekarang ini saya rasa duit amat penting dalam kehidupan. Kenapa?Bagi mereka yang masih bersekolah, mungkin anda tidak rasa lagi bagaimana payahnya untuk mendapatkan duit. Tetapi, bagi mereka yang sudah berkerja seperti saya, tahulah anda bagaimana rasanya sama ada tak tahu nak gunakan duit ke arah mana atau pun terlebih belanja sampai terhutang pula. Oh!Saya memang dah secara rasminya ada 2 hutang iaitu hutang PTPTN dan hutang kereta. Itu pun dah rasa terbeban. Tapi, nak buat bagaimana. Saya terpaksa. Kalau bolehlah tak perlu berhutang, memang saya dah buat.

Berbalik pasal duit. Ya. DUIT. Diulangi D-U-I-T!Nak belajar pun guna duit. Yelah. Sedangkan nak masuk toilet pun kena bayar. Inikan pula belajar. Alangkah seronoknya kalau education is free. Saya memang suka belajar. Tapi, apakan daya. Nak belajar pun kena guna duit. Semenjak dua menjak ini, saya rasa saya perlu move forward dalam kehidupan. Saya rasa telah tiba masanya untuk saya mencari sesuatu yang lebih 'pasti' dalam hidup. Apa itu?Hmm..Mungkin ada yang sudah pandai meneka. Ya!Anda memang bijak!Bagi yang masih tertanya-tanya, saya mahu anda teruskan keadaaan itu :)

Tapi, untuk mendapatkan yang 'pasti' itu, saya memerlukan duit. DUIT!Bagaimana ya nak dapatkan duit?
March 13, 2011

Pray For Japan

Sangat takut dan sedih apabila membaca tentang kejadian gempa bumi dan tsunami yang telah melanda Jepun. Memang dasyat!Setakat yang saya dengar berita di radio tadi, 10 000 nyawa dijangka terkorban. Duh!Memang berat dugaan yang Allah bagi pada penduduk di sana. Moga mereka tabah. Sila lihat video di sini untuk melihat tsunami di sana. Memang menakutkan tengok ombak tsunami itu. Masa kejadian di Acheh dulu, saya tak dapat nak tengok ombak tsunami. Dengan adanya teknologi yang serba canggih, ombak tsunami yang melanda Jepun dapat dilihat. Tapi, tak ingat video yang mana satu.

Moga mereka tabah. Moga rakyat Malaysia yang tinggal di sana juga bersabar dengan dugaan yang menimpa.

Masa Depan

Sekarang ini, asyik terkenangkan masa depan yang tak pasti. Kabur. Kelam. Semuanya bersatu. Bercampur-baur. Tidak tahu arah mana ingin dituju.

"Ya Allah!Berilah aku petunjuk-Mu. Jika perancangan-Mu lebih baik untuk diriku, tunjukkanlah aku jalan yang sebenar-benarnya. Supaya aku tidak tersilap langkah. Amin ya rabb."
March 11, 2011

........................

Please scroll down..............

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Will be updated.............................