July 30, 2010

Da lame..

Sudah lama tidak berblog. Malas nak menaip. Hehe. Nantikan entry yang akan datang ya. Selalu rindukan saya. Haha.
July 11, 2010

Alamak!

Alamak!Kwn2 sekerja nak cari blog saya lah. Malunya kalau mereka dapat cari. Kepada kwn2 sekerjaku, kalau dpt cari, tahniah yek!Buat susah2 aje cari. hehe. Takde ape2 pun kat sini..
July 8, 2010

Football Players

Bersempena dengan World Cup yang semakin melabuhkan tirainya, saya ingin berkongsi dengan pembaca-pembaca semua pemain bola sepak yang saya kagumi. Bukan kerana ketampanan yang dimiliki tetapi corak permainan yang hebat di atas padang. Kebanyakan orang perempuan lebih tertarik terhadap ketampanan seseorang pemain seperti Christiano Ronaldo, Kaka dan sebagainya tetapi saya sebaliknya. Saya lebih tertarik terhadap keupayaan mereka menggelecek bola, skill yang ada dan tahap 'kerajinan' mereka mendapatkan bola semasa bermain. hehe. Berikut merupakan pemain-pemain yang saya minati :

(1) 4 tahun dulu semasa WC 2006 di Germany, saya suka kepada kapten Germany iaitu Michael Ballack. Ramai yang bertanyakan kenapa kepada saya tetapi seperti yang saya jelaskan sebelum ini saya lebih tertarik terhadap permainan beliau di atas padang.

Berikut merupakan profil beliau:

Full Name : Michael Ballack
Weight
: 81.9 kg
Birth Date : September 26, 1976
Age
: 33
Birth Place : Chemnitz, Germany
Position
: Midfielder
Height : 1.88 m
Squad No
: 13

(2) Bagi edisi WC pada kali ini, saya telah tertarik kepada pemain muda Germany yang semakin menyerlah iaitu Mesut Oezil. Jangan tanya saya kenapa. Pasti jawapannya adalah sama seperti yang telah saya beritahu di awal cerita.

Berikut merupakan profil beliau:

Date of Birth:
15 October 1988
Height:
182 cm
Shirt number: 8
Position:
Midfielder
Current club:
Werder Bremen (GER)
International Caps:
15
International Goals:
2
First international: Germany - Norway (11 February 2009)

Walaupun Germany kalah di tangan Spain pada separuh akhir semalam, saya pasti Germany akan kembali garang untuk edisi WC akan datang dan juga Euro 2012 kerana barisan pemain-pemainnya yang muda mampu untuk memberi tentangan yang sengit kepada pemain-pemain dari negara lain terutamanya Spain. Tunggu ajela.





Heartbroken =(


Sedih dgn kekalahan tipis Germany ke atas Spain. Dem!Sejarah 4 tahun lepas berulang kembali. Sungguh tidak ku sangka. Penat saje 'stay up' malam tgk match tp keputusannya yang menghampakan. Thanx to Paul the Octopus yg berjaya menpsiko orang ramai dengan ramalannya. Sengal!BTW, can't wait for the next World Cup!May Germany will win!!