January 30, 2010

My Fav Song..

January 29, 2010

Tabik Spring!

Bila dah mengajar BM ni, ak nak tabik spring kt cikgu2 yg ajo BM...Nak tau kenape?Ha, inilah sebab2 nya:

(1)Byk nk kena tanda buku lagi2 karangan..Huuu..Bole pening kepala sbb bc karangan budak2..
(2)Pen merah cepat abis
(3)Byk komponen nak kena ajar


So, kepada cikgu2 BM yg pernah ajar ak, ak nk tabik spring kt diorang!!!Haik!!
January 27, 2010

Entah..

-Bdk sekarang manja
-Nak marah lebih2, anak orang
-Kalau tak marah dan ingatkan, nnt tak maju
-Belajar pun tak nak
-Kasi peluang kat aku belajar balik lagi bagus.
January 16, 2010

Guru O Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
(paling ingat bahagian ini sebab pernah buat mural kat sekolah dulu)

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Cite Baru..

Muahaha...Saje je nk cite bnd baru..Kalu korang nk tau, da 2 mgu berlalu di tahun 2010 tp 1 azam pun ak x tanam lg nih. Azam2 yg tahun lps pun x achieve. Ade yg otw..hoho..Ak x terpk pun lagi azam pe la yg ak nak tanam. Diary pn x tulis2 lg. Xd masele..Mase tu ade tp ak x reti lg nk bahagikan mase tu. Hidup x stabil lg skang. Perubahan tmpt dan gaya hidup telah berlaku 2 mgu ni.

Nk dijadikan cerita, tanggal 1/1/2010, ak telah mendapat berita dr Mersing yg ak berjaya dpt GSTT. Ak ingatkan dptle kat sek lame ak. Bolele ak nak ngajo belah ptg coz ak ni da liat nk bgn pg..Skali dpt kt SMK Sri Mersing..Isk2..kenela ak bgn pg...Ha, smbg cite..Ak sgt kelam-kabut ok. Ape yg ak rasa sepjg minggu tu betul2 terjadi. Ms tau tu, ak kat Vista. Adoyai!Pening ak. Dahle test lesen pn x amik lg. Sok nye aku tros g beli tiket dgn Kak Shida. Kak Shida merempit dan mencilok di KL. Ak yg dok blakang jd seriau...Huhu..Hari Ahad, bru balik rumah. Sampai da ptg. Siap g beli baju kurung n kasut. Maklumla, baju x cukup. Name tag plak ayah da tempahkan.

So, pg Isnin tu, ak g la melapor diri kat sek. Adus!Culture shock ak. X sempat nk rehat pnjg, terus je g keje jd cikgu. Tahap ketahanan badan ak mmg da down da..Pulak tu, terus dpt jadual ganti ustazah bersalin. Tekala ak kene ajo ape?Jeng2..Agama Islam n Bahasa Arab. Mmg unexpected!Tension seh!Huhu..Aritu gak ak masuk kelas Ting. 2. Dahle xd pengalaman mengajo. Adus!Naik pening ak. Mlm tu, ak tros study utk sok. Tak bole tido mlm tu. Dok risau ape le nk jd sok pg. Takut giler!!!Kepala da gelong2 da dok risau n x cukup tido. Huhu..Mkn pn x lalu. Mmg bole kurus ak mcm ni. Kihkih..haha...Arab x kene ajo lg coz budak2 Form 1 orientasi..

Second week, ok lah. Da bole adapt sket2 dgn dunia baru ni. Start ajo Arab. Tp, ak risau tkt budak2 ni x paham. Nasib baik sebln ni x payah guna buku teks. Ada modul "Tahbibul Lughah"..Ringan sket kepala ak. Yela, ak x paham ape2 dlm buku teks tu. Nak nangis rase..hoho..

Ari Rabu ak g medical check up. So, xd la mengajo tp ak da kasi keje skola kt bdk2 ni. Hehe..Tetibe bile ak g sek jap tghari tu, Dilot ckp, da ade ustaz ganti ak. Wa, seronoknye ak!!Hehe..Rilex sket. Tgu jadual baru lak.

Ari Khamis mmg ak free. Relief pn xd. Muahahaha..Ari Jumaat pg bru dapat jadual sendiri. Guess what?Ak kene ajo BM, Sivik dan Moral Form 1. Oklah. Jadual ak pn x berat sgt. Tp, ak dok risau2 BM ni. Byk btol komponennya. Dahle BM ak da tunggang-langgang skang. Adus!!!Mmg challenging.

Kesimpulannya, jgn ingat keje cikgu x tensen, x busy...Byk bnd nak kene pk. Skang ni brula tau ape perasaan seorang guru selame ni. Dok risau kat anak murid. Paham ke tak ape yg diajar?Ok ke tak?Ape la care nk wat diorang ni paham n seronok belajo?Belum lg, aktiviti Unit Beruniform, Rumah Sukan, Kelab..Aiseh.....Yg pastinye, xd keje yg senang dlm dunia ni..Sumanya menuntut kesabaran dan komitmen yang tinggi. Kalu x keje, tu mengulo namenye. Gaji pun jd haram le..x baik tau!