March 27, 2013

Jalan-jalan ke Ho Chi Minh, Vietnam

Assalamualaikum. Dah lama tak menulis di sini. Biasalah. Tahap kemalasan yang melampau. Serius!Tahun 2012 merupakan tahun yang mencabar dan meninggalkan pelbagai kenangan untuk diingati. Ada juga beberapa tempat yang saya pergi, antaranya, Taman Negara Pahang, Genting Highlands dan Vietnam. Yeeehaaaa!!!!!!!!!!!!Alhamdulillah. Ada rezeki nak berjalan-jalan. Eheh. Entry kali ini saya akan menceritakan serba-sedikit perjalanan saya dan keluarga ke bandar Ho Chi Minh atau dikenali sebagai Saigon :)

Kami telah pergi ke sana pada 11/12/2012 hingga 15/12/2012 selama 5 hari 4 malam. Kami menggunakan khidmat pihak pelancongan Rajawali Bintang Travel yang beribu pejabat di JB. Dari Mersing, kami menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak pelancongan. Kami terus bergerak ke Lapangan Terbang Changi, Singapura. Lebih kurang jam 12, kami telah tiba di sana. Penerbangan kami adalah pada jam 2 petang dengan menaiki Jetstar. Perjalanan memakan masa satu jam lebih. Kami tiba di Saigon pada jam 3.05 petang. Terus solat jamak di Masjid Rahim. Kemudian, terus makan malam. Pada malam hari, aktiviti bebas. Saya memilih untuk lepak-lepak sahaja di dalam bilik sambil melayari internet kerana wifi di hotel tersebut sangat laju!!!Oh ya, kami menginap di Hotel Gia Huy. Sangat dekat dengan Ben Than Market dan kedai-kedai lain. Memang senang nak shopping!

Bagasi

Tentatif Lawatan

Pengangkutan Utama - Motorsikal

Masjid Al-Rahim

Aktiviti Shopping Bermula!!
Pada keesokan harinya, kami bersarapan di Restoran Sri Penang. Kemudian, terus bergerak ke Cu Chi Tunnel. Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. Cu Chi Tunnel merupakan tempat tinggalan sejarah dan terdapat terowong sepanjang 200 km yang telah digunakan sebagai kubu semasa perang di Vietnam. Saya telah berpeluang memasuki terowong tersebut. Sangat sempit, gelap dan panas - muat-muat untuk saiz orang Asia. Selepas keluar dari terowong tersebut, memang berpeluh-peluh. haha. Selepas itu, kami dihidangkan dengan ubi kayu rebus dan teh kosong yang merupakan makanan sewaktu perang. Kami makan tengah hari di Vietnam Delights dan solat di Madrasah Al-Nur. Berdekatan dengan madrasah tersebut, ada rumah yang menjual kain dan baju kurung. Apa lagi, shopping laaaaa.......Kemudian, kami pergi ke Water Puppet Show. Sungguh menghiburkan. Mereka sangat kreatif. Bagaimana mereka boleh menggerakkan 'puppet' di atas air?Hmmm.......Pada malam hari, kami menaiki cruise sambil menikmati pemandangan bandar Saigon di waktu malam. 

Bom Semasa Perang dengan USA

Makanan Sewaktu Perang

Water Puppet Show

Di atas Cruise
Hari berikutnya iaitu Selasa, kami menaiki bot menyelusuri Sungai Mekong dan melawat Pulau Thoi Son. Kami disediakan dengan air kelapa yang fresh. Slllrrrpppp. Di sana, kami berpeluang menikmati buah-buahan tempatan, seperti, mangga, rambutan, buah naga, nanas dan durian - sama je dengan Malaysia. hehe. Kami juga berpeluang menaiki sampan yang didayung oleh penduduk di sana. Berlumba-lumba mereka mendayung sampan kerana ingin mendapatkan ramai pelanggan. Betapa sukarnya mencari rezeki. Haish. Pada sebelah malam, kami bersiar-siar di sekeliling hotel sambil shopping. Pergi ke Pasar Ben Than, cuci-cuci mata. aha. Di sini, kita kena pandai tawar-menawar harga. Boleh guna duit kita dan juga USD. Ada yang pandai cakap Bahasa Malaysia. Ada yang cakap Bahasa Inggeris. Yang penting, tawar harga ye.

Menaiki Sampan

Madu, Air Teh O Limau campur Madu dan lain-lain

Ben Than Market

Hari Rabu, kami jalan-jalan lagi. Kali ini kami pergi Saigon Centre dan Pasar Ben Than lagi. hahaha. Macam-macam ada. Kain, t-shirt, jam, kasut dan macam-macam lagilah. Yang penting, ongkosnya adaaaaa!!!Ahahahaha. Kalau pergi sini, memang tak sah kalau tak shopping. Maka, kumpul duit banyak-banyak, baru boleh pergi Vietnam ye. Pada sebelah petang, kami dibawa keliling bandar Saigon. Kami pergi ke Muzium Perang, Notre Dame Catheral, bangunan pejabat pos lama dan Hard Rock Cafe. Di Muzium Perang, kami berpeluang melihat kesan sejarah Amerika di Vietnam. Gambar-gambar yang dipamerkan sangat menyedihkan dan memberi keinsafan kepada kita bahawasanya peperangan amat menyedihkan dan memeritkan. 

Muzium Perang

Shopping Lagi!

Hari Khamis merupakan hari terakhir kami di sini. Sempatlah lagi beli apa-apa yang patut - menghabiskan duit. huhuhu. Jam 3.45 petang, kami bertolak pulang ke Singapura sebelum menaiki bas ke Mersing. Terima kasih kepada pemandu pelancong kami di sana, Christine yang rajin melayan kami. Eheh. Ada masa, berjumpa lagi kita ye :)

Balik!

Ada beberapa cerita yang saya dapat daripada Christine berkenaan dengan Vietnam. Antaranya :

- Orang Vietnam suka makan daging anjing terutamanya lelaki kerana dipercayai daging anjing boleh membuatkan kita lagi kuat.

- Untuk perempuan mengandung pula, mereka memakan daging anjing untuk menghasilkan lebih banyak susu dan bayi di dalam kandungan cepat membesar.

- Vietnam merupakan pengeksport padi terbanyak di dunia.

- Orang Vietnam kahwin awal - julat umur 16 hingga 18 tahun.

- Mereka makan ular untuk mengubati kanser. (Emak Chris pun makan ular setelah tahu menghidap kanser. Sampai sekarang, masih sihat).

- Perempuan Vietnam suka berkahwin dengan lelaki kaya kerana mereka perlu menyara keluarga mereka dan tidak mahu menjadi miskin.

- Vietnam terbahagi kepada tiga iaitu, southern, northern dan central. Bagi penduduk northern, mereka percaya pada, " love is from heart, not money". eheh.



Till Then,
xoxo.
Olá! Se você ainda não assinou, assine nosso RSS feed e receba nossas atualizações por email, ou siga nos no Twitter.
Nome: Email:

0 comments: