April 26, 2010

AYAH

YANG KU KENALI

Ayah. A-Y-A-H. Kali pertama Along dilahirkan di dunia ini dengan kehadiran ayah di sisi. Tanggal 15 September 1985. Along sangat bangga menjadi anak ayah. Selang dua tahun umur Along, Along mendapat adik baru. Selepas itu, lahirlah lagi adik-adik Along yang lain. Masa kecil, Along rasa ramai sangat adik Along. Kadang-kadang bosan juga. Macam-macam ragam. Ada yang nakal tak mahu ke sekolah, ada yang kuat makan, ada yang kuat menangis, ada yang penakut, ada yang suka mainan, dan macam-macam ragam lagi. Tapi, Along tengok, ayah sangat sabar melayan kerenah kami adik-beradik. Sejak kecil hinggalah kami semakin membesar. Bukan sahaja dari segi fizikal malahan umur juga semakin meningkat. Daripada Along yang sering digelar 'Ketot' sampailah Along yang sudah habis belajar di universiti. Adik-adik yang lain pun ada yang sedang belajar di universiti. Alhamdulillah. Semuanya berkat doa dan sokongan ayah dan ibu yang tidak pernah berbelah bahagi untuk kami semua. Along susah nak tengok ayah marah. Kalau ayah tak puas hati, ayah selalu diam sahaja. Ayah tak pernah tinggikan suara pada kami. Apa lagi ibu. Along sangat kagum dengan ayah. Bukan senang nak dapat ayah macam ayah Along. Along bangga menjadi anak ayah. Pelbagai kenangan bersama ayah yang tak mungkin dapat Along lupakan begitu sahaja. Sejak Along kanak-kanak hinggalah sekarang. Macam-macam. Kalau nak diceritakan satu-persatu, memang tersangat banyak. Selama tidak sampai lagi 25 tahun Along hidup bersama ayah, ayah sudah ciptakan bermacam-macam kenangan yang tidak mungkin Along lupakan begitu sahaja. Tidak mungkin, ayah.

RINDU

EPILOG II

Ayah, Along rindu. Rindu mendengar suara ayah. Rindu mendengar gelak ketawa ayah. Rindu mendengar ayah mengaji dan sembahyang. Rindu ayah minta tolong buatkan kerja ayah. Rindu pergi makan tengah hari sama-sama dekat Tenglu Laut lepas balik sekolah. Rindu pergi atau balik sekolah sama-sama. Ayah yang selalu hantar dan ambil Along. Rindu nak pergi Pasar Jumaat dengan ayah. Rindu dengan SMS2 ayah. Rindu dengar suara ayah di telefon. Rindu nak minum air teh yang ayah buatkan hampir saban pagi. Rindu nak makan pisang goreng yang ayah buatkan. Rindu nak dengar ayah sidai kain di belakang rumah. Rindu nak dengar ayah kejutkan Along bangun pagi untuk ke sekolah atau solat Subuh. Rindu nak lipatkan baju dan seluar ayah. Rindu nak tengok TV sama-sama setiap petang. Rindu nak tidur sebelah ayah. Semuanya Along rindu. Yang paling Along rindu, Along rindu nak cium tangan ayah setiap hari. Kini, ayah tiada lagi di sisi. Terlalu cepat masa berlalu. Allah terlalu sayangkan ayah. Allah uji kami sekeluarga. Ya Allah!Berilah kami kekuatan untuk menempuh kehidupan ini tanpa ayah di sisi.
April 25, 2010

RINDU

EPILOG I

Saya rindu pada ayah. Ayah, along rindu kat ayah. Al-Fatihah buat ayah.