February 28, 2011

Sedih

Hari ini sedih. Need time to heal =(
February 15, 2011

Layan...

Tiba-tiba semalam terbuka MTV Channel pula. Tajuknya Nusantara Hits. Mata dah nak tertido da. Sekali tu, tertengok pula 1 VC yang best. Selama ini tak pernah pula dengar lagu ini. Sweet!So, enjoice!Apa kata korang?


February 9, 2011

Selamat Pengantin Baru by Anita Sarawak

Semalam tak sempat nak kasi lagu best untuk pengantin. Lagu ini memang aku suka sangat!Check dis out:



Buat kawan-kawan yang telah berkahwin, selamat pengantin baru ye!Moga berkekalan jodohnya hingga ke syurga.
February 8, 2011

Ramai sudah berkahwin, anda bila lagi?

Ooooohhhh!!!Ini satu soalan 'cepu emas' buat aku. Sampai tak tahu nak jawab bagaimana. Di saat meniti umur sebegini, memang soalan ini akan bertubi-tubi mengenai muka aku. Aku hanya mampu tersenyum dan dalam hati hanya berkata, "tolong doakan saya." Hmm..Agak cliche jawapan aku itu tapi itulah realitinya. Sukar untuk menjawab pertanyaan yang sebegini. Lebih-lebih lagi apabila aku banyak menghadiri majlis-majlis perkahwinan rakan-rakanku. Di saat kawan-kawan lain pergi dengan pasangan masing-masing, aku pula pergi dengan kawan-kawanku yang masih 'single' atau pun 'half-single' (ada ke?hehe) atau pun 'single but not available'. Apa-apalah. Janji aku selalunya pergi dengan kawan-kawanku yang masih belum berkahwin. Noktah.

Aku hanya mendoakan yang terbaik buat kawan-kawanku yang sudah berjaya mendirikan masjid. Mungkin itu rezeki mereka. Jodoh mereka sudah sampai. Alhamdulillah. Jangan menidakkan takdir. Itu semua perancangan-Nya. Perancangan-Nya lebih baik daripada perancangan kita. Kita sebagai manusia hanya boleh merancang tetapi Dia yang menentukan. Oh!Ayat cliche lagi. Hanya untuk sedapkan hati. Tapi, itu betul!Jangan merungut waima bersedih dengan apa-apa yang telah ditentukan. Itu ketentuan. Malahan, sudah pun ditentukan sejak kita kecil lagi. Jodoh, maut dan sebagainya sudah ditentukan oleh-Nya. Kita tidak boleh menidakkan. Kita hanya mampu berdoa. Berdoa merupakan senjata utama kita sebagai umat Islam. Keep praying. Allah Maha Mendengar. Insya Allah. Dia akan makbulkan. Cepat atau pun lambat. Mungkin ada perancangan yang lebih baik Allah nak tentukan buat kita. Mungkin. Aku hanya berfikiran positif sekarang. Jangan meratapi apa-apa. Hanya buat yang terbaik untuk hidup. Biarlah apa orang nak kata. Ada aku kisah?Orang hanya pandai mengomel yang bukan-bukan tapi kita yang merasainya sendiri. Maka, jangan fikir apa orang kata. Kita buat sahaja asalkan tidak tersasar dengan syariat Islam. Itu sahaja.

Apa yang telah aku merepekkan ini?HAHA. Saja ja. Nak menulis. Dah lama tak menulis. Lagipun kadang-kadang aku rasa tertekan juga dengan soalan sebegitu terhadapku. Manusia ini tidak pernah bersyukur. Bila dah abis belajar, mulalah tanya, dah dapat kerja?Kerja apa?Di mana?Berapa gaji?Bila dah dapat kerja, mulalah tanya, bila nak kahwin?Bila dah kahwin, mulalah tanya, bila nak dapat anak?Bila dah dapat anak pertama, mulalah tanya, bila nak dapat anak lagi?Hai, soalan-soalan sebegini yang kadangkala boleh membunuh manusia secara senyap-senyap. Geram. Isk. Ada aja bahan untuk disoal.

Okaylah. Itu aja. Buat rakan-rakanku yang sudah berkahwin, bertunang, mendapat anak, otw dapat anak, aku doakan moga kalian bahagia selalu. Sentiasa bersyukur atas segala kurniaan-Nya. Di bawah ini, adalah serba sedikit gambar-gambar majlis perkahwinan yang aku sempat pergi. Enjoice :

February 3, 2011

Yeay!

Hari ini tiba-tiba jadi rajin. Kenapa?Usah ditanya. Sukar untuk menjawab pertanyaan itu. Hari ini ada beberapa kerja yang tertangguh telah berjaya dilaksanakan. Apakah?

(1)Menyiapkan tanda buku-buku murid. Oh. Ini sebenarnya kerja yang paling sukar untuk dilakukan. Kenapa?Sebab kerja ini memerlukan aku tahap konsentrasi yang tinggi. Semangat pun kena lebih. Terutamanya apabila menanda karangan. Dengan tulisan yang pelbagai jenis, hasil kerja yang macam acuh tak acuh sahaja apabila dibuat (boleh menyebabkan aku sakit hati sebab aku sangat tak suka orang buat kerja cincai. Am I perfectionist?YES!So what?), hasil kerja yang menunjukkan mereka ini berangan di dalam kelas (sebab apa?Sebab lain yang disuruh, lain yang dibuat), dan bermacam -macam lagilah sebabnya.

(2)Mengemas almari baju Aqil & Emy. Oh. Ini pun satu. Seperti yang aku katakan di atas, aku memang 'perfectionist'. Tapi, tiadalah sampai menyusahkan orang. Aku memang tak suka susahkan orang. Apabila aku rasa, mata aku dah sakit menengok sesuatu benda yang tak tersusun rapi, aku akan cuba buat perbetulkan. Nak suruh tuan punya tempat kemas, oh silap besarlah. Tak tahulah bila mereka akan buat. Maka, aku mengambil inisiatif untuk mengemasnya sendiri. Ketepikan baju-baju dan seluar-seluar yang dah tak digunakan untuk diberikan kepada orang lain, susun semula elok-elok. Tada!!Hasilnya, sangat memuaskan. Aku sangat suka!Tak sakit mata aku lagi bila nak letak baju yang telah dilipat ke almari mereka.

(3)Bersihkan longkang. Walaupun tak seberapa tapi oklah daripada tak buat langsung kan?Aku membuang segala tanah yang terkandas di dalam longkang belakang rumah. Termasuklah rumput-rampai. Oh. Sakit jugalah belakang aku ini. Bukannya biasa aku membongkok pegang cangkul ini.

Itu sahaja cerita aku hari ini. Sekian. Tunggu entry seterusnya ya. Hehe.
February 2, 2011

Happy CNY!

Happy CNY to all readers!May this year will bring more prosperity to you all. Cheer up frens!