February 3, 2011

Yeay!

Hari ini tiba-tiba jadi rajin. Kenapa?Usah ditanya. Sukar untuk menjawab pertanyaan itu. Hari ini ada beberapa kerja yang tertangguh telah berjaya dilaksanakan. Apakah?

(1)Menyiapkan tanda buku-buku murid. Oh. Ini sebenarnya kerja yang paling sukar untuk dilakukan. Kenapa?Sebab kerja ini memerlukan aku tahap konsentrasi yang tinggi. Semangat pun kena lebih. Terutamanya apabila menanda karangan. Dengan tulisan yang pelbagai jenis, hasil kerja yang macam acuh tak acuh sahaja apabila dibuat (boleh menyebabkan aku sakit hati sebab aku sangat tak suka orang buat kerja cincai. Am I perfectionist?YES!So what?), hasil kerja yang menunjukkan mereka ini berangan di dalam kelas (sebab apa?Sebab lain yang disuruh, lain yang dibuat), dan bermacam -macam lagilah sebabnya.

(2)Mengemas almari baju Aqil & Emy. Oh. Ini pun satu. Seperti yang aku katakan di atas, aku memang 'perfectionist'. Tapi, tiadalah sampai menyusahkan orang. Aku memang tak suka susahkan orang. Apabila aku rasa, mata aku dah sakit menengok sesuatu benda yang tak tersusun rapi, aku akan cuba buat perbetulkan. Nak suruh tuan punya tempat kemas, oh silap besarlah. Tak tahulah bila mereka akan buat. Maka, aku mengambil inisiatif untuk mengemasnya sendiri. Ketepikan baju-baju dan seluar-seluar yang dah tak digunakan untuk diberikan kepada orang lain, susun semula elok-elok. Tada!!Hasilnya, sangat memuaskan. Aku sangat suka!Tak sakit mata aku lagi bila nak letak baju yang telah dilipat ke almari mereka.

(3)Bersihkan longkang. Walaupun tak seberapa tapi oklah daripada tak buat langsung kan?Aku membuang segala tanah yang terkandas di dalam longkang belakang rumah. Termasuklah rumput-rampai. Oh. Sakit jugalah belakang aku ini. Bukannya biasa aku membongkok pegang cangkul ini.

Itu sahaja cerita aku hari ini. Sekian. Tunggu entry seterusnya ya. Hehe.
Olá! Se você ainda não assinou, assine nosso RSS feed e receba nossas atualizações por email, ou siga nos no Twitter.
Nome: Email: