November 24, 2011

Monolog

Saya gembira dengan hidup saya. Saya melaluinya dengan hati yang tenang. Itulah kata-kata positif yang biasa saya akan sematkan dalam diri apabila ada perasaan negatif yang datang.

Cemburu aka jeles?Siapa yang tiada sifat ini?Cuba cakap. Dalam usia yang menginjak ke alam dewasa, banyak perkara sebenarnya yang membolehkan sifat tersebut menular dalam diri saya. Apakah contohnya?

Yela. Cemburu pada kawan-kawan yang berjaya dalam hidup. Sudah ada karier tetap. Hidup terjamin. Sudah ada aset yang bermacam-macam untuk diguna
kan di kemudian hari. Sudah ada kereta, rumah, tanah, dan lain-lain.

Kalau tidak ada karier tetap pun, mungkin ada dalam kalangan kawan-kawan saya yang sudah punya Master atau pun PHD. Oh!Itu memang cita-cita saya. Untuk menggenggam lagi ijazah di peringkat yang lebih tinggi. Tapi.....................................?

Kalau tidak pun, ada juga kawan-kawan saya yang sudah punya keluarga; ada suami dan juga anak. Dah nak tambah lagi 1 mungkin?Oh....jeleskah saya?Hmmm...

Memang saya jeles. Kalau anda di tempat saya, apabila tgk kawan-kawan lain yang sudah punya apa-apa yang telah saya nyatakan di atas, apakah perasaan anda?Hmmm...Jeles?Tidak jeles?

Hanya satu benda yang saya pegang. Setiap apa-apa yang berlaku dalam hidup ini, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Kita sebagai manusia ini memang tidak tahu perancangan-Nya. Kita hanya mampu merancang - nak itu, nak ini. Nak jadi itu, nak jadi ini. Tapi, akhirnya, Dia juga yang menentukan. Kenapa?Sebab Dia lebih berhak mengetahui yang terbaik untuk setiap makhluk-Nya. Dia tidak akan membebani kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu tanggung. Percayalah.

Kadang-kadang masih ada lagi suara-suara nakal yang berkata-kata yang tidak elok pada saya. Saya tahu itu merupakan bisikan Syaitan yang hanya mahu saya berputus asa. Dalam hidup, jangan ada sifat itu. Kelak akan merana sendiri. Diri sendiri juga yang susahkan?

Maka, tanamkan sifat positif dalam diri. Cakap pada diri, biarkanlah mereka dengan kehidupan mereka. Semua orang berhak bahagia. Mungkin satu hari nanti tiba masaku pula. Insya Allah.

Sila enjoice gambar saya pergi Taman Negara Endau-Rompin hari tu. Sangat awesome!


November 22, 2011

Tahniah


Tahniah!

I'm speechless.

U made us proud :)

Keep it up!
November 5, 2011

In Love

Seriously, I'm fall in love with nature.