July 24, 2011

Oh!

Oh, kenapakah saya terlambat untuk jatuh cinta pada karya Abang Ramlee ni?Sungguh sadis =(

Tetamu Senja oleh Datuk A. Samad Said

Entah kenapa sejak semalam saya asyik terkenangkan arwah. Pemergian arwah ke rahmatullah amat mengejutkan. Lebih-lebih lagi arwah merupakan rakan satu universiti dan kursus dengan saya walaupun berlainan major. Kami pernah sekelas masa Tahun Pertama pengajian. Walaupun tidak rapat dengan arwah, tetapi kami pernah juga berborak bersama-sama. Pemergian yang sangat tidak disangka-sangka. Benarlah kata Yang Khalik. Kalau sudah tiba masanya, tidak akan lambat walau sesaat pun. Setelah mengetahui berita tersebut, saya terus rasa tidak tenteram. Bukan apa. Memikirkan jika sayalah yang dijemput Ilahi seperti arwah, cukupkah amalan-amalan yang telah saya lakukan?Cukupkah untuk dibuat bekalan di sana?Cukupkah segala ilmu yang berguna telah dicurahkan buat anak-anak murid saya?Cukupkah amal bakti saya kepada ayah, ibu dan keluarga?Oh tidak!Saya tidak sanggup menghadapi kemungkinan itu. Ya Allah!Berikanlah aku kekuatan dan keimanan untuk membuat kebajikan di atas muka bumi ini. Saya titipkan buat semua satu sajak yang amat saya suka sejak di bangku sekolah. Sajak yang bertajuk Tetamu Senja oleh Datuk A. Samad Said. Moga dapat dibuat renungan oleh semua.

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

July 20, 2011

Rakan

"Pilihlah rakan yang membantu anda, bukannya membantutkan anda"


Pesanan ikhlas daripada saya.

Kalau...

Kalau rasa nak jadi orang bila dah besar nanti, mulalah dari sekarang,
Kalau rasa tak nak jadi orang, teruskanlah dengan sikapmu sekarang,
Kalau rasa perlu ubah sikap, jangan dilengah-lengahkan,
Kelak kau akan merana,
Menyesal tak sudah,
Tika itu masa tidak boleh diundur lagi.


Pesanan daripada seorang insan untuk insan yang baru nak kenal dunia.