January 30, 2011

Holiday yo!

Hai semua. Sedang mood ber'holiday'. Takda plan nak ke mana-mana even banyak dapat jemputan kahwin. Nak pergi tapi jauh sangat. Dengan keadaan yang tidak mengizikan (termasuklah cuaca yang tidak menentu), aku lebih suka duduk di rumah sahaja. Melayan diri. Tidur, tengok 'movies', menonton TV dan semestinya menanda buku-buku latihan budak-budak. Sapa kata kerja cikgu rilex?Cuti banyak?Cuti-cuti pun cikgu kerja tau. Walaupun tak secara langsung kena pergi ke sekolah tetapi kami bekerja di rumah; memikirkan apalah yang nak dibuat naik sekolah, buku-buku budak yang tak bertanda dan bermacam-macam lagi. Please stop nonsense talking about teacher's job!

Owh!Tajuk entry hanya fasal 'holiday', tapi aku dah mula melalut ni. Okaylah. Sebenarnya, tengah nak ambil 'mood' buat 'ABM' untuk budak-budak. Buku-buku yang tersusun kemas di dalam kotak masih tidak berusik. MALAS. Biasalah. Musim-musim cuti ini ditambah pula dengan cuaca yang sejuk. Owh!Memang seronok untuk bermalas-malasan. Betul tak?hehe.

Okay. Itu sahaja. THE END. Wassalam.
January 17, 2011

Tidak Berjaya Lagi

‎"Harap Maaf, maklumat, NUR ADIBAH BINTI MD AZMAN telah kami proses. Nama anda tidak tersenarai dalam tawaran ke Kursus Program Lepas Ijazah (KPLI-SR & KPLI j-QAF) Ambilan Januari 2011. Terima kasih atas minat anda dalam bidang perguruan."

..........................................................................................................................


No comment!
January 15, 2011

Basuh Kete

Wah, hari ini tetiba jadi rajin pula. Aku basuh kete beb. Pergh!Dah nak masuk 4 bulan ada kete. Ini merupakan kali ke-2 aku basuh sendiri. Huahua. Rajin tak aku?Haha.

Penat wei basuh kete ni. Mula-mula sabun luar dulu. Lps tu, bilas. Da abis bilas, isi air wiper lak. Konon2 macam reti je nak check engine kete. Padahal, tak tau. Menyesal lak tak ambil skill automotif masa kat U. Gatal sangat nak amik First Aid. Haram sekarang dah tak ingat apa dah. Haha.

Lepas dah abis bersihkan bahagian luar, polish dalam kete lak. Bersihkan bahagian-bahagian yang ada pvc. Akhir sekali, barulah vacuum. Pergh!Memang penatlakan terbongkok-bongkok mem'vacuum'. Dah settle vacuum, basuh alas kaki pula. Berus guna tangan. Mana ada masuk washing machine. Haha.

Tu jela ceritanya. Budak rajin basuh kete =). Mana gambar kereta yang dah basuh?Ha, aku tak nak ambil gambar kereta aku. Nanti takda privacy pula kereta kesayangan aku tu. hehe.
January 8, 2011

2011

Owh!Baru teringat. Sibuk-sibuk cerita pasal belanjawan yang melebihi RM 10k tu, terlupa pula nak 'wish' selamat tahun baru. hehe. Sooo soorryyy guys!Hukhuk.

Okaylah di kesempatan ini (macam nak 'wish' Raya di perantauan lak. haha) saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 / Happy New Year 2011 to all my beloved readers out there. Hope this year will bring more cherish and joyful to us. Not to forget, will be blessed from Allah s.w.t. What is/are your resolution?Hmm. Still thinking?Common guys. It's already eighth days in new year. Oh gosh!Or already kept in your mind?Goood!!No matter what, try to work hard to achieve it, okay!Till then. Babai.

p/s : Try to write in English since my posts mostly in BM. I just want to brush up my English language whether it is still okay or not. I think my language is going bad. huhu. Need to read more English book now!Is it my new resolution for this year?Eheh.

Belanjawan

Wah, rasanya dah lama sangat tak update blog ini. Malaslah (tak dapek den nak nolong. hehe.). Biasalah kalau da malas tu, malas juga lah. Muahaha.

Sempena tahun baru 2011 ini, adalah serba-sedikit azam aku yang nak kena capai. Sebenarnya, ada azam yang tahun lepas terpaksa dibawa ke tahun ini atas sebab-sebab yang aku pun tidak tahu kenapa tidak tercapai. Mungkin Allah lebih tahu. Allah lebih bijak untuk mengatur perjalanan setiap hamba-Nya. Kita hanya boleh merancang tapi Dia yang menentukan.

Wah, apa yang sudah melalut ini?Haha. Tajuk pasal belanjawan tapi aku terbagi tazkirah pula. hihi. Baru mukadimah tu (bak kata 'Baby Face' dalam Raja Lawak 5 semalam).

Okaylah. Tak nak melalut lagi. Aku nak ceritalah sedikit pasal belanja ini. Setiap kali belanja, aku suka catat dalam buku. Tabiat ini bermula semasa aku di matric dulu. Entahlah kenapa. Mungkin masa tu nak berjimatlah konon. Tu yang catat semua belanja. Maka, pada setiap akhir tahun, aku pun kiralah keseluruhan belanja aku untuk tahun tersebut. Beribu tu. Tapi yang paling aku tak sangka adalah belanja aku untuk tahun lepas. Lebih daripada RM 10k tu. Terkejut aku. Apakah?Aku siap buat 'double check' supaya tidak tersilap tapi itulah hakikatnya. Benarlah orang kata, makin ada duit, makin banyak belanjanya. Yelah. Hutang pun dah ada dua. Tu belum lagi kalau aku duduk rumah sendiri, tukar line telefon daripada 'prepaid' ke 'postpaid', 'broadband' sendiri, adus!Memang semuanya menggunakan duit!Bak kata orang Putih, 'no money, no talk'. Takda duit, dok diam ajalah. Haha. Perut pun lapar. huhu.

Okaylah. Di bawah ini, aku senaraikan jumlah belanja aku untuk tiga tahun yang terakhir:

  • 2008 : RM 4 782.07
  • 2009 : RM 9 022.49
  • 2010 : RM 25 888.8o


WoooW!!!Perbezaan yang amat ketara okay!Aku pun tidak tahulah kenapa. hukhuk. Okay. Jumpa lain kali. Wassalam.