April 28, 2012

Cuti yang Tak Cuti :(

Hari ini sampailah Selasa, saya bercuti sebenarnya tapi saya tak balik kampung pun. Uwaaa!Kenapa?Sebab assignments + online quiz yang menanti. Sabaaaar!Sabarkan separuh daripada iman. Hmm. Kalau balik rumah, confirm tak buat benda-benda tu semua. hohoho.

Oh, tak taulah nak cakap apa. Dok kat sini ajelah diam-diam ye. Menikmati pemandangan Tanjung Malim yang indah permai niha. Buka sliding door bilik, nampakla pokok kelapa sawit - sama je dgn view depan rumah. Omai!


Takpela. Pengorbanan itu insya Allah, Dia akan balas dengan yang lebih baik. Ehem. Maka, bersabarlah + bertabahlah!(kwn saya cakap, perkataan 'bertabahlah' tu perkataan baru yang dia jumpa. Ahaks!)

BTW, last week, dalam kesibukan banyak assignments, sempat lagi saya dan rakan-rakan berjimba bercinta dengan alam di Broga Hill dan Sg. Gabai. Apa kata enjoice dulu tengok gambar-gambar kat bawah ini. Kalau saya rasa rajin nak update, saya buatlah. Oooohhhhh.

P/S : Masa amat mencemburui saya. 




March 17, 2012

Cuti!

Alhamdulillah. Start hari Rabu lps sampai sekarang ini, saya dapat bercuti di kampung. Kenapa?Cuti mid sem kah?Tak!!!Cuti mid sem bln dpn. Ada lagi 3 minggu kalau tak silap. Punyalah semangat nak balik. HE HE. Biasalah kan. Rumah jauh. Kalau nak balik hujung minggu je mcm tak berbaloilah. Ini pun sebab ramai lecturer yang cancelkan kelas. Maka, bolehlah saya bercuti.

Da ada assignments yang menanti. Dah list down kan pun. Tapi, setakat ptg Sabtu ini, dapat buat satu je. Huuuu. Tula. Org ckp. Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Tiba-tiba semalam saya demam. Mmg sepanjang hari tak buat apa. Pening kepala dan badan panas. Tido je kejenye. Skang ini pun masih pening-pening. Tambah pulak dgn batuk. Rasanya baru je baik batuk ini. Dah kena balik. Sabo jela.

Maka, assigment lain memang tak bersentuh lagi. Hu. Sedih. Esok dah nak balik. Terpaksa menggagahkan diri untuk pulang esok dengan menaiki bas. Omak ai. Jauhnya lah. Alangkah indahnya kalau saya dapat smbg study kat UTM atau UTHM. *Verangan* jela. sob sob sob.

Kepada kawan-kawan yang balik kg. tu, jgn lupa balik esok. Isnin ada kelas ye. Jangan nak memandai sambung cuti =p Take care! xoxo.
March 8, 2012

Cuba Lagi

Cuba Letak Document

March 3, 2012

Berhabuk


Salam. Minta maaflah sangat sebab blog ini sudah mula berhabuk. I told u. Kalau dah start bz, memang tak update la blog ini. Eheh. FYI, I am now in UPSI. Sambung blajo. Tapi bukan master ye. Diploma je.

Okay. Lain kali sambung cerita. Babai. xoxo. Take care!
February 5, 2012

Sekadar Renungan


Eh, rasa dah seminggu tak update ni. Biasalah. Busy skang ni. Nak uruskan hal-hal nak ke UPSI. Ampun!Okay, kali ini saya nak ceritakan serba-sedikit tentang sesuatu ujian daripada-Nya yang pernah kita alami. Ala, takkanla tak pernah dapat kan. Selalunya, ujian yang kita dapat ini petanda yang Allah masih sayangkan kita. Contoh?Okay. Saya bagi contoh. Kalau budak-budak sekolah - tak lulus ujian/peksa, kena marah dgn cikgu sbb tiba-tiba je hari tu terlupa nak siapkan homework, terjatuh dalam longkang + kwn-kwn gelakkan kita dan sebagainya. Kalau budak-budak U pulak - tiba-tiba kena buat presentation dpn kelas padahal tak prepare apa pun lagi. Lps tu, tergagap-gagap kat dpn kelas + lecturer condemn tang-tang tu jugak. Kalau dah dewasa sikit, mungkin ujian tu lagi hebat. Contohya, duit gaji hilang, orang tersayang meninggal dunia, keguguran dan banyak lagi.

Okay. Hari ini saya nak share la dgn korang apa yang tlh saya baca daripada sebuah novel karya Hlovate. Tajuknya aA + bB. Mmg nampak pelik tajuknya. Tapi, percayalah, banyak benda yang kita boleh blajo daripada novel tersebut. Senang cerita, novel ini membuatkan kita akan berfikir ttg kehidupan. Serius ni tak tipu.

Sebenarnya, saya nak cerita pasal seorang rakan saya yang baru je keguguran anak ketiganya. Dah 14 minggu. Perut pun dah nampak. Kebetulan saya baru je berjumpa dgn beliau 3, 4 hari sebelum beliau keguguran. Betapa excited nya beliau dgn kehamilan tersebut. Beliau sgt mengharapkan moga kali ini dapatlah anak lelaki pulak sebab kedua-dua anaknya dah pompuan. Saya pun tumpang gembira. Tup tup, dapat tau dia keguguran. Darah keluar semasa solat. Betapa terkejutnya saya. Benarlah kata Allah. Kun fayakun. Kalau nak jadi tu, jadilah. Kita sebagai manusia perlu tabah atas segala ujian daripada-Nya. Takde rezeki lagi. Perancangan-Nya lebih baik daripada kita.

Maka, dipendekkan cerita, saya nak share apa yang dah saya baca. Saya tak nak tau sorang-sorang. Jom kita baca sama-sama. Dipetik daripada novel aA + bB dari muka surat 450-453. Part Bentz otw dari tempat keje nak balik rumah sambil dgr ceramah agama daripada radio negeri. Bacalah:

"...bagi seorang Muslim, kita seharusnya yakin apa saja yang berlaku itu adalah ketentuan Allah yang terbaik untuk kita..."

"...dari Hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Rasulullah bersabda yang Allah telah berfirman bahawa ganjaran untuk hamba-Ku yang taat kepada-Ku, apabila Aku tarik sahabatnya dan saudaranya dari muka bumi ini; yakni mati, dan dia menerimanya dengan sabar kerana Aku, maka memang syurgalah yang menantinya. Maknanya Allah dan berjanji siap-siap, apabila berlaku musibah yang sebegitu maka bersabarlah, Syurga menanti. Tapi tak boleh juga kalau waktu berlaku kehilangan tu kita menangis macam kena histeria, lepas tu baru nak kata "aku bersabar". Tak jadi macam tu..."

"...sebagai contoh, seorang sahabat saya pernah kehilangan anaknya yang kedua yang ketika itu masih di dalam kandungan..."

"...bayangkan ya tuan-tuan, puan-puan, anaklah katakan. Masih dalam kandungan lagi pula tu. Macam kita pun, kan. Kalau isteri mengandung tu Masya Allah, seronoknya tak terkata. Dah mula merancang nak bagi nama apa, itu ini. Namun sahabat saya ini tak sempat nak menyambut kelahiran anak ini kerana anak itu terlebih dahulu bertemu dengan Penciptanya sebelum sempat menjenguk dunia. Meninggal dunia dia dalam rahim ibu. Sedihnya mereka suami isteri ketika itu memang tak terkata..."

"...namun apa yang sahabat saya dan isterinya katakan waktu mereka menghadapi musibah itu memang terkesan di hati saya. Innalillah wa inna ilaihi raji'un. Daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Allah lebih mengetahui daripada apa yang kita tak tahu. Kita masuk sedikit sirah ya tuan-tuan, puan-puan. Kisah Nabi Musa alaihissalam ketika mengembara dengan Nabi Khidir alaihissalam yang di mana ketika dalam perjalanan tu mereka dah buat MoU. Nabi Musa alaihissalam tak boleh tanya atau persoalkan setiap perbuatan Nabi Khidir alaihissalam. Ada satu masa di mana Nabi Khidir alaihissalam membunuh seorang anak kecil yang tengah bermain. Bayangkan, kalau ikut akal kita manusia biasa ni pun mesti kita terkejut. Terkejut satu. Mengamuk pun mungkin. Jawapan Nabi Khidir alaihissalam pada Nabi Musa alaihissalam sebelum mereka berpisah sebab Nabi Musa asyik duk bertanya juga, kira langgar MoU, kata baginda; 'anak itu apabila besar nanti akan menjadi seorang anak yang derhaka kepada kedua ibu bapa dan Tuhannya'. Itulah ilham yang Allah bagi pada Nabi Khidir alaihissalam. Boleh rujuk ya, kisah ini dalam surah Kahfi. Dialog ini ada dalam ayat 66 hingga 82..."

"...dan sahabat saya ini juga ada menyebut pada saya. Dia reda dengan ketentuan itu, kerana yakin Allah tahu apa yang terbaik. Jika anak itu lahir, mungkin tidak akan menjadi anak yang baik seperti dalam cerita Nabi Khidir alihissalam tadi. Maka dia redha anak itu berjumpa Tuhannya dalam keadaan fitrah yang masih suci. Dan dia juga kata mungkin Allah tidak memberinya anak itu kerana dia dan isteri belum boleh menjadi ibu bapa yang baik untuk anak itu, walaupun mereka dah ada seorang anak. Kita perlu sentiasa fikir. Allah takkan jadikan sesuatu dengan sia-sia..."

Moga apa yang saya kongsikan kat atas ni, boleh jadi renungan dan pengajaran buat semua. Kita hanya kena ingat 1. Allah sayangkan kita. Sebab itu Dia uji kita. Mungkin dengan ujian yang Dia bagi membuatkan kita tak lupa akan Dia. Makin dekat dengan Dia. Insya Allah. Perancangan Dia lebih baik buat kita walaupun kita rasa perancangan kita dah paling baik.

Okay. Itu aje. xoxo. Take care.


January 29, 2012

Merpati & Bangau



Taken from my bff's story. Memories of 1998-2002:

Pada zaman dulu, ada dua ekor burung bersahabat; burung merpati dan bangau. Kedua-duanya agak masyhur di kawasan tempat tinggal mereka kerana kedua-duanya mempunyai kebolehan tertentu. Si burung merpati, seekor burung yang bijak dan pandai mengambil hati orang lain dengan berjenaka manakala si burung bangau sangat cantik dan berbudi bahasa. Mereka amat akrab. Dan mereka selalu berjanji akan berkawan selama-lamanya. Pada suatu hari, burung bangau bertemu burung merpati, "Merpati, sudah tiba masanya aku terbang ke utara kerana kawasan ini akan menjadi sejuk tidak lama lagi......"

"Iye Bangau...aku juge akan merantau mencari kawasan lain untuk tinggal," Merpati menjawab.

"Baiklah...kite berjumpe lagi tahun depan di kawasan yang same ye...Terima kasih banyak-banyak. Aku tak akan lupakan kau.....," kata Bangau lalu terbang. Merpati pula hanya tersenyum dan terbang ke Barat.

Pada tahun hadapannya, Merpati kembali ke kawasan lamanya. Didapati kawasan itu telah menjadi kotor dan bersepah-sepah akibat daripada ribut yang melanda. Teringat akan janjinya dengan Bangau, dia menanti Bangau dengan penuh sabar. Dari satu hari ke satu hari, tapi bayang Bangau tidak juga muncul.

Suatu hari, kedengaran berita menyatakan bahawa seekor bangau yang amat terkenal akan menjelajah dunia dan melalui kawasan itu. Rupa-rupanya burung bangau tersebut adalah sahabat Merpati yang telah menjadi amat masyhur di Utara. Merpati sungguh gembira dan bangga mempunyai sahabat seperti itu.

Apabila tiba masanya, burung bangau yang terkenal dan rombongannya melalui kawasan itu. Merpati memanggil sahabatnya. Burung bangau berhenti dan memandang Merpati dengan penuh jijik seraya berkata:

"Siapa kau?Aku tak pernah ada kawan seperti kau, aku tak pernah berada di tempat buruk sebegini dan aku hanya berkawan dengan bangau-bangau yang cantik sahaja," kata Bangau dengan angkuh. Merpati amat kecil hati dengan kata-kata itu dan berhijrah daripada kawasan itu.

Suatu hari, datang Bangau pengemis ke rumah Merpati. Rupa-rupanya itulah sahabatnya Si Bangau yang telah jatuh miskin kerana tertipu dengan seekor bangau yang jahat. Merpati amat kasihan dengan sahabatnya dan membantu Si Bangau. Walaupun Bangau pernah mengecilkan hatinya tetapi dia tidak pernah berdendam. Dia tetap setia dengan sahabatnya walaupun Si Bangau menjadi terkenal dan menjadi miskin.

Moral Values:

-Hidup manusia bagai roda. Sekejap di atas....dan sekejap di bawah
-Jangan lupa kawan!Tak kirala kawan kita tu dah jadi senang atau miskin
-Always help the one who needed

Dear my bff, Diba, I miss u!Ingat lagi tak apa yang kau tulis kat dalam buku aku?Meh sini aku ingatkan:

"Aku harap takde antara kite yg jadi bangau!Kalau aku lupe daratan suatu hari nanti...kau ingatkan aku ye!Kalau aku susah satu hari nanti...bantu-bantulah aku ye!he!he!he!"


"Don't be like a feather,
Never know where will go,
Just follow the wind blow.
Be like a tree,
Up high when we see,
Never down under our knee."


PS: Diba, pls remember that I'm your bestfriend. I'm here to be your crying shoulder!Whatever happens to u, I'll be there for u!U know what, I'm still remember you even though u're far away from me. Pls keep in touch with me, okay!
January 28, 2012

Berbaloi-baloi!

Pagi tadi, tengah bosan-bosan tak tahu nak buat apa, tiba-tiba tertaip pula nama penuh saya kat Google. Tiba-tiba, jeng jeng jeng. Nak tahu keluar apa?Ha, tengok jela kat bawah ini. Senyum saje, tak perlu kata apa-apa :)


Saya tak pasti ini website apa. Tapi, berkemungkinan besar website yang ada kena-mengena dengan universiti lama saya; UIAM. Di sini ada ditunjukkan 3 items yang related dengan nama saya:

(1)FYP saya masuk dalam "African Journal of Biotechnology"
(2)FYP saya ada di "2nd International Conference on Biotechnology Engineering (ICBioE 2011)" -berkemungkinan besar supervisor saya buat presentation waktu conference tersebut
(3)FYP saya ada di "Expert Systems for Human, Materials and Automation" - ini pun berkemungkinan besar adalah jurnal.

Oh!Berbunga je rasa hati ini. Kerja yang saya buat selama ini berbaloi-baloi. Mudah-mudahan dapatlah menyumbangkan serba-sedikit kepada orang lain pula :)

PS : Kalau nak tahu lebih lanjut pasal FYP ini, sila baca di sini, sini dan sini. Happy reading, guys!
January 27, 2012

Ekspedisi Taman Negara Endau-Rompin : Cerita Kami

Okay. Seperti yang telah dijanjikan kelmarin, hari ini saya akan ceritalah serba-sedikit pasal XPDC kami ke Taman Negara Endau-Rompin. Nak kata XPDC tu, takdela jugak. Macam makan angin & jalan-jalan je gamaknya ;) Ini merupakan salah satu aktiviti selepas PMR utk pelajar-pelajar Ting. 3. Aktiviti tersebut telah diadakan pada 1 & 2 Nov. 2011. Ni kira macam aktiviti melepaskan tekanan lah slps berhempas-pulas menjawab kertas soalan.

Disebabkan tak ramai yang join sebab lagi ramai yang mengikuti rombongan, senanglah kami iaitu guru-guru pengiring utk menjaga mereka. Keselamatan amatlah dititikberatkan. Bawak anak orang tu. Yang pergi hanya 11 org. Maka, 3 buah kereta jelah yang pergi ke Kahang.

Saya telah membawa kereta kesyayanganku, disertai dengan kereta Cikgu Rosy & Abg Nuar. Setiap kereta tlh dibekalkan dengan walkie-talkie utk memudahkan perhubungan semasa dlm perjalanan. Saya tak pgg walkie-talkie tu sbb saya drive kereta. Kwn sy yg pgg - Miss Amnah ;)

Kami memulakan perjalanan dari sekolah sekitar jam 8 pagi. Kami terus bergerak ke Kahang melalui Felda Nitar. Kami sampai di sana dalam jam 9 pagi. Terus breakfast dulu di restoran. Makan biar kenyang sbb perjalanan nak ke Tmn Negara memakan masa lebih kurang 2 jam. Harus diingat bahawasanya tiada R&R semasa dalam perjalanan sebab hanya hutan di dalam sana. Nak membuang pun, membuang kat dalam hutan je. Hu.

Bergambo di dpn Pejabat Taman Negara

Kemudian, kami telah meletakkan kereta kami di Balai Polis Kahang. Take care, Jamal!Kami tidak boleh membawa kereta kami ke dalam sana sebab hanya kenderaan berpacuan 4 roda sahaja yang boleh lepas masuk ke dalam. Kalau setakat kereta mcm saya, alamatnya, kena tinggal jela kat tepi jalan. hu.

Kami terus bertolak masuk ke dalam lebih kurang jam 10 pagi. Jakun jap!First time ni naik 4 wheel drive. Mula-mula, jalan cantik lagi. Tak berlekak-lekuk walaupun tak bertar. Sebab tu adalah jalan ladang. Tu pn badan dah bergoyang-goyang sebab jalan tak rata. Lama-lama, haish, jalan makin tak rata. Ini baru adventure!Hahaha. Mcm naik roller coaster!Berlekak-lekuk. Siap ada lumpur lagi. Memanglah 4 wheel drive je yang lps kalau jln mcm ni. Ktorg yg kat dalam ni, mmg da terjerit-jerit da. Ntah apa-apa je. En. Rosli - driver ktorg da gelakkan ktorg. haha.

Dalam jam 11 pagi, kami berhenti rehat sekejap di Sg. Mas. Bukan berhenti di R&R mcm kat highway ye. Ingatkan adale warung ke, gerai ke, toilet ke. Sekali tu, tanah lapang je!Adus!Nasib baiklah tak terasa nak membuang waktu tu. Kalau tak, nahas lah. Kami sempatlah mengambil gambar di atas jambatan yang ada kat situ. Nampak macam tak kukuh tapi sebenarnya kukuh tu.

Di atas jambatan. Kukuh ke tak ni?Hmm..

Kemudian, kami meneruskan perjalanan yang lebih mencabar. Dalam jam 12. 45 tengah hari, sampailah kami di Taman Negara. Berhenti sekejap di pejabat untuk proses pendaftaran. Waktu ni barulah jumpa toilet. Masing-masing sibuk nak membuang. Airnya...... Pergh!Sejuk!Best wooo!


Di dpn pejabat utk. pendaftaran

Kami telah menginap di Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Alam atau dlm bahasa omputehnya ialah Nature Education and Research Centre (NERC). Untuk pengetahuan korang, kerajaan Denmark tlh menyumbangkan sebanyak RM 2.5 juta utk pembangunan pusat tersebut. Antara individu yang mendirikan pusat tersebut ialah penduduk setempat. Tempatnya sangatlah cantik dan bersih. Rasa nak duduk lama je kat situ.

Kami tinggal di dorm yang terdapat byk katil double decker mcm kat asrama tu. Mmg serius best!Uniknya dorm kami ialah dormnya tinggi. Macam ala-ala rumah kampung la. Lantai tak jejak tanah mcm rumah sekarang. Sebenarnya, ada sebab mereka berbuat demikian. Kata mereka, kadang-kadang, gajah akan melalui kawasan sekitar termasuklah di bawah dorm kami. Errkkk!Kalau bernasib baik, kami dapat melihat gajah secara live!

Kami terus lunch dan bersolat Jama' Takdim. Dalam jam 2.00 ptg, kami bergerak ke Kuala Jasin dengan menaiki bot. Best wooo!Serius tak tipu. Rasa nyaman dan menenangkan hati. Kalau korang rasa serabut sgt dgn kerja, pergilah ke sini. Kat sini, takde bunyi-bunyian yang membingitkan telinga. Waktu ni, barulah saya tau, betapa seronoknya kalau kita bercuti-cuti di dalam hutan. Bercinta dengan alam sekitar. Hati tenang. Betapa indahnya ciptaan-Nya.

Naik bot. Weeeee....best!

Kami tiba di Kuala Jasin kira-kira 40 minit kemudian. Di sana, kami telah dapat melihat hasil peninggalan gajah. Barulah dpt tgk rupa tahi gajah mcmana. Baunye. Ehem ehem. Tapi, takdelah teruk sgt. Lbh kurang bau tahi lembu je. Sbb gajah kan makan tumbuh-tumbuhan. Kami juga dapat melihat tempat gajah menyandarkan badan di pokok. Tinggi gajah ni.

Inilah tahi gajah!

Bila dah sampai di Kuala Jasin, kami dapat melihat air sungai yang sangat bersih. Apa lagi?Mandilah!Pergh!Sejuk dan segar!!!!Sangat seronok berkubang dan berendam di sana ye. Rasa tak nak naik ke darat je. haha. Sebenarnya, ada lagi tempat yang ptt kami pergi. Tapi, disebabkan kesuntukan masa, kami tak pergilah. Tmpt tersebut ialah Tasik Biru & Air Terjun Buaya Sangkut. Perjalanan memakan masa 4 jam pergi dan 4 jam balik dengan berjalan kaki. Takde kenderaan lain yang boleh pergi.


Sedang berkubang. hehe.


Di gerbang Kuala Jasin

Setelah penat berendam, kami pun pulang ke dorm utk membersihkan diri dan solat. Saya dan Amnah sempat makan nasi goreng di kedai yang ada di situ sebab lapo sgt!haha. Mmg melantak je keje kami. haha.

Malamnya, ada sedikit taklimat ttg hidupan liar dan serangga yang terdapat di situ. Banyak info yang kami dapat. Daripada tak tahu apa-apa, adalah tahu juga. Tahukah korang ada nama "babi bodoh"?Tahukah korang perbezaan antara kupu-kupu dan rama-rama?Ha, kalau nak tau, dtgla ke sini. Org-org di sini sedia membantu korang semua :)


Abg Nuar tgh tgk serangga

Esoknya, selepas breakfast, kami terus ke sungai utk aktiviti water rafting. Yeah!Ni pun first time nak buat. Excited! Sblm naik raft tu, adala diajar sikit-sikit mcamane nak guna pedal tu. Mmg kekok dibuatnya. hoho.

Sebelum berwater rafting.


Masa kat dalam raft tu, memang seronok!Kayuh ke kiri, kayuh ke kanan. Macam main-main je. Sebab ini water rafting utk beginner je. Bkn yg hardcore punya. Ada jeram bagai. Ini air pun tenang je. Tapi, yg seronoknya bila tiba-tiba je hujan. Perasaan dia. Masya Allah. Sgt best!Tak boleh nak digambarkan dgn kata-kata. Korang kena cuba.

Atas raft

Kemudian, kami terus jalan-jalan di sekitar perkampungan orang asli di situ. Jgn tak tahu, diorg pun dah guna Astro ye. Hehe. Selepas tu, kami terus ke SK Peta. Sekolahnya terdiri daripada 1 blok 2 tingkat, kantin dan perumahan guru. Murid-muridnya dari darjah 1 - 6 lbh kurang 60 org aje. Cikgu-cikgunya sporting abis. Siap masakkan lauk tengah hari utk ktorang tau. Hehe. Ada sorang je cikgu perempuan kat sini. Dah lama berkhidmat di situ. Sgt cekal dan tabah. Bayangkanlah, beliau pernah masuk ke dalam sorang-sorang dengan menaiki Kembara pada jam 7 ptg. Gilos!Kalau saya, mmg taklah. Apabila ditanya, best tak mengajar kat sini?Beliau kata, best!Waaaah, mmg sgt kagum!Ini baru betul guru yang berdedikasi. Sedia berkhidmat di mana-mana. Boleh dijadikan contoh untuk saya yang baru nak belajar bertatih dalam dunia perguruan ini.

Di dpn SK Peta

Selepas melawat-lawat ke kelas dan beramah mesra dgn murid-murid di situ (yang kebanyakannya pemalu-pemalu belaka), kami pun bertolak pulang. Hu. Rasa tak puas duduk kat sana. Sekejap sgt. Masa tu, hujan renyai-renyai.

Dalam perjalanan pulang, kami dapat lihat jalan yang licin dan berlecak. Ktorang yg kat dlm 4 wheel pn terhuyung-hayang mcm naik roller coaster. hehe. Dengan cuaca yang sejuk ni, tetiba je nak membuang, Apa lagi?Berhenti kat tepi jalan jela. Nasib baiklah bawak bekal wet tissue & kain batik. Air kosong amik yang driver ktorang punya. hehe. Mmg dia dah ada bekal siap-siap. Ngeeeee.....Tapi, hati-hati ye kalau dah membuang kat dalam hutan ni. Akan adalah makhluk yang tak diundang melekat kat badan. Ha?Apa lagi kalau bukan pacat. P-A-C-A-T!Geli giler okay!Masa bnd tu ada kat dalam 4 wheel, ktorang dok menjerit-jerit!Macam jumpa apa je. Isk2. Kecoh semacam. Pacat ini sebenarnya bagus untuk membuang darah-darah kotor yang ada kat dalam badan. Yang tak bagusnya bila pacat ini masuk ke dalam rongga-rongga badan yang terdedah seperti hidung, telinga dan sebagainya. Itu dah dikira bahaya.

Berhenti sekejap. Rehat-rehat. Bdk-bdk comey!Miss u guys.

Dalam jam 3.00 ptg, sampailah kami di Kahang. Amik kereta kat Balai Polis, singgah solat kat masjid, dan terus balik rumah. Singgah makan roti canai kat Nitar dulu. Dalam jam 6.00 ptg, sampailah kami di sekolah :)..

Weeeeee....satu pengalaman yg sgt seronok!Rugi sape yang tak pergi lagi. Ini atas permintaan sorang student saya : Cikgu rindu awak semua!!!!!Haha. Puas hati tak Yan???heee....Cikgu harap, awak semua pun rindu kat cikgu juga ye :)
January 26, 2012

Ekspedisi Taman Negara Endau-Rompin


Ekspedisi Taman Negara Endau-Rompin,


will be updated soon!


Take care guys.


xoxo :)

Umrah : Apakah yang Perlu Dibawa?

Okay. Sambung lagi hari ini. Tgh ada mood nak mengarang ni, baiklah buat terus. Nanti bersawang la blog ni sbb tuannya dah malas nak mengarang.

Dah baca entry sebelum ni tentang pengalaman di Mekah?Kalau belum, baiklah baca dulu ye. Di sini dan di sini.

Kali ini saya akan ceritakan serba-sedikit tentang barang-barang yang perlu dibawa untuk dibawa ke sana. Perlu diingatkan bahawa umrah ini dilakukan selama 2 minggu. Maka, kenalah betul-betul bajet barang apa yang perlu dibawa supaya taklah kelam-kabut apabila berada di sana kelak.

Memandangkan saya ini perempuan, maka, saya akan banyak ceritakan barang-barang yang perlu orang perempuan bawa. Faham-faham ajela. Perempuan ini byk sgt benda yang nak kena bawa tau.

Paling Penting:

(1)Semestinya pasport!Memang kena bawaklah ye. Jgn tertinggal. Nanti tak pasal-pasal kena tinggal kat imigresen KLIA. hehe.
(2)Wang tunai yang secukupnya - kalau rasa tak nak berbelanja banyak, memadailah bawa wang untuk belanja harian termasuklah makan-makan, top up, sabun basuh dan sebagainya. Tapi, rugilah kalau dah pergi jauh-jauh tak membeli sebarang 2 utk buat kenang-kenangan kan?
(3)Kad ATM - kalau tak suka pegang cash banyak, bolelah buat roaming. Macam CIMB, boleh tentukan bila nak start guna kad tu di oversea dan sampai bila. Guna cimbclicks pun boleh. Lagi senang.

Penting:

(1)Telekung - bawak dalam 3 helai dah cukup. Selalunya, kat sana, orang tak pakai kain telekung tu. Hanya pakai telekungnya saja. Maka, kain telekung tak payah bawak.
(2)Tudung - ikutlah korang nak pakai tudung apa. Shawl lilit-lilit ke, tudung express ke, tudung bawal ke...Tak kisah. Terpulang kpd korang. Kalau saya, suka pakai tudung express tu. Sebab senang. Tak payah nak fikir lilit / selempang / kena pakai brooch. Sarung je. Dah siap. Bawaklah dalam 3 helai. Dah cukup.
(3)Jubah - saya bawa 2 helai jubah & sehelai jubah seluar. Kalau tak ckp jubah, bole je beli kat sana. Byk jual.
(4)Stokin - wajib bawak!Sebab kita kena tutup kaki kita ye. Aurat tu. Cari stokin yang tebal dan panjang. Jgn cri yg jarang. Nanti batal solat.
(5)Underwear - tu mmg penting la kan?hehe. Tak pyh jelaskan pjg lebar.
(6)Kasut / sandal / selipar - ikut keselesaan korang la. Yang sandal tu, saya pakai yang sarung je. Sebab saya pakai stokin. Jadi stokin tak terlekat kat jari bila pakai.
(7)Towel - kena bawak gak sebab ada hotel yang tak sediakan towel ye.
(8)Serkop - untuk mengelakkan nampak anak rambut bila pakai tudung.
(9)Baju tido / t-shirt - untuk pakai di bilik / menjadi inner bila pakai jubah warna putih / krim.
(10)Tights / kain dalam - untuk dipakai bersama-sama dengan jubah.
(11)Sweater - kalau dalam flight sejuk.
(12)Handsock - kena pakai takut ternampak tangan masa buat umrah. Batal nnt.

Okay. Yang atas tadi adalah pakaian. Yang bawah ini pulak keperluan diri yang lain:

(1)Toiletries - ikut koranglah. Yang penting: berus gigi, ubat gigi, facial foam, moisturizer & lotion (utk. melembapkan kulit sbb kat sana panas). Tak digalakkan membawa shampoo & shower foam dari Malaysia sebab kulit kita akan kering & gatal-gatal. Mungkin tak serasi dengan air sana. Kalau korang nak tau, air kat sana merupakan air yang ditapis daripada air laut. Kalau masa blajo kat u, proses tersebut dinamakan desalination. Memang rasa air tu agak masin. Tak payau macam air kat Malaysia. Maka, guna jela sabun & shampoo yang dibekalkan oleh pihak hotel :)
(2)Sunglasses / shade - penting sebab kat sana sgt panas. Utk mengelakkan mata sakit, silalah pakai ye. Carilah shade yang ada uv protection. Selalunya, harga dalam RM100++
(3)Ubat-ubatan - silalah bawa kalau ada penyakit yang memerlukan ubat utk dimakan. Macam saya, bawa Vitamin C, E & fibre (utk mengelakkan sembelit sbb kat sana senang kena sembelit. hoho). Bawalah spare panadol, ubat batuk, selsema & sakit tekak. Sebab kat sana sgt senang nk kena batuk dan demam. Bawa cool fever pun boleh nak menyejukkan badan yang panas.
(4)Beg kecik / plastic bag - untuk letak kasut bila masuk masjid.
(5)Charger handphone - taukan utk apa. Kat sana tak silap saya, plug sama je dgn Malaysia. Jadi, tak payah risau nak kena beli international plug.
(6)Lip balm - utk melembapkan bibir. Bibir mmg cpt kering kalau kat sana.
(7)Pantyliner & pad - mmg kena bawaklah kalau pompuan kn?
(8)Wet tissue & tissue - senang nak bersihkan tgn kalau kat situ takde sinki. Kalau selsema lagilah penting.
(9)Tupperware - kadang-kadang tu tmpt makan sesak kalau waktu puncak, maka, boleh tapau makanan dan makan di dalam bilik saje. Lagi 1, bole bawak balik air zam-zam dari masjid utk diminum di bilik :)

Okay. Dah abis bahagian keperluan diri. Nak masuk bahagian untuk beribadah pulak:

(1)Al-Quran & tafsir - memang kenala kan?Tapi, kalau tak bawak, kat masjid sgt byk Al-Quran. Jgn risau.
(2)Majmu' Syarif - utk baca doa Akashah, doa Haikal, dan mcm-mcm lagi.
(3)Ma'thurat - zikir utk dibaca pagi dan petang
(4)Yasin & tahlil
(5)Buku panduan solat sunat - rugi kalau tak buat solat sunat byk-byk kt sana
(6)Buku panduan ibadah umrah

Kurang Penting:

(1)Beg spare - kalau tiba-tiba masa nak balik barang yang dibeli byk pulak ;)
(2)Alatan menjahit - bagus gak kalau bawak. Kang tiba-tiba butang jubah tercabut ke, senang nak jahit
(3)Sabun basuh baju - utk basuh baju kat sana. Baju cpt kering sbb cuaca panas & berangin. Beli kat kedai runcit kat sana pn bole.
(4)Pin kain - kalau tiba-tiba beg / baju koyak. Bolelah pin. Macam beg saya. Tiba-tiba je tali putus. Pin kainlah gunanya. Tapi, kat sana pun ada jual. Jgn risau. Kena rajin cari kedaila.
(5)Nail clipper - nak potong kuku kalau pjg terutamanya sebelum berihram.
(6)Gunting kecik - utk bertahallul. Senang masa nak bergunting nanti. Tapi, jgn pula bawak masa naik flight. Nanti kena amik.
(7)Buku nota & pen - untuk menulis kalau ada benda-benda penting nak ditulis
(8)Kalkulator - masa nak tawar-menawar harga masa membeli

Kalau lelaki:

Korang perlu bawa :

(1)Kain ihram - bawaklah 2 helai. Kalau 1 tgh basuh, ada spare lagi 1.
(2)Tali pinggang ihram

Itu jela rsnye. Harap dapat bantu korang ye. Memang kalau nk pack barang, korang akan rasa pening. Byk sgt nak kena bawak. Lagi-lagi perempuan. Baiklah korang buat checklist dulu. Takut ada je nnt yg tertinggal. Itu aje. Tata. Take care. xoxo.


January 25, 2012

Umrah : Part 2 Mekah

Mcmana cerita pasal Umrah di Madinah?Ok tak?Ada tak bagi informations sikit-sikit kat korang. Lagi-lagi ada yang dah teringin nak ke sana. Oklah kan. hehe.

Okaylah sambung cerita di Mekah pulak. Pada 2 Jun (Khamis), setelah melakukan Ziarah Wida' di Madinah, kami pun bertolaklah ke Mekah dengan menaiki bas. Sebelum tu, kita disunatkan mandi sunat ihram. Niatnya, "Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah Ta'ala". Semasa di dalam bas, mutawif kami pun menerangkanlah serba-sedikit bagaimana untuk melakukan umrah. Kami pun bertalbiahlah:

Labbaik Allah humma labbaik
Labbaik la sharika laka labbaik
Innal hamda
Wan ni'mata
Lakawal Mulk
La sharikalah.

Setelah sampai di Bir Ali, kami pun melakukan solat sunat ihram. Niatnya ialah "Sahaja aku sembahyang sunat ihram dua rakaat kerana Allah Ta'ala." Kemudian, niatlah ihram. "Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta'ala". Harus diingat ye, bila dah niat tu, kita dah berada dalam ihram dan kena mengikut larangan-larangannya. Kalau melanggar pantang larangnya, kena bayar dam (denda). Antaranya ialah menanggalkan rambut atau bulu dari mana-mana anggota badan (yang ni plg ssh nak jaga sebab rambut perempuan kan senang gugur. hu), memakai bau-bauan, mengerat kuku dan banyak lagi.

Setelah berniat, kami pun meneruskan perjalanan ke Mekah sambil tu mengalunkan talbiah bersama-sama. Masa itu perasaannya, Ya Allah!Nervous!Serius tak tipu. hoho. Dalam perjalanan tu, pemandangannya hanyalah padang pasir semata-mata. Beza betul dengan pemandangan highway kat Malaysia yang penuh dengan kehijauan tumbuh-tumbuhan.

Kami tiba di Mekah dalam jam 11 malam. Lebih kurangla. Kami terus je menuju ke Masjidil Haram untuk menunaikan rukun umrah yang seterusnya iaitu Tawaf. Oooohhhh!Tempat yang sangat dinanti-nantikan!Sebelum tu, saya nak bgtau rukun-rukun Umrah:


(i)Niat umrah - Niat ihram umrah di miqat
(ii)Tawaf - mengelilingi Ka'bah sebanyak 7 kali bermula & berakhir di penjuru Hajar Aswad
(iii)Sa'i - berjalan berulang-alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali
(iv)Bercukur/bergunting - sekurang-kurangnya 3 helai
(v)Tertib - perlu dilakukan satu-persatu mengikut tertib


Masa gerak nak ke Masjidil Haram, bermacam-macam perasaan bercampur baur. Masa itu, orang ramai di mana-mana. Ada yang memakai kain ihram, ada yang sedang bertalbiah beramai-ramai dalam 1 kumpulan termasuklah kami, dan bermacam-macam ragam lagilah. Masa itu, perut saya tiba-tiba memulas-mulas sebab nervous sgt!Ye la. Takut sbb bila dgr cerita org yg tiba-tiba tak nampak Ka'bah. Isk. Minta dijauhkanlah. Bila dah masuk je pintu Masjidil Haram, lagilah nervous! Bila dah masuk je ke kawasan Masjidil Haram, zaaap!Mata terus je terpandang kat 1 objek yang besar di tengah-tengah. Cubalah teka apa?Semestinyalah Ka'bah!!!!Itulah Ka'bah yang selama ini kita solat berkiblatkannya. Ya Allah!Macam tak sangka je saya dah dapat tgk Ka'bah!Sedih + syahdu!

Ka'bah!

Kami terus je memasuki kawasan tawaf. Orang memanglah ramai. Tak pernah surut walaupun waktu tu dah nak dekat jam 12 tgh malam!Semuanya sibuk mengerjakan ibadah tanpa jemu. Masa tu saya masih blur macammne nak buat. hu. Jahilnya saya. Nasib baiklah ibu byk ajar saya. Bacaan apa yang nak kena baca. Mula kat mana. Niatnya apa. Buat pengetahuan korang, kita kena niat tawaf dulu sebelum melakukan tawaf. Kita mulakan tawaf di penjuru Hajarul Aswad. Kat sini ada tanda iaitu lampu hijau. Kalau dari jauh dah nampak lampu hijau, maksudnya kita dah berada di penjuru Hajarul Aswad. Kalau nak tau, Ka'bah ini ada 4 penjuru iaitu penjuru Hajarul Aswad, Rukun Iraqi, Rukun Syami dan Rukun Yamani. Setiap kali melakukan pusingan, ada bacaan-bacaannya. Tapi, kalau tak hafal pun baca je surah-surah pendek. Saya pun bawa nota kecil pegang kat tangan. Ada je yang sambil tawaf, baca Al-Quran.

Setelah sampai di Rukun Yamani, disunatkan Isti'lam. Jika tidak boleh, melambai-lambaikan tangan sahaja dan sunat mengucup tangan. Dah yakin habis 7 pusingan, saya pun melakukan solat sunat Tawaf. Lebih afdal kalau dapat solat di depan Multazam iaitu tempat antara Hajarul Aswad dan pintu Ka'bah. Ini merupakan tempat yang paling mustajab untuk berdoa. Masa tu perasaannya, Masya Allah. Sedih sgt. Hu. Kena ingat ek, masa tawaf, bahu jangan teralih. Kena selari dengan Ka'bah. Kalau rasa dah nak kena rempuh dengan orang lain, baiklah pergi ke tempat yang kurang orang. Takut bahu teralih.

Kemudian, saya pun pergi ke tempat Sa'i pula. Sebelum tu, saya sempat minum air zam-zam yang segar. Disunatkan minum air zam-zam sambil mengadap Ka'bah dan membaca doa. Kemudian, saya terus ke Bukit Safwa dan naik ke atas batu-batu yang ada kat situ sambil mengadap Ka'bah dan seterusnya berniat Sa'i. Kemudian, angkatlah kedua-dua belah tangan sambil melambai-lambai ke arah Ka'bah dengan bertakbir. Selepas itu, teruslah berjalan menuju ke Bukit Marwah sambil membaca doa. Apabila sampai di kawasan lampu hijau, lelaki disunatkan untuk berlari-lari anak. Selepas melepasi lampu hijau tersebut, berjalanlah seperti biasa ke Bukit Marwah. Kalau rasa penat, bole je berhenti sekejap sambil minum air zam-zam. Kalau tak biasa seperti saya, memang semput. Ntah berapa kalilah saya berhenti. Ibu rilex je. hehe. Saya nasihatkan kat korang, sebelum pergi sana, baiklah korang practise jalan-jalan dulu ataupun jogging untuk mendapatkan kecergasan yang maksima semasa di sana. Kalau tak, memang sempuuutt!hehe. Bila dah sampai di Bukit Marwah, berdirilah di atas batu kat situ sambil mengadap Ka'bah, bertakbir dan melambai-lambai. Maka, selesailah sekali Sa'i. Teruskan ke Bukit Safa kembali untuk Sa'i yang kedua hinggalah tamat yang ketujuh iaitu di Bukit Marwa.

Waktu Sa'i dari Bukit Marwa ke Safa.

Kemudian, kenalah bercukur. Minima 3 helai rambut. Kalau takde rambut, lalukan je gunting kat atas kepala. Make sure orang yang nak mengguntingkan rambut kita tu da habis buat umrah dan bertahallul. Dalam jam 2.30 pagi, selesailah umrah kami yang pertama. Alhamdulillah :) Saya telah membawa nenek ke bilik hotel. Oh ye. Di sini kami menginap di Hotel Rawabi Shams. Dekat jugalah nak ke Masjidil Haram. Dalam jam 4.00 pagi, Subuh pun masuk. Siang tu, saya terus tido sebab kepenatan. hehe.

Waktu pertama kali selesai menunaikan umrah :)


Di tingkat atas. Amik gambo slps solat Isya'. Org sentiasa ramai utk tawaf.

Pada 3 Jun (Jumaat), merupakan aktiviti bebas memandangkan orang lelaki kene solat Jumaat kan. Kami yang wanita ini duduk saje kat dalam bilik. he.

Pada 4 Jun (Sabtu), merupakan hari lawatan ke sekitar Mekah. Kami telah pergi melawat Jabal Thur, Jabal Nur, Jabal Rahmah (tempat yang paling tak sabo nak pergi. he), Arafah, Mudzalifah, dan Mina. Masa di Jabal Rahmah, dapatlah kami naik ke atas puncak bukit dan berdoa di sana. Faham-faham jelah doa ape ye. hehe. Kat sini pun, saya dapat naik unta dengan ibu. Teringin sgt!Sekali naik = 10 riyal. hoho. Macam naik roller coaster wei. Tinggi giler! Seterusnya, terus niat miqat di Ja'aranah dan menunaikan umrah bila dah sampai Mekah.

Naik unta di Jabal Rahmah.

Pada 5 Jun (Ahad), merupakan aktiviti bebas. Masa nilah kami buat lagi umrah. Nak senang, dalam jam 3 pagi, pergi niat umrah di miqat. Miqat yg paling dkt ialah Tana'im. Naik teksi atau kereta sewa. Byk je kat tepi jalan walaupun tgh malam sebab kat Mekah memang sentiasa ada orang berjaga 24/7. Dalam jam 4 pagi, dah solat Subuh di masjid. Lps tu, terus je tawaf. Dalam jam 7 pagi, selesai tawaf. Terus je buat sa'i. Dalam jam 8 lbh, dah siap 1 umrah. Balik bilik, rehat. Jam 12 tgh hri, dah bole pergi solat Zohor berjemaah. Tu yg selalu ktorang buatlah. Sebab buat pagi-pagi masih sejuk dan badan pun fresh lagi. Lagi 1, kita takkan miss solat berjemaah. Kalau buat malam, agak penatlah sikit. Waktu kelapangan inilah, kami berjalan-jalan di sekitar Masjidil Haram. Pusing keliling. Tgk terminal bas yang selalu digunakan pada musim haji, rumah asal Rasulullah, dan pergi ke Safwa Tower. Ha, kat Safwa Tower ni, ada 1 gerai masakan Malaysia iaitu D'Saji. Harganya boleh tahan ehem ehem. Tapi, disebabkan nak sgt merasa makanan Malaysia, layankan aje. Yelah. Dah rindu nak makan roti canai, teh tarik & nasi lemak kan. Kat sini jelah tempatnya. Kalau pergi sini, memang ramai orang Malaysia :). Kat sini pun ada banyak jual jubah yang cantik-cantik. Kena pandai tawarlah. Dapat murah.

Di Kedai Kurma di Safwa Tower

Pada 6 Jun (Isnin), kami pergi ke Muzium Harmain pula. Kat sini, ditunjukkan telaga lama zam-zam, Al-Quran yang asal dan banyak lagi. Kemudian, kami pergi ke Ladang Unta. Kat sini boleh minum air susu unta fresh. Memang air susu yang baru diperah depan kami. Hehe. Saya memang geli nak minum. Rasa sikit je. Heee...Beli gakla sebotol dua. Kononnya, untuk bagi kat adik perempuan saya. Tapi, bila dah nak balik Malaysia, da basi. Hu. Kami juga ada pergi melawat ke Kilang Membuat Al-Quran. Sedihnya, kaum wanita tidak dibenarkan sama sekali memasuki kawasan pemprosesan Al-Quran. Kami hanya duduk di tempat menjual Al-Quran. Hu. Yang lelaki, sorang satu dapat sebuah Al-Quran. Memang rezeki. Kemudian, kami terus niat umrah di Hudaibiyah.

Di Ladang Unta

Pada 7 Jun (Selasa), merupakan acara bebas. Maka, kami pun mengambil kesempatan pergi ke tempat menjual barang-barang yang ala-ala Jalan TAR dan Jalan Masjid India. Macam-macam adaaaa!Hehehehe.

Pada 8 & 9 Jun (Rabu & Khamis), merupakan acara bebas. Kami melakukan rutin seperti biasa. Saya tak ingat umrah keberapa saya buat tapi saya dan ibu dapatlah melakukan solat sunat di Hijir Ismail, tgk Maqam Ibrahim (ini bukan kubur tau tetapi tempat Nabi Ibrahim berdiri semasa hendak mendirikan Ka'bah. Kat situ, memang adale tapak kaki Nabi Ibrahim) dan mencium Hajarul Aswad. Masa nak pergi cium tu, memang dugaan sungguh. Orang punyalah ramai. Bersesak-sesak. Rasa dah tak cukup nafas da waktu tu dan nak give up da. Tapi, akhirnya, dapat gak saya mengucup batu tersebut walaupun masa kepala saya dah nak masuk kawasan Hajarul Aswad, ada 1 tangan yang menghadang muka saya. Sabo jela.

Pada 10 Jun (Jumaat), kami dikehendaki melakukan Tawaf Wida' sebelum Zuhur. Oh!Cepatnya masa berlalu!Sekejap je rs. Hu. Masa nak buat tu, sedih lagi. Yelah. Bila lagi nak pergi kan?huhuhu. Kami terus bertolak ke Jeddah. Kami pergi ke Masjid Terapung. Di situ, kami melakukan solat Jumaat dan solat Jama' skali. Selepas lunch kat tepi pantai, kami terus bertolak ke Jeddah Airport. KLIA is much more better la. Hu. Serius tak tipu. Masa nilah baru rasa beruntungnya dapat jadi rakyat Malaysia. Proud to be Malaysian! Pada jam 8.30 malam, kami pun bertolakla ke Dubai. Aktiviti seterusnya ialah......makan lah!Ape lagi!hehehe.Kami tiba di Dubai dalam jam 3 pagi. Solat Jama' Takhir kat situ. Jam 4.05 pagi, kami pun terbanglah ke KL. Masa inilah baru rasa penat sgt!Saya tido je. Sedar-sedar ada makanan kat depan mata. Lps makan, solat Subuh dalam flight sambil duduk. First time buat!Dalam jam 3.05 petang, sampailah saya di KL!Nak cari luggage tu yang lama. Adalah dalam sejam. Dalam jam 4.05 ptg, kami terus bertolak ke Kota Tinggi dengan menaiki bas. Dalam jam 10 malam, kami pun sampai. Kat sana, Cik Noi sekeluarga telah menunggu kami utk dibawa pulang ke rumah. Esoknya, memang kena jet lag. Tido je sepanjang hari sampai Isnin pun terpaksa amik cuti sebab tak larat.

Itu ajelah ceritanya. Ok?Puas hati?Harap-harapnya begitulah ye. Nanti saya akan ceritakan pulak benda apa yang kena bawak masa ke sana. Okay?Take care. xoxo.

Tips:

(1)Kalau yang jenis pagi-pagi kena pergi membuang, disarankan agar sebelum ke Masjidil Haram, baiklah membuang dulu di bilik sebab bila da sampai sana, susah nak keluar. Untuk pengetahuan korang, tandas berada di luar Masjidil Haram dan sangatlah jauh. Dahle bawah tanah. Kalau yang jenis dah nak terbuang tu, memang tak sempatlah wei. Takut tercicir je nanti.

(2)Tempat amik wudhu' pn jauh. Maka, jagalah wudhu' korang. Jangan terbatal. Kalau dah terbatal, memang payah. Ada je yang amik wudhu' kat tempat air zam-zam. Agak tak elok dipandang mata ye. Ada yang menyarankan bawa bekal botol yang boleh spray tu. Maka, boleh dispray pada anggota badan yang wajib sahaja jika keadaan terdesak.

(3)Kalau nak selesa bersolat tanpa gangguan budak kecik, disarankan bersolatlah di tingkat atas. Keadaan lebih tenang. Saya pun suka bersolat di atas. Org Malaysia pun ramai kat situ. Kat tingkat bawah, agak sesak dan ditambah pulak dengan suara budak kecik menangis sebab memang stail orang sana yang bawa anak-anak ke masjid sejak kecil lagi-lagilah kalau hari Khamis malam Jumaat. Macam pesta. Diorang siap bawa bekal makanan tau! Jangan terkejut pulak ye bila tengok orang sana boleh dengan selambanya mendokong anak mereka sambil solat ;)

(4)Sebelum pergi, banyakkanlah membaca tentang cara hendak melakukan umrah. Yang paling penting, baca sejarah-sejarah yang ada kaitan dengan tempat-tempat yang bakal dilawati. Contohnya, Jabal Uhud. Apakah jenis peperangan yang berlaku?Waktu bila?Berapa ramai yang terkorban?Ini kerana bila da sampai sana, takdela kita terpinga-pinga sangat bila mutawif tgh bercerita.

(5)Kat website ini, ada cerita serba ringkas tentang ibadah umrah. Bacalah.

(6)Bagi perempuan, make sure bila tarikh period korang. Rugilah bila sampai sana, korang period. Memang tak bolehlah nak beribadah. Maka, pergilah berjumpa dengan doktor mcmana nak hold period korang sementara berada di sana. Saya telan pil hormon seminggu sebelum tarikh jangkaan period. Alhamdulillah saya dapat melakukan ibadah kat sana tanpa 'bercuti'. Tapi, effectnya di bulan seterusnya. Period dtg lmbt :(

Umrah : Part 1 Madinah

Rasanya macam dah lambat sangat ni nak cerita pasal pergi umrah thn lps. Ya ampun! Memang dah janji ngan korang kan nak cerita pasal umrah ni. Memang dah janji. Hu. Tapi, asyik terbengkalai je. Kalau dah kerja tu, memang tak sempat jela. Asyik diperam je cerita tu. Dah sampai basi dah. Nak wat mcmane. Disebabkan dah janji, kenalah tepati kan?kan?Saya akan cubalah sedaya upaya utk ceritakan pengalaman saya semasa di sana. Nasib baiklah terjumpa tentatif program masa kat sana. Maka, bolelah cerita serba-sedikit.

Kami sewaktu di Masjid Jamek Kota Tinggi sebelum naik bas

Kami di KLIA sebelum berangkat

Ok. Ceritanya bermula begini. Ceewaah!Ntah apa-apa aje. Asalnya, memang niat arwah ayah saya untuk mengerjakan umrah pada tahun 2010. Tetapi, disebabkan arwah tidak sempat menunaikan hasratnya itu, maka, ibu telah merancang untuk menunaikan hasrat tersebut dengan membawa kami sekeluarga menunaikan umrah. Maka, tarikh 28 Mei - 12 Jun 2011 telah dipilih. Cuma adik perempuan saya yang tidak dapat mengikuti umrah tersebut sebab tengah posting di hospital. Nak buat macammane. Ibu kenalah bawak dia next time pula. Kami pergi bersama-sama dengan Tok Ayah, nenek, Mak Ngah, Ayah Uda & Pak Busu. 11 orang kesemuanya. Dalam kumpulan kami ini ada 37 jemaah termasuklah kami sekeluarga. Ibu telah memilih Syarikat BinKhaled.

Seminggu sebelum bertolak, kami telah mengikuti kursus umrah di Kota Tinggi. Masa itu, barulah tahu serba-sedikit apa yang perlu dilakukan dan apa yang perlu dibawa semasa di sana. Macam revise juga la sebab pernah belajar pasal umrah ni masa Sekolah Agama dlu. Cuma dah lupa aje.

Pada 28 Mei 2011 (Sabtu), kami pun bertolak ke Masjid Jamek Kota Tinggi. Dari sini, kami akan menaiki bas dan terus ke KLIA. Nenek, Tok Ayah & Mak Ngah telah berkumpul di rumah Ayah Uda sehari lebih awal. Anip dan Pak Busu pun sama. Nanti kami akan berjumpa di KLIA terus.

Perasaan?Masa tu takde perasaan kot. Just go with the flow. hoho. Masa dalam bas, asyik termenung je. Tak tahu nak buat apa. Sebab sehari sebelum tu, saya pulun tanda kertas peksa budak-budak sampai petang. Malam, barulah pack barang-barang. Ibu pula masa dalam bas masih sibuk menanda kertas peksa budak. Katanya, cikgu. Memang begitulah. Sebab kami pergi masa cuti sekolah selepas budak peksa tengah tahun. Maka, memang kena tanda kertas peksalah. Nanti kalau tak siap tanda, balik umrah, dah kalut kan. Tu yg tanda cepat-cepat. Tak nak pikir bila dah sampai sana.

Dalam jam 4 petang, sampailah kami di KLIA. Masa tu, saudara-mara memang dah menunggu kami. Imam Muda Taufek pun ada sekali. hehe. Nak dipendekkan cerita, jam 7.30 malam, kami bertolak ke Dubai dengan menaiki pesawat Emirates. First time okay!Sebelum ini naik AirAsia. Semestinya lain. Tempat duduk lebih luas dan selesa. Siap ada tv kecik lagi. Bolehlah layan movie, lagu, dan macam-macam lagi. Lagi 1. Kerjanya makaaaaannn je. Haha. Macam-macam jenis. Rasa kesian pulak tgk steward & stewardess diorang. Rasanya tak nampak diorang duduk. Bergerak ke sana ke sini. Tak rehat. Lagi satu, diorang cantik & handsome!Serius tak tipu. hehe.

5 jam kemudian, sampailah kami di Dubai. Masa tu jam 12.00 pagi lbh kurang la waktu Dubai. Tgk luar, gelap jelah. Airport pun sunyi je. Ktorang transit kat situ. Kami solat Jama' Takhir dan rehat-rehat kejap. Ada wifi. Maka, sempatlah nak update status fb. hehe.


Sewaktu transit di Dubai. Baru sampai ni.

Tengah tunggu flight seterusnya. Lepak-lepak sambil baca map Dubai :)

Jam 1.15 pagi, kami bertolak ke Madinah pula. Naik Emirates lagi. Dan makan lagi!hehe. Dalam 3 jam perjalanan, tibalah kami di Madinah pada jam 3 pagi. Perasaan?Penat + takut. Entahlah kenapa. Orang ckp, kalau dah sampai Madinah & Mekah, kena jaga hati dan percakapan. Apa yang kita cakap atau pun terdetik dalam hati sekali pun, akan terjadi. Jadinya, beristighfar jelah banyak-banyak. Masa tu barulah kami kenal Mutawif kami iaitu Ustaz Zaidi. Ore Kelate tapi dah lama tinggal di Madinah. Kahwin pun dengan orang Arab.

Masa nak check in passport tu, rasa takut gak. Entahlah kenapa. hu. Tapi, satu je yang saya rasa kagum. Orang-orang kat sana sentiasa pegang tasbih walaupun tgh kerja. Mmg bagus! Selepas itu, kami terus ke Hotel Al-Fayroz untuk check in dengan menaiki bas. Kami sampai di sana lebih kurang jam 4 lbh pagi. Waktu tu ramai orang yang baru balik dari masjid untuk solat Subuh. Selepas check in, kami terus masuk bilik, kemas-kemas, bersihkan diri dan solat Subuh. Alhamdulillah. Hotel kami dekat sangat dengan Masjid Nabawi. Buka je tingkap, dah nampak masjid. Lebih kurang 100 meter kot dari hotel. Memang tak jauhlah. Setiap kali azan, memang jelas dengar.

Esoknya, iaitu pada 30 Mei (Isnin) pagi, lepas breakfast, kami pun pergi melawat-lawat di sekitar masjid bersama-sama IM Taufek :). Beliau telah membawa kami ke sekitar masjid. Dapatlah tgk-tgk suasana kat situ. Masjid memang 24/7 buka. Orang memang tak pernah reda. Sentiasa ada. Pada waktu pagi, payung emas telah dibuka untuk kerja-kerja pembersihan. Sebab pada waktu malam, payung tersebut tutup. Di mana-mana disediakan air zam-zam di dalam tong. Bila minum, memang sangat segar. Serius tak tipu.

Hari ini, acara bebas. Selepas melawat-lawat sekitar masjid, kami pun pulang ke bilik. Oh ye. Tiba-tiba teringat. Nak dijadikan cerita, ada satu kejadian yang menyedihkan pada hari tersebut. Nak tau ape?Huhu. Ni yang sedih ni nak cerita. Hu.

Kisahnya bermula selepas solat Asar di masjid. Kalau nak tau, setiap jemaah dibekalkan dengan sebuah beg yang boleh gantung kat leher. Ala, macam beg orang nak pergi haji tu. Tau kan?Saya pun pakailah. Sangkut kat leher. Dalam tu letak Al-Quran, handphone (masa ini dah tukar sim card kat sane. Sim card asal dah simpan dalam purse, tinggal kat bilik) & shade. Nak dijadikan cerita, kalau keluar je dari masjid, memang confirm orang berpusu-pusu. Setakat kena tolak & rempuh tu memang dah biasa dah. Tambah pulak nenek naik wheelchair. Jadi, pergerakan kami agak terbataslah. Ntah kenapa. Masa kami lepas je daripada pintu utama tu, saya dah rasa tak sedap hati. Serius. Tapi, buat macam biasa je sebab kalau difikirkan sangat, nanti betul-betul terjadi. Masa balik tu, rilex jela tapi hati ni still rasa ada benda yang tak sedap telah terjadi.

Sampailah lepas Isya. Bila sampai je bilik, masa nak tido, baru saya perasan yang handphone saya hilang!Sarung shade pun lesap sekali!Ya Allah!Dugaan apa ni?Tak sampai sehari lagi saya kat sini, barang yang paling berharga telah hilang. Memang saya nangis tak berhenti-henti satu malam. Tersengguk-sengguk atas katil. Memang takde mood waktu tu. Ibu suruh redha je. Mungkin ada perbuatan saya yang Dia tak suka. Maka, Dia uji saya. Handphone saya takdelah mahal pun. Nokia N70 je. Tapi, yang membuatkan saya sedih tu bila saya dah tak dapat baca sms-sms yang ayah saya bagi sebelum ayah meninggal dunia. Tu jela kenangan saya dgn arwah ayah :(. Saya sedih sangat. Nak buat mcmana kan?Mungkin Allah tak bagi saya ingat ayah. Sebab kalau saya baca je sms-sms tersebut, saya mesti nangis. Hu. Redha jela kan. Benda dah nak jadi. Hu. Nasib baiklah sim card saya dah simpan elok-elok kat purse. Kalau tidak, lagilah susah.

Ok. Tinggalkan cerita sedih tu. Pada hari esoknya, 31 Mei (Selasa), kami telah mengikuti lawatan dalam masjid. Kami telah dibawa ke sekitar masjid oleh seorang mutawif perempuan. Orang Malaysia gak tapi dah kawin dengan Pak Arab. Dah tak ingat nama. he. Selepas tu, barulah dibawa masuk ke masjid untuk pergi ke Raudhah. Raudhah ini merupakan antara tempat yang paling mustajab untuk berdoa. Bukan senang nak masuk tau. Kalau orang lelaki mungkin lagi senang nak masuk. Tapi tidak bagi kaum wanita. Sebab kalau nak masuk, ada waktu-waktu yang tertentu sahaja Raudhah dibuka untuk kaum wanita. Tak silap saya, pada waktu pagi dan selepas Zohor. Yang selepas Isya' pun ada gak kot tapi waktu tu lagi ramai orang.

Bila masuk je ke kawasan menunggu untuk ke Raudhah, barulah saya tau rupa-rupanya nak masuk ke situ pun ikut negara. Siap ada signboard lagi. Maka, kami pun duduklah di kawasan jemaah Malaysia. Kena tunggu giliran. Kalau nak tahu, jemaah Malaysia selalunya masuk dulu sebab takut kene rempuh dengan jemaah-jemaah dari negara lain terutamanya dari Turki. Diorang ni kasar tau. Main rempuh je. Boleh melayang dibuatnya. Masa itu, ibu dan nenek tunggu kat tempat lain sebab nenek naik wheelchair. Mutawif kami bgtau, kalau dah sampai Raudhah, terus je solat sunat. Kalau nak berdoa, kena doa masa sujud sebab kalau kita berdoa lepas solat, nanti kita kena halau keluar sebab tempat tu sempit sangat. Orang pulak ramai. Ada 2 checkpoints kot sebelum dapat masuk kat Raudhah. Nak tau bila kita sampai kat Raudhah ialah bila kaki kita dah pijak kat karpet warna hijau. Karpet yang lain ialah warna merah.

Masa dapat masuk tu, perasaannya syahdu sangat walaupun kita berhimpit-himpit dengan orang lain. Terus je Solat Sunat Taubat & Hajat. Mohonlah apa-apa yang terlintas di fikiran. Kat situlah juga terletaknya makam Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda. Masa tu memang sujud lama sangat walaupun badan dah terasa-rasa kena rempuh dengan orang. Masa keluar je dari Raudhah, memang hati dah nekad nak pergi lagi. Kena pergi.

Pada 1 Jun (Rabu), kami telah pergi melawat ke kawasan luar iaitu ke Masjid Quba', Masjid Qiblataini, Jabal Uhud, Makam Penghulu Syuhada, Medan Peperangan Khandaq, Jabal Maghnit, Ladang Kurma & Pasar Kurma. Memang hari ini dari pagi sampai petang kami berjalan-jalan dengan menaiki bas. Seronoklah sebab dapat melawat tempat-tempat bersejarah sebab sebelum ini asyik dengar je masa belajar kat sekolah dulu. Yang paling menakjubkan masa pergi ke Jabal Maghnit. Kenapa?Sebab dikatakan kat sini tarikan daya magnet sangat kuat. Buktinya, driver bas tu tak perlu tekan minyak untuk menggerakkan bas. Bas boleh bergerak sendiri dengan lajunya. Serius. Sangat mengagumkan :). Oh ye, lupa nak bagitau, cuaca kat sini panas berbanding dengan Malaysia. Masa kami pergi ini memang dah musim cuaca panas. Suhu mencecah 40 degree tau. Memang terasa haba panas tu. Malam pun sama.

Pagi sebelum naik bas

Di Jabal Uhud

Di Jabal Maghnit

Di Pasar Kurma

Esoknya, 2 Jun (Khamis), merupakan hari terakhir kami di Madinah. Selepas Zohor kami akan berangkat ke Mekah pula untuk melakukan ibadah umrah. Sekejap je masa. Rasa macam baru aje sampai di sini. Kami dikehendaki melakukan Ziarah Wida' (selamat tinggal). Masa buat Ziarah Wida' lepas solat Zohor tu, hati rasa sayu je. Bilalah lagi saya akan sampai di sini. Hu. Lepas Zohor, kami pun bertolak ke Mekah. Masa ini, orang lelaki dah pakai kain ihram siap-siap sebab kami akan berniat miqat di Bir Ali. Ok. Nanti saya akan ceritakan pulak pengalaman di Mekah ya. Tunggu.


Berlatarbelakangkan Masjid Nabawi di waktu malam. Kat blakang tu payung emas telah dikuncupkan

Waktu solat di Madinah (waktu saya pergi umrah):

Subuh - 4.04 pagi
Dhuha - 5.34 pagi
Zohor - 12.19 tengah hari
Asar - 3.42 petang
Maghrib - 7.03 petang
Isya' - 8.33 malam


Tips:

(1)Pastikan kena pergi awal ke masjid sekurang-kurangnya setengah jam sebelum azan sebab nanti takde tempat nak solat. Memang solat atas lantai tanpa karpet jela. Tak pun solat kat luar.

(2)Selalunya, azan Subuh akan dilaungkan sebanyak 2 kali. Pertama, sejam sebelum masuk Subuh. Kedua, sewaktu Subuh. Maka, apabila dah dgr azan yang pertama, teruslah bangun dan bersiap-siap untuk ke masjid.

(3)Beli sim card kat sana sebab buat call ke Malaysia memang murah. Saya beli sim card Zain.

(4)Tak payah risau pasal tak ckp duit riyal kat sana. Sebab senang nak jumpa money changer. Macam saya, sebelah hotel je dah jumpa money changer. hehe. Tapi, nak selamat, buat jelah roaming kad atm tu.

(5)Bawaklah tumbler / botol minuman untuk simpan air zam-zam dan bole dibuat minum di bilik hotel.

(6)Bawak beg kecik / plastic beg untuk simpan selipar / sandal anda. Beg tersebut boleh dibawa masuk ke dalam masjid. Ini utk mengelakkan kita terlupa letak kat rak kasut mana. Rak kasut memang banyak. Tkt teringat-ingat masa solat. Kang tak khusyuk pulak kan.

(7)Jangan bawa handphone ke dalam masjid sebab kalau bahagian perempuan, ada guard yang jaga di pintu masuk. Diorang akan check beg kita. Handphone akan diambil. Yang lelaki takde masalah.

(8)Pakai shade untuk mengelakkan mata sakit sebab kat sana sangat panas. Bukannya nak melawa tapi untuk kesihatan mata. hehe.

(9)Plg penting - kalau nak gantung beg kecik tu kat leher, pastikan korang letak beg tu dalam telekung. Orang tak kan nmpk. Kejadian menyeluk beg mcm saya kena takkan terjadi.

Okay. Itu aje. Harap dapat bantu korang.