November 25, 2010

Kena Buat

Tiba-tiba Mr Bo datang rumah tadi. Ada beberapa benda yang kena buat sebelum nak ke luar negara.

(1)Tukar duit - agak2 nya berapa aku nak tukar ek?Aku tak nak shopping kat Singapore sebab nnt nak shopping kat Indon.
(2)Activate roaming - ni kalau nak guna hp kat oversea la. Tapi, aku tak pasti kalau prepaid punya nombor. Boleh ke?
(3)Activate ATM plus - ni kalau nak withdraw duit kat oversea la.

Hmm..Yang penting sekali. Make sure PTPTN sudah start bayar ye. Kalau tak, melanconglah kat imigresen je. Nama kena blacklist. Muahahaha.

Ni untuk ingatan akulah. Maklumlah atenye tak pernah ke obersea. Ginilah jadinyeee..haha.
November 24, 2010

Hutang Sudah Dilunaskan

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah. Hari ini semua hutang aku sudah dilunaskan. Alhamdulillah.

(1)Dah settle bayar PTPTN & duit kete untuk bulan ni la. Setiap bulan kena bayar. Ntah sampai bila nak settle.

(2)Dah settle upload semua gambar ke FB seperti yang dijanjikan. Dah berkurun aku peram dalam lappy. Asyik busy je masa sekolah. Tu yang malas nak upload gambar. Skang ni dah cuti sekolah, bolelah aku mengupload. Nasib baik cepat je. Kalau lembap, lagila aku peram gambar2 tu.

(3)Dah buat account FB untuk students. Ni pun sebenarnya dah lama aku plan. Aku tak nak campurkan sekali account FB sedia ada dengan students. So, skang aku da wat. Mereka pun dah men'tag'kan diri masing-masing kat dalam gambar yang aku dah upload. Ok. Senang ati aku. So, dah tak berhutang dengan mereka.

(4)Update blog. Hehe. Sebenarnya banyak je cerita/isu yang ditulis kat blog ni. Tapi, tula. MALAS. Diulangi M-A-L-A-S. Hahahaha. Kalau ada mood nak menaip tu, cepat je aku wat. Kalau takde mood, haram le aku nak menaip ini.

(5)Dah start marathon cite Jepun. Mr. Brain da abis walaupun 1 episod missing. Tgh layan cite Jepun lain pulak. hehehehe. I like!

Okaylah. Itu aje. Takde benda nak cerita pun. Saje je taip ni. See u. Daa!!!
November 23, 2010

Impian Ibu

Wah, sungguh ramai kawan-kawan kawin tahun ini. Berderet-deret kad undangan aku dapat. Pergh!Memang superb!Memang umur 25 ini memang sesuai dah kalau nak jadi bini orang. Yeke?Haha. Cepatnya masa berlalu. Aku rasa macam baru je abis sekolah menengah. Tetibe tup tap tup tap, dah pun umur 25. Aish!!!Masa berlalu begitu pantas seh.

Apa kena-mengena tajuk aku dgn apa yang aku merepek kan ni?Aku pun idak lah taunya. Haha. Again!

Nak dijadikan cerita, Sabtu lepas aku, ibu dan mak cik aku pergilah menghadiri empat majlis pengantin. Dua daripadanya merupakan ex-classmates aku masa lower form. Mereka juga merupakan ex-students ibu aku sebab masa ktorang Form 2 ibu aku merupakan cikgu BM kelas ktorang. Heee............. Masa dalam perjalanan tu, macam-macamlah yang ibu aku katakan pasal majlis kahwin ini. Nak tau apa dia?

(1)Kalau Along (refer pada aku) kawin, ibu nak jemput Rela r jaga jalan.
~Pergh!Dasat btol tu. Tapi, dalam hati aku berkata, bagus juga idea tu. Haha.

Adakah abang-abang Rela sebegini yang ibu aku maksudkan?Hmm..

(2)Kalau Along kawin, ibu nak jemput budak-budak sekolah Arab buat persembahan nasyid.
~Pergh!Islamic tu. Tapi, memang aku pernah terfikir pun pasal benda itu. Aku tak nak majlis
aku nanti disulami dengan lagu-lagu yang 'lagha'. Haha.

Ibu aku nak suruh diorang nyanyi lagu nasyid apa ek?

(3)Ibu nak buat stall. Ada stall cendol, stall bla bla bla.
~Pergh, macam banyak lak bajet ke arah makanan dan minuman ni. Huu. Aku kena start
menyimpan duit dari sekarang ni. Chayok!

Adakah stall cendol sebegini?Cendol pun ada macam-macam jenis. Cendol yang macammana ibu aku nak?Hmm..Berapalah bajet untuk sekepala ek?

(4)Tak payah kasi orang goodie bag yang meraban-raban isinya. Kasi Yaasin suda. Kalu yang bukan Islam, kasi towel sorang satu. Boleh jugak diorang guna.
~Hmm, good idea too. Memang aku pernah terfikir gak pasal benda tu.
Yasin ye?Hmm..Apa2 lah ye.

(5)Nanti ibu jemput budak-budak sekolah bersilat.
~Ha, sudah. Aku dapat rasa memang akan ada performance masa kenduri nanti. Ibu aku
memang ramai kenalan cikgu-cikgu. Senanglah dia nak invite mana-mana budak.
Budak bersilat yang sebeginikah?Silat apa?Silat gayung?

Ha, itulah antara impian ibu waktu majlis kahwin aku nanti. Aku hanya diam dan berfikir sahaja. Apa akan jadi nanti?Haha. Aku pun cakaplah. "Tak tahulah bilanya nak kahwin." (dengan nada pasrah). Tiba-tiba ibu aku cakap, "Insya Allah tahun depan."Ha?What?Dengan yakinnya ibu aku cakap. Tanpa ragu-ragu. Aik?Siapa yang nak kena kahwin ini?Haha. Patutnya akulah yang cakap bila masanya nak berkahwin. Tapi, ibu aku yang confess kan on behalf of me. What a miracle!!Adakah ibu aku seorang ahli nujum yang boleh meramal bila aku kahwin?Idaklah ate tahunyeee...Haha.

Anyway, tahniahlah buat kawan-kawan yang telah atau yang akan mendirikan masjid buat masa terdekat ini. Moga berkekalanlah hendaknya. Moga akan mendapat anak-anak yang soleh dan solehah. Amin!
November 22, 2010

Merepek

Hai semua. Selamat bercuti buat mereka yang sedang bercuti. Sudah masuk hari ke-3 aku duduk rumah ini. Ini bermakna sudah 3 hari aku tak drive kete. Aku memang macam ini. Kalau takda benda yang kena keluar rumah, aku lagi suka duduk di rumah saja. Apa aku buat?Entah ek. Aku pun tak tau. Yg pastinya, aku buat la keje2 rumah - basuh baju, sidai kain, lipat kain, sapu sampah dan bermacam-macam lagi. Sambil2 tu tgkla tv dan surf internet ni ha. Dalam sehari adalah berkali-kali aku buka FB dan blog ini.

Aku dah berhasrat nak buat marathon tgk cerita. Dah ada 3 cerita Jepun aku sedut daripada Oni. Tapi, kemalasan nak membuka laptop yang dah season tu membuak-buak. Yela. Nak on je amik masa nak dekat 5 minit. Mana tak hangin aku. Tula. Dah 5 tahun usianya. Memang la kan. RAM pun 256 MB je. Penah kot aku nak hempas je laptop tu sebab pernah hilangkan projek FYP aku yang aku dah buat selama separuh hari. Tensen gel waktu tu. Sabo jela. Hmm. Nanti la aku bukak cerita tu.

Ada gak rasa nak layan novel. Novel Eclipse yang aku beli tahun lepas pun tak habis2 lagi. Aish. Apa la aku ini. Tak taula kan kenapa skang ni aku cepat bosan bila membuat sesuatu keje. Tak taule keje apa la yang aku tak bosan. Semua benda cepat bosan. Apa ni?Asyik bosan je. Haha. Aku pun tidaklah tahu.

Apa yang aku merepek ni?Haha. Aku pun tidak tahu. Kebosanan tidak lagi melanda diri ini sebab masih di hari-hari awal percutian. Tgklah nanti. Tak sabo nak tunggu weekend ini. Aku nak berjimba. Yezzaaa!!!
November 21, 2010

Selamat Bercuti!

Hai korang.

Saja je nak wish selamat bercuti untuk diri sendiri, cikgu-cikgu dan anak-anak murid sekalian. Aku nak pergi jalan-jalan. Lama dah tak melancong ini. Aishh!!Seronoknya. Kena save duit ini sebab nak shopping. Muahahaha.
November 4, 2010

Malas

Banyak benda nak cerita kat korang tapi aku malas nak taip. Muahahaha. "Acammane?" Hehe..Aku tengah pulun tanda kertas peksa. Target, esok mesti siap. Dah malas nak fikir. Aku nak bercuti-cuti Malaysia ini. Hehehehe. Okay guys. Nanti dah settle tanda kertas pekse, aku cerita kat korang ye.