January 3, 2012

Jalan-jalan ke Pekanbaru & Bukittinggi, Indonesia

Ok. Kali ini saya nak ceritakanlah serba-sedikit percutian saya pada bulan lepas iaitu 6-8 Disember 2011 ke Pekanbaru & Bukittinggi, Indonesia. Asalnya, ini plan pak cik saya yang ingin membawa anak-anaknya menaiki kapal terbang. Kebetulan waktu tu tengah promotion tiket murah ke sana. Maka, pak cik saya pun mengajaklah ibu dan seorang lagi pak cik saya pergi. Maka, kami pun bersetuju. Tup tap tup tap. Pak cik saya yang pada awalnya mengajak kami pergi tu, akhirnya tak jadi pergi sbb isterinya pregnant. Tinggallah ktorg je yg pergi.

Maka, ptg Isnin tu, kami pun bertolak dari rumah ke Bangi (rumah pak cik) sbb esok pagi2 da kena g LCCT. Smpi pkl 7 pm. Mlm tu, lepak dan borak2 jela.

Esoknya, 6/12/2011, dalam pkl 9am, ktorg pun gerakla ke LCCT. Terus check in. Ada masa lagi. Sempat lepak-lepak jap kat Dunkin Donuts.



Bila da naik flight tu, bese2 jela. Ala, mcm tak bese je naik flight. hahaha. Tapi, yg kelakonye, baru je mata nak terlelap, tiba-tiba da ada pengumuman supaya memakai tali pinggang sebab flight da nak mendarat. Cepat giler!Tak smpi setengah jam kot. Kalau makan pun tak sempat. haha. Kami sampai sana, dalam pkl 12 tgharila waktu sana. Masa sampai tu, takdela culture shock ke ape sbb thn 2010 pernah pergi Padang. Jadi, suasana kat sana tu da bole adapt la. Lps je settle kat kastam dan amik luggage, pak cik & adik pergi cari teksi untuk ke hotel kami. Harga 1 teksi nak ke hotel, Rp 60.000. Rasanya mmg standard harga tu kot. Ktorg menginap di Hotel Angkasa sbb harganya murah. hehe. Dah book awal2 melalui Agoda.com. Senang. Janji ada kad kredit. hehe.

Lps tu, pak cik saya telah dapat seorang Pak Supir untuk bawa kami jalan-jalan 3 hari ini. Namanya Pak Danil. Ramah orangnya. So, takdele ktorang segan nak borak-borak dengan dia. hehe. Mula-mula sekali ktorg lunch kat Nasi Padang Kapao. Restoran ini dekat je dengan Pasar Bawah. Makan ala-ala Nasi Padang la. Dah nama kedai pun Nasi Padang kan?haha. Makan untuk 8 orang = Rp 293.000. Bagi saya mahal. Sorang makan, lbh kurang RM13 kalau tak silap. hoho.


Lps tu, ktorang jalan-jalan kat Pasar Bawah. Banyak benda yang dijual tapi ktorg tak beli apa-apa pun. Tgk jela. Lgpun, agak tak selesala sbb panas - takde air-cond. kihkih.
Lepas tu, Pak Danil bawak jalan-jalan sekitar Pekanbaru. Dia bawa lalu Jambatan Siak. Lps tu, terus pergi ke Muzium Sang Nila Utama. Hmm, saya rasa muzium di Malaysia lagi best!Sebab apa, kurang menarikla cara diorang present brg2 dalam muzium tu. Gelap je suasana. Huhu.

Kemudian, ktorg pergi pula ke Mal Pekanbaru. Huhu. Kat sini pun jalan-jalan je. Nak membeli pun, harga dah lebih kurang kat Malaysia je. Finally, ktorg pergi makan kat KFC. Haha. Mcm takde je kat Malaysia kan?haha.


Sabo jela. Lps tu, balik hotel dan rehatkan diri. Lps Isya', ktorg sambung lagi berjalan. Pergi dinner kat Restoran Nasi Uduk "Bude Lami". Yg ni bukan makan Nasi Padang. Makan ala-ala kita kat Malaysia la. Order. Ktorang order lauk-pauk. Harga sume= Rp 239.000. Murah dari yang lunch tadi.


Lps tu, ktorg singgah di Kedai Kembang Sari. Test2 beli dulu. Ok ke x?Kalau ok, baru boleh beli banyak. Kat kedai ini banyak jual ole-ole. Contohnya, bahulu, brownies, kerepek dan mcam-macam lagila. Kedai ini tak menyediakan tester ye. Maka, baik beli sikit2 dlu. Rasa. Kalau ok, baru boleh beli banyak-banyak utk bawak balik bagi pada org2 kg. hehe.


Esoknya, entah mcmana boleh tertimbul plan nak keBukittinggi. Mungkin bila tgk kat Pasar Bawah tu, takde benda yang boleh dibeli. Maka pak cik saya pun ajak ke Bukittinggi. Bila ibu kata ok, maka oklah kami semua. hehe. Maka, ktorg bertolak pkl 5.40am. Perjalanannya...pergh!Sakit belakang sebab lama sgt duduk dalam Avanza. Hoho. Jalan kat sana bukannya sama macam jalan kat Malaysia. Mana ada highway bagai. Inikan pula R&R. Hutan semata-mata. Jalan sempit. Bengkang-bengkok. Belum lagi yang berkeluk-keluk. Isk. Seram dibuatnya. Pak Danil ni bawak Avanza asyik hon je. Rasanya memang habit diorang la kalau bawak kenderaan memang kena bunyi hon. Lepas tu, suka-suka hati je nak memotong. Kat selekoh pun boleh memotong. Mak ai!Cuak seh!Ktorg sampai dah tengah hari. Terus lunch kat Restoran Sederhana. Kalau nak tahu, restoran ini ktorang pernah pergi thn lps. Jadinye, mcm mengimbau memori plak da kan. Restoran ini ok. Bersih, selesa, dan sedap. Much more better dan 2 restoran yang kotrg da pergi kat Pekanbaru semalam. Harga pun ok. Lagi murah. Rp 215.600. Murah kan?Kemudian, terus je pergi shopping kat Pasar Atas. Pasar ni dekat je dengan Jam Gadang. Dekat sini, memang rambang mata. Mcm2 ada. Blouse, telekung, kain pasang, kebaya, t-shirt...Haish. Mcm2 ada. Harga pun murah. Kena pandai tawarlah. Akhirnya, saya beli sepasang telekung dan kain pasang. Telekung tu banyak kerawang dalam RM70 je. Kain pasang yang saya beli tu ada bunga2 tenun. Cantik. Memang dah lama nak beli. Harga dalam RM50 je. Murah. Rugi kalau tak beli. hehe. Dalam pkl 3.30pm, ktorg pun bertolak balik. Singgah sembahyang di masjid tepi jalan. Kat sini jgn risau pasal tmpt sembahyang sbb kat tepi jalan banyak masjid. Ada juga restoran yang sediakan surau utk sembahyang. Ktorg kene gerak awal sebab tempoh perjalanan dalam 5 jam. Lama tu. Sakit belakang lagi ini. Sampai dah malam. Ktorg terus dinner di tempat yg same semalam. Try order Nasi Goreng Seafood. Sedap tu bolehlah tahan tapi....pedas dia. Pergh!Mengancam!Hahahaha.


Esoknya, ktorg pun kena balik. Sebelum balik, ktorg singgahlah kat Kedai Kembang Sari tu. Saya beli Brownies Panggang dan Brownies Mocha. Nak kasi ole-ole kat orang di kampung. hehe. Tapi, saya sarankan tak payah la beli yg mocha tu sbb masa sampai KL, bahagian atas tu da naik kulat. Tak tahan. Cpt sgt naik kulat. Yang brownies panggang tu ok. Tahan lama dan sedap. Dlm pkl 1 lbh, sampailah kami di KL. Flight lambat. Delay. Kat atas flight, sempatlah merasa makan Nasi Beriani. Not bad. Sedap. Makan dengan lahapnya sebab takut flight dah nak landing. haha. Memang pun. Cukup2 je abis makan, dah kena pakai tali pinggang. Cpt sgt sampai.


Oh, itu saja ye ceritanya. Adoi. Panjang bebeno. Penat menaip. Jumpa lagi. xoxo.
Olá! Se você ainda não assinou, assine nosso RSS feed e receba nossas atualizações por email, ou siga nos no Twitter.
Nome: Email:

6 comments:

Time Traveller said... at Monday, December 9, 2013 at 2:37:00 PM GMT+8

oh seronok baca perjalan ringkas ke pekan baru.. insallah akan ke pekan baru hujung minggu nie.. boleh bagi contact pak danil.. yg jadi supper tu.. berapa dia charge?

Nur Adibah Md Azman said... at Friday, December 27, 2013 at 3:44:00 PM GMT+8

Byrn utk Pak Supir Rp 135k sehari. Minyak kita byr tau. Ke Bukittinnggi, da x ingat bepe byrn. Mayb Rp 450k. Hmm, awak bole nego ngan diorg mcmane. No contact Pak Danil da ilanglaaa...

rumah dijual di surabaya said... at Monday, March 3, 2014 at 10:22:00 AM GMT+8

i like this...

Anonymous said... at Friday, April 18, 2014 at 7:28:00 PM GMT+8

pekanbaru bagus untuk belajar budaya melayu.
kalau ada waktu lebih, sewa mobil, 4 jam dari pekanbaru bisa tinggal di national park & berkenalan dengan gajah, ikut patroli gajah di tesso nilo national park. atau river surfing di bono.

Nur Adibah Md Azman said... at Tuesday, May 20, 2014 at 9:05:00 PM GMT+8

Terima kasih byk2 atas infonya. Tidak tahu lagi mau pergi bile ke Pekanbaru.

Unknown said... at Saturday, January 23, 2016 at 1:55:00 PM GMT+8

PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT PADANG DAN BUKITTINGGI.

Assalamualaikum Tuan/Puan.


Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Padang dan Bukittinggi, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG DAN BUKITTINGGI, dan juga untuk PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

Wassalam
Contact person :

1. Amsyahril
( Director )

Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

2. Riko Adryansyah
( Tour & Transportation Manager )

Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.