January 27, 2012

Ekspedisi Taman Negara Endau-Rompin : Cerita Kami

Okay. Seperti yang telah dijanjikan kelmarin, hari ini saya akan ceritalah serba-sedikit pasal XPDC kami ke Taman Negara Endau-Rompin. Nak kata XPDC tu, takdela jugak. Macam makan angin & jalan-jalan je gamaknya ;) Ini merupakan salah satu aktiviti selepas PMR utk pelajar-pelajar Ting. 3. Aktiviti tersebut telah diadakan pada 1 & 2 Nov. 2011. Ni kira macam aktiviti melepaskan tekanan lah slps berhempas-pulas menjawab kertas soalan.

Disebabkan tak ramai yang join sebab lagi ramai yang mengikuti rombongan, senanglah kami iaitu guru-guru pengiring utk menjaga mereka. Keselamatan amatlah dititikberatkan. Bawak anak orang tu. Yang pergi hanya 11 org. Maka, 3 buah kereta jelah yang pergi ke Kahang.

Saya telah membawa kereta kesyayanganku, disertai dengan kereta Cikgu Rosy & Abg Nuar. Setiap kereta tlh dibekalkan dengan walkie-talkie utk memudahkan perhubungan semasa dlm perjalanan. Saya tak pgg walkie-talkie tu sbb saya drive kereta. Kwn sy yg pgg - Miss Amnah ;)

Kami memulakan perjalanan dari sekolah sekitar jam 8 pagi. Kami terus bergerak ke Kahang melalui Felda Nitar. Kami sampai di sana dalam jam 9 pagi. Terus breakfast dulu di restoran. Makan biar kenyang sbb perjalanan nak ke Tmn Negara memakan masa lebih kurang 2 jam. Harus diingat bahawasanya tiada R&R semasa dalam perjalanan sebab hanya hutan di dalam sana. Nak membuang pun, membuang kat dalam hutan je. Hu.

Bergambo di dpn Pejabat Taman Negara

Kemudian, kami telah meletakkan kereta kami di Balai Polis Kahang. Take care, Jamal!Kami tidak boleh membawa kereta kami ke dalam sana sebab hanya kenderaan berpacuan 4 roda sahaja yang boleh lepas masuk ke dalam. Kalau setakat kereta mcm saya, alamatnya, kena tinggal jela kat tepi jalan. hu.

Kami terus bertolak masuk ke dalam lebih kurang jam 10 pagi. Jakun jap!First time ni naik 4 wheel drive. Mula-mula, jalan cantik lagi. Tak berlekak-lekuk walaupun tak bertar. Sebab tu adalah jalan ladang. Tu pn badan dah bergoyang-goyang sebab jalan tak rata. Lama-lama, haish, jalan makin tak rata. Ini baru adventure!Hahaha. Mcm naik roller coaster!Berlekak-lekuk. Siap ada lumpur lagi. Memanglah 4 wheel drive je yang lps kalau jln mcm ni. Ktorg yg kat dalam ni, mmg da terjerit-jerit da. Ntah apa-apa je. En. Rosli - driver ktorg da gelakkan ktorg. haha.

Dalam jam 11 pagi, kami berhenti rehat sekejap di Sg. Mas. Bukan berhenti di R&R mcm kat highway ye. Ingatkan adale warung ke, gerai ke, toilet ke. Sekali tu, tanah lapang je!Adus!Nasib baiklah tak terasa nak membuang waktu tu. Kalau tak, nahas lah. Kami sempatlah mengambil gambar di atas jambatan yang ada kat situ. Nampak macam tak kukuh tapi sebenarnya kukuh tu.

Di atas jambatan. Kukuh ke tak ni?Hmm..

Kemudian, kami meneruskan perjalanan yang lebih mencabar. Dalam jam 12. 45 tengah hari, sampailah kami di Taman Negara. Berhenti sekejap di pejabat untuk proses pendaftaran. Waktu ni barulah jumpa toilet. Masing-masing sibuk nak membuang. Airnya...... Pergh!Sejuk!Best wooo!


Di dpn pejabat utk. pendaftaran

Kami telah menginap di Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Alam atau dlm bahasa omputehnya ialah Nature Education and Research Centre (NERC). Untuk pengetahuan korang, kerajaan Denmark tlh menyumbangkan sebanyak RM 2.5 juta utk pembangunan pusat tersebut. Antara individu yang mendirikan pusat tersebut ialah penduduk setempat. Tempatnya sangatlah cantik dan bersih. Rasa nak duduk lama je kat situ.

Kami tinggal di dorm yang terdapat byk katil double decker mcm kat asrama tu. Mmg serius best!Uniknya dorm kami ialah dormnya tinggi. Macam ala-ala rumah kampung la. Lantai tak jejak tanah mcm rumah sekarang. Sebenarnya, ada sebab mereka berbuat demikian. Kata mereka, kadang-kadang, gajah akan melalui kawasan sekitar termasuklah di bawah dorm kami. Errkkk!Kalau bernasib baik, kami dapat melihat gajah secara live!

Kami terus lunch dan bersolat Jama' Takdim. Dalam jam 2.00 ptg, kami bergerak ke Kuala Jasin dengan menaiki bot. Best wooo!Serius tak tipu. Rasa nyaman dan menenangkan hati. Kalau korang rasa serabut sgt dgn kerja, pergilah ke sini. Kat sini, takde bunyi-bunyian yang membingitkan telinga. Waktu ni, barulah saya tau, betapa seronoknya kalau kita bercuti-cuti di dalam hutan. Bercinta dengan alam sekitar. Hati tenang. Betapa indahnya ciptaan-Nya.

Naik bot. Weeeee....best!

Kami tiba di Kuala Jasin kira-kira 40 minit kemudian. Di sana, kami telah dapat melihat hasil peninggalan gajah. Barulah dpt tgk rupa tahi gajah mcmana. Baunye. Ehem ehem. Tapi, takdelah teruk sgt. Lbh kurang bau tahi lembu je. Sbb gajah kan makan tumbuh-tumbuhan. Kami juga dapat melihat tempat gajah menyandarkan badan di pokok. Tinggi gajah ni.

Inilah tahi gajah!

Bila dah sampai di Kuala Jasin, kami dapat melihat air sungai yang sangat bersih. Apa lagi?Mandilah!Pergh!Sejuk dan segar!!!!Sangat seronok berkubang dan berendam di sana ye. Rasa tak nak naik ke darat je. haha. Sebenarnya, ada lagi tempat yang ptt kami pergi. Tapi, disebabkan kesuntukan masa, kami tak pergilah. Tmpt tersebut ialah Tasik Biru & Air Terjun Buaya Sangkut. Perjalanan memakan masa 4 jam pergi dan 4 jam balik dengan berjalan kaki. Takde kenderaan lain yang boleh pergi.


Sedang berkubang. hehe.


Di gerbang Kuala Jasin

Setelah penat berendam, kami pun pulang ke dorm utk membersihkan diri dan solat. Saya dan Amnah sempat makan nasi goreng di kedai yang ada di situ sebab lapo sgt!haha. Mmg melantak je keje kami. haha.

Malamnya, ada sedikit taklimat ttg hidupan liar dan serangga yang terdapat di situ. Banyak info yang kami dapat. Daripada tak tahu apa-apa, adalah tahu juga. Tahukah korang ada nama "babi bodoh"?Tahukah korang perbezaan antara kupu-kupu dan rama-rama?Ha, kalau nak tau, dtgla ke sini. Org-org di sini sedia membantu korang semua :)


Abg Nuar tgh tgk serangga

Esoknya, selepas breakfast, kami terus ke sungai utk aktiviti water rafting. Yeah!Ni pun first time nak buat. Excited! Sblm naik raft tu, adala diajar sikit-sikit mcamane nak guna pedal tu. Mmg kekok dibuatnya. hoho.

Sebelum berwater rafting.


Masa kat dalam raft tu, memang seronok!Kayuh ke kiri, kayuh ke kanan. Macam main-main je. Sebab ini water rafting utk beginner je. Bkn yg hardcore punya. Ada jeram bagai. Ini air pun tenang je. Tapi, yg seronoknya bila tiba-tiba je hujan. Perasaan dia. Masya Allah. Sgt best!Tak boleh nak digambarkan dgn kata-kata. Korang kena cuba.

Atas raft

Kemudian, kami terus jalan-jalan di sekitar perkampungan orang asli di situ. Jgn tak tahu, diorg pun dah guna Astro ye. Hehe. Selepas tu, kami terus ke SK Peta. Sekolahnya terdiri daripada 1 blok 2 tingkat, kantin dan perumahan guru. Murid-muridnya dari darjah 1 - 6 lbh kurang 60 org aje. Cikgu-cikgunya sporting abis. Siap masakkan lauk tengah hari utk ktorang tau. Hehe. Ada sorang je cikgu perempuan kat sini. Dah lama berkhidmat di situ. Sgt cekal dan tabah. Bayangkanlah, beliau pernah masuk ke dalam sorang-sorang dengan menaiki Kembara pada jam 7 ptg. Gilos!Kalau saya, mmg taklah. Apabila ditanya, best tak mengajar kat sini?Beliau kata, best!Waaaah, mmg sgt kagum!Ini baru betul guru yang berdedikasi. Sedia berkhidmat di mana-mana. Boleh dijadikan contoh untuk saya yang baru nak belajar bertatih dalam dunia perguruan ini.

Di dpn SK Peta

Selepas melawat-lawat ke kelas dan beramah mesra dgn murid-murid di situ (yang kebanyakannya pemalu-pemalu belaka), kami pun bertolak pulang. Hu. Rasa tak puas duduk kat sana. Sekejap sgt. Masa tu, hujan renyai-renyai.

Dalam perjalanan pulang, kami dapat lihat jalan yang licin dan berlecak. Ktorang yg kat dlm 4 wheel pn terhuyung-hayang mcm naik roller coaster. hehe. Dengan cuaca yang sejuk ni, tetiba je nak membuang, Apa lagi?Berhenti kat tepi jalan jela. Nasib baiklah bawak bekal wet tissue & kain batik. Air kosong amik yang driver ktorang punya. hehe. Mmg dia dah ada bekal siap-siap. Ngeeeee.....Tapi, hati-hati ye kalau dah membuang kat dalam hutan ni. Akan adalah makhluk yang tak diundang melekat kat badan. Ha?Apa lagi kalau bukan pacat. P-A-C-A-T!Geli giler okay!Masa bnd tu ada kat dalam 4 wheel, ktorang dok menjerit-jerit!Macam jumpa apa je. Isk2. Kecoh semacam. Pacat ini sebenarnya bagus untuk membuang darah-darah kotor yang ada kat dalam badan. Yang tak bagusnya bila pacat ini masuk ke dalam rongga-rongga badan yang terdedah seperti hidung, telinga dan sebagainya. Itu dah dikira bahaya.

Berhenti sekejap. Rehat-rehat. Bdk-bdk comey!Miss u guys.

Dalam jam 3.00 ptg, sampailah kami di Kahang. Amik kereta kat Balai Polis, singgah solat kat masjid, dan terus balik rumah. Singgah makan roti canai kat Nitar dulu. Dalam jam 6.00 ptg, sampailah kami di sekolah :)..

Weeeeee....satu pengalaman yg sgt seronok!Rugi sape yang tak pergi lagi. Ini atas permintaan sorang student saya : Cikgu rindu awak semua!!!!!Haha. Puas hati tak Yan???heee....Cikgu harap, awak semua pun rindu kat cikgu juga ye :)
Olá! Se você ainda não assinou, assine nosso RSS feed e receba nossas atualizações por email, ou siga nos no Twitter.
Nome: Email:

2 comments:

AZLINA HAMDAN said... at Saturday, January 31, 2015 at 1:27:00 PM GMT+8

Wah.useful info.kami yang di mersing ni pun x penah sampai..ingatkan dekat jek.. rupa2nya jauh masuk je dalam.
http://azlinahamdanstory.blogspot.com

Nur Adibah Md Azman said... at Wednesday, April 8, 2015 at 9:18:00 PM GMT+8

Silalah pergi. Banyak pengalaman yang akan dapat.