January 3, 2012

Belanjawan 2011

Sebelum saya membebel dengan lebih panjang, baik korang baca dulu link ini. Bukan apa. Takdela nanti korang terpinga-pinga dan tertanya-tanya benda apa yang saya tulis ini.

Ok. Kalau dah baca, saya akan sambung.

Setelah dicongak-congak dan dikira-kira menggunakan kalkulator, maka saya bgtau belanja saya sepanjang tahun 2011 ialah................Jeng, jeng, jeng......









RM 29 447.98!






Oh tidak!Saya makin banyak berbelanja!Mcmane ni?Huhu. Saya rasa saya memerlukan Penasihat Kewangan sekarang!

Setelah diamat-amati dan dibelek-belek satu persatu perbelanjaan saya pada tiap bulan, bolehlah saya rumuskan serba sedikit. Bahawasanya sepanjang tahun 2011 saya telah:

(1)Membayar duit kereta tanpa culas pada setiap bulan.
(2)Membayar duit PTPTN. Juga tiap-tiap bulan. Harganya pun semakin meningkat dari tahun sebelumnya.
(3)Pergi ke luar negara sebanyak tiga kali iaitu Mekah & Madinah (bulan Mei & Jun), Singapura (bulan Jun) dan Indonesia (bulan Disember).
(4)Pergi menyertai perkhemahan di Taman Negara Endau-Rompin
(5)Berjaya bagi duit pada ibu pada setiap bulan (walaupun nilainya tak sama tiap-tiap bulan tu..errkkk...)
(6)Membayar road tax (mahal..huhuhu..lps bayar, terus je rs takde duit. huhuhu... )
(7)Bila dah ada kereta, maintainence pun kena ada gakla - minyak kereta, service kereta dan juga menggantikan cermin kereta yang pecah sbb kena batu masa orang mesin rumput. Huhu. Tu belum lagi termasuk basuh kereta kat kedai waktu malas nak basuh sendiri. Muahahaha.


Maka, mungkin itulah penyebabnya perbelanjaan saya semakin meningkat. Tahun ini tak tahulah lagi memandangkan saya tidak bekerja dan akan menyambung pelajaran pada bulan hadapan. Harap-harapnya elaun yang akan dapat tu bolehlah menyara kehidupan saya kelak. Insya Allah. Korang ada idea mcmana nak gunakan duit dengan bijak? Meh share kat sini. hehe.


Olá! Se você ainda não assinou, assine nosso RSS feed e receba nossas atualizações por email, ou siga nos no Twitter.
Nome: Email:

2 comments:

MELATI HODARI said... at Thursday, January 26, 2012 at 5:45:00 PM GMT+8

aku wat satu excel file for monthly spending..sbb aku teramat boros klu x de calculation cmtu..every time rasa2 cam was2 terus bukak excel file (calculation planning) tu sbb takut2 terbabas berbelanja..tp kdg2 terover gak even da buat kira2 cmtu..tp so far xde ter"over" sgt2 la..then klu rasa2 teringin sgt nk shopping bukan2 struggle la aku cri side income tanpa mengacau/mencuit duit gaji yg dah cukup2 utk byr benda2 fix (kereta,pinjaman asb,takaful,makan,parking,duit mak&ayah,simpanan)..huhu

Nur Adibah Md Azman said... at Thursday, January 26, 2012 at 6:09:00 PM GMT+8

Wah!Ko lg bgs dr ak ni. Bolela berguru dgn ko mcmane nak wat. hehehe. Mmg kite kena wat planning wei mpsl perbelanjaan harian ni. Setiap ari mmg gune duit. Eh. ko wat side income ape ek?Ak pn tgh cari2 ni. Memandangkan ak kene stdy nxt mth.