Wah, rasanya dah lama sangat tak update blog ini. Malaslah (tak dapek den nak nolong. hehe.). Biasalah kalau da malas tu, malas juga lah. Muahaha.
Sempena tahun baru 2011 ini, adalah serba-sedikit azam aku yang nak kena capai. Sebenarnya, ada azam yang tahun lepas terpaksa dibawa ke tahun ini atas sebab-sebab yang aku pun tidak tahu kenapa tidak tercapai. Mungkin Allah lebih tahu. Allah lebih bijak untuk mengatur perjalanan setiap hamba-Nya. Kita hanya boleh merancang tapi Dia yang menentukan.
Wah, apa yang sudah melalut ini?Haha. Tajuk pasal belanjawan tapi aku terbagi tazkirah pula. hihi. Baru mukadimah tu (bak kata 'Baby Face' dalam Raja Lawak 5 semalam).
Okaylah. Tak nak melalut lagi. Aku nak ceritalah sedikit pasal belanja ini. Setiap kali belanja, aku suka catat dalam buku. Tabiat ini bermula semasa aku di matric dulu. Entahlah kenapa. Mungkin masa tu nak berjimatlah konon. Tu yang catat semua belanja. Maka, pada setiap akhir tahun, aku pun kiralah keseluruhan belanja aku untuk tahun tersebut. Beribu tu. Tapi yang paling aku tak sangka adalah belanja aku untuk tahun lepas. Lebih daripada RM 10k tu. Terkejut aku. Apakah?Aku siap buat 'double check' supaya tidak tersilap tapi itulah hakikatnya. Benarlah orang kata, makin ada duit, makin banyak belanjanya. Yelah. Hutang pun dah ada dua. Tu belum lagi kalau aku duduk rumah sendiri, tukar line telefon daripada 'prepaid' ke 'postpaid', 'broadband' sendiri, adus!Memang semuanya menggunakan duit!Bak kata orang Putih, 'no money, no talk'. Takda duit, dok diam ajalah. Haha. Perut pun lapar. huhu.

Okaylah. Di bawah ini, aku senaraikan jumlah belanja aku untuk tiga tahun yang terakhir:
- 2008 : RM 4 782.07
- 2009 : RM 9 022.49
- 2010 : RM 25 888.8o
WoooW!!!Perbezaan yang amat ketara okay!Aku pun tidak tahulah kenapa. hukhuk. Okay. Jumpa lain kali. Wassalam.