December 29, 2011

Tada!

Finally, I found one. Semalam satu hari dari pagi hingga ke petang sampai ke malam mencuba dan mencari template yang menarik. Akhirnya....jumpa juga. Oklah kan. tak crowded dan masih cute :) Yeke? Ye kan ajela. Ok. Lps ni nak tulis pasal pengembaraan ke Pekanbaru pula. Hopefully, internet ok. Tak tersangkut-sangkut. Nanti spoil mood nak menulis. Good luck to me!
December 28, 2011

Ok Tak?

Guys, I need your opinion. Ok tak template ni?Rasa inilah yang paling sesuai. Tak serabut dan menyakitkan mata. Widget pun da banyak yang buang. Azam blog baru - nak yang simple je. Tak nak serabut. Jadi matured sikit. HE HE. Cuma tgh cri penyelesaian utk membesarkan sikit saiz tulisan. Biar lagi best untuk membaca. Any idea?Share with me. Thanx.

Azam Baru?hehe.

2011 dah nak abis ni. Adakah azam 2011 dah tercapai?kihkih. Biarlah rahsia. Kena review blk diari awal thn ttg azam thn ni. Memandangkan saya mungkin akan jobless selama sebulan, azam saya ialah ingin:

(1)Menukar template baru untuk blog ini supaya nampak lebih matang seiring dgn usia diri sendiri. Dah matang ke?Hehe.

(2)Menulis, menulis dan menulis. Sebenarnya, byk cerita yg ingin dikongsikan. Tetapi, memandangkan apabila dah bekerja, asyik sibuk je. Maka, nak menaip pun jd malas.

Doakan saya ye moga menjadi lebih rajin menulis. Ops!Bkn menulis pn tapi menaip. haha.
December 20, 2011

Alhamdulillah :)


Nothing to say.......



except


ALHAMDULILLAH :)
November 24, 2011

Monolog

Saya gembira dengan hidup saya. Saya melaluinya dengan hati yang tenang. Itulah kata-kata positif yang biasa saya akan sematkan dalam diri apabila ada perasaan negatif yang datang.

Cemburu aka jeles?Siapa yang tiada sifat ini?Cuba cakap. Dalam usia yang menginjak ke alam dewasa, banyak perkara sebenarnya yang membolehkan sifat tersebut menular dalam diri saya. Apakah contohnya?

Yela. Cemburu pada kawan-kawan yang berjaya dalam hidup. Sudah ada karier tetap. Hidup terjamin. Sudah ada aset yang bermacam-macam untuk diguna
kan di kemudian hari. Sudah ada kereta, rumah, tanah, dan lain-lain.

Kalau tidak ada karier tetap pun, mungkin ada dalam kalangan kawan-kawan saya yang sudah punya Master atau pun PHD. Oh!Itu memang cita-cita saya. Untuk menggenggam lagi ijazah di peringkat yang lebih tinggi. Tapi.....................................?

Kalau tidak pun, ada juga kawan-kawan saya yang sudah punya keluarga; ada suami dan juga anak. Dah nak tambah lagi 1 mungkin?Oh....jeleskah saya?Hmmm...

Memang saya jeles. Kalau anda di tempat saya, apabila tgk kawan-kawan lain yang sudah punya apa-apa yang telah saya nyatakan di atas, apakah perasaan anda?Hmmm...Jeles?Tidak jeles?

Hanya satu benda yang saya pegang. Setiap apa-apa yang berlaku dalam hidup ini, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Kita sebagai manusia ini memang tidak tahu perancangan-Nya. Kita hanya mampu merancang - nak itu, nak ini. Nak jadi itu, nak jadi ini. Tapi, akhirnya, Dia juga yang menentukan. Kenapa?Sebab Dia lebih berhak mengetahui yang terbaik untuk setiap makhluk-Nya. Dia tidak akan membebani kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu tanggung. Percayalah.

Kadang-kadang masih ada lagi suara-suara nakal yang berkata-kata yang tidak elok pada saya. Saya tahu itu merupakan bisikan Syaitan yang hanya mahu saya berputus asa. Dalam hidup, jangan ada sifat itu. Kelak akan merana sendiri. Diri sendiri juga yang susahkan?

Maka, tanamkan sifat positif dalam diri. Cakap pada diri, biarkanlah mereka dengan kehidupan mereka. Semua orang berhak bahagia. Mungkin satu hari nanti tiba masaku pula. Insya Allah.

Sila enjoice gambar saya pergi Taman Negara Endau-Rompin hari tu. Sangat awesome!


November 22, 2011

Tahniah


Tahniah!

I'm speechless.

U made us proud :)

Keep it up!
November 5, 2011

In Love

Seriously, I'm fall in love with nature.
October 31, 2011

Baca ni! Amik dari blog Kereta Mayat: Perlu ke sambung belajar?

Kereta Mayat: Perlu ke sambung belajar?: (ketika orang ramai perasan sibuk dengan berkongsi ayat ayat power Steve Jobs yang sudah jadi mayat, apa kata aku berkongsi ayat ayat power ...
October 17, 2011

Tada!!!

Tak tau nak cakap apa. Tapi, tiga hari yang lalu, tiba-tiba rasa happy dan berbaloi-baloi. Kenapa?Sebab projek saya dua tahun lepas, akhirnya, berjaya dipublishkan di internet. Sangat seronok, berbangga, terharu dan tak sangka. Bukannya senang hasil kerja kita nak dipublishkan di internet. Mungkin akan ada orang lain pula yang jadikan projek saya tu sebagai rujukan. Masa buat projek ini dulu, tak terkira banyaknya jurnal dan projek orang lain yang saya baca tau. Sampai berpinar kepala otak. huhu. Oh ya..Walaupun yang bagitau hasil kerja saya itu bukan supervisors saya tetapi perasaan teruja itu telah melebihi segala-galanya. Mungkin kedua-dua supervisors saya tak tahu nak contact saya macammane kot?Setahu saya, diorang mmg takde FB. Da lama saya cari tapi mereka memang tiada akaun FB. Contact thru e-mail pun da lama saya tak buat. Teruk kan saya?Aiseh. Kalau jumpa sir ni, confirm kena sedas dua das daripada dia ni. haha.

Oklah. Tak nak panjang lebar bercerita. Tgk jela apa hasilnya. Sebelum tu, bagi mereka yang tidak tahu, apa kata korang baca dulu yang ini dan yang ini. Maka, tak lah korang terpinga-pinga apa yang telah saya katakan di atas kan?So, enjoice. Mana tahu korang ada idea yang lebih baik dari ini kan?

October 11, 2011

Oohh

Pergi bilik kecemasan di hospital - tiba-tiba teringat ayah =(
September 13, 2011

Happy Birthday in Advance



Happy birthday in advance for my bff - yang jauh di mata tapi dekat di hati. hehe. Semoga tabah menghadapi hari-hari yang mendatang dengan umur yang semakin meningkat. Owh, aku pn jadi takut ni apabila pertambahan usia yang semakin meningkat saban tahun. Azam?Resolusi?Entahlah. Hidup macam lalang lagi ini. Banyak perancangan yang tergendala buat seketika. Seketika cuma ye. Bukan lama-lama benor.

La, happy birthday sekali lg. Moga jd anak yg solehah, insan yang berjaya dunia akhirat. Moga bertemu jodoh dgn insan yang baik-baik ye. Moga apa-apa yang dihajati akan tercapai. :)


August 27, 2011

Raya

Tinggal beberapa hari lagi nak beraya. Ramadhan akan meninggalkan kita lagi. Lipat gandakanlah amalan. Bagaimana dengan persiapan raya?Sekolah pun dah mula cuti. Mereka yang bekerja dan berada di perantauan pun dah mula pulang ke kampung masing-masing. Selamat pulang. Waktu nila baru kita dapat lihat kawasan kampung mula sesak dengan kenderaan dan mereka yang tak 'familiar' di kampung. Okay. Itu aja. Sorry, da lama tak update. Malas. :)
July 24, 2011

Oh!

Oh, kenapakah saya terlambat untuk jatuh cinta pada karya Abang Ramlee ni?Sungguh sadis =(

Tetamu Senja oleh Datuk A. Samad Said

Entah kenapa sejak semalam saya asyik terkenangkan arwah. Pemergian arwah ke rahmatullah amat mengejutkan. Lebih-lebih lagi arwah merupakan rakan satu universiti dan kursus dengan saya walaupun berlainan major. Kami pernah sekelas masa Tahun Pertama pengajian. Walaupun tidak rapat dengan arwah, tetapi kami pernah juga berborak bersama-sama. Pemergian yang sangat tidak disangka-sangka. Benarlah kata Yang Khalik. Kalau sudah tiba masanya, tidak akan lambat walau sesaat pun. Setelah mengetahui berita tersebut, saya terus rasa tidak tenteram. Bukan apa. Memikirkan jika sayalah yang dijemput Ilahi seperti arwah, cukupkah amalan-amalan yang telah saya lakukan?Cukupkah untuk dibuat bekalan di sana?Cukupkah segala ilmu yang berguna telah dicurahkan buat anak-anak murid saya?Cukupkah amal bakti saya kepada ayah, ibu dan keluarga?Oh tidak!Saya tidak sanggup menghadapi kemungkinan itu. Ya Allah!Berikanlah aku kekuatan dan keimanan untuk membuat kebajikan di atas muka bumi ini. Saya titipkan buat semua satu sajak yang amat saya suka sejak di bangku sekolah. Sajak yang bertajuk Tetamu Senja oleh Datuk A. Samad Said. Moga dapat dibuat renungan oleh semua.

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

July 20, 2011

Rakan

"Pilihlah rakan yang membantu anda, bukannya membantutkan anda"


Pesanan ikhlas daripada saya.

Kalau...

Kalau rasa nak jadi orang bila dah besar nanti, mulalah dari sekarang,
Kalau rasa tak nak jadi orang, teruskanlah dengan sikapmu sekarang,
Kalau rasa perlu ubah sikap, jangan dilengah-lengahkan,
Kelak kau akan merana,
Menyesal tak sudah,
Tika itu masa tidak boleh diundur lagi.


Pesanan daripada seorang insan untuk insan yang baru nak kenal dunia.
June 15, 2011

Mula Merindui

Serius, saya mula merindui kehidupan di sana. Saya sangat merindui Raudah. Merindui Masjid Nabawi. Dan juga merindui Masjidil Haram. sob sob sob. Bilakah dapat pergi lagi?
June 13, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah. Impian untuk ke sana tercapai juga akhirnya. Dapatlah menjejakkan kaki ke sana. Uish. Memang tak boleh nak cakap apa. Serius. Kena pergi sendiri, baru tau. Rasa nak duduk je kat sana lama-lama. Lupakan hal-hal dunia. Duduk lama-lama kat dalam Masjid Nabawi (walaupun ada cerita sedih kat sini. Lain kali saya cerita) & Masjidil Haram sambil tgk Kaabah dan minum air zam-zam banyak-banyak. Memang akan rasa nak pergi lagi. Padanlah ramai yang cakap, kalau dah pergi kat sana, rasa macam nak pergi lagi. Bermacam-macam cerita yang ada kat sana. Nanti saya akan ceritakan satu persatu. Insya Allah.
April 26, 2011

Sedih

Sedih.


Sedih.


Tak dapat diungkap dengan kata-kata.


Kecewa.


Aku kecewa.
Amat.
Pada siapa?
Biarlah rahsia.
April 25, 2011

Sinar Cahaya

Masihkah ada sinar harapan untukku?Moga rezekiku yang lebih baik di hari-hari mendatang. Aku sentiasa berdoa dan berharap. Mudah-mudahan. Moga perancangan-Nya lebih baik untukku. Amin.
April 24, 2011

Fail Again.



"Harap maaf ! Anda Tidak Dipilih Untuk Menghadiri Ujian MEdSI"

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Once again, no comment!!!


hu
.
hu
.
hu
.
=(
April 15, 2011

Malas

Aku malas nak update blog. Hahaha. Sekian.
March 24, 2011

Lagu

Okay. Sebelum saya meneruskan cerita pasal belajar di u, sila dengar dulu lagu-lagu UIA. 1 lagu masa kat matric tapi lagu yang saya bagi ini lagu baru yang dah diubahsuaikan liriknya. Banyaklah lirik yang diubah. Lagu ini amat popular dalam kalangan kitorang. Punyalah popular siap cari ringtone lagu ini. Dulu mana ada handphone yang boleh masuk lagu mp3. Dulu siap cari code ringtone ini tau. Sangat semangat!Paling best bila waktu 'Leadtrain'. Semuanya semangat bila kena nyanyi lagu ini. Lagi-lagi part 'chorus'. Nanti mulalah yang 'brothers' jadi back up singer. hehe.



Ha, ini pula lagu masa kat main campus. Lagu ini bila dengar rasa macam nak marching je. Punyalah laju. haha. Beza betul dengan lagu masa kat matric yang penuh dengan gemalainya. hehehe. Ntah berapa kali da nyanyi lagu ini masa Taaruf Week. Selagi tak ok, selagi tula kena ulang. Sabo jela....Masa kat Gombak ini, takde leadtrain macam matric. Tapi, ktorang kena pergi Kursus BTN. Masa ini kenalah nyanyi lagu ini. Cuba hayati part chorus. Memang tak sampai nafas nak nyanyi. hehehe.



Yang ini pula lagu masa convo. Yang kelakarnya, masa Taaruf Week tak pernah pun dengar lagu ini. Tup tup masa convo kena nyanyi lagu ini. Nasib baik diorang sediakan lirik kat screen. Kalau tak ternganga le ktorg. Walaupun baru first time dengar, lagu ini pun best!


March 21, 2011

Kenangan Belajar

Ada segelintir murid saya menanyakan pada saya. "Cikgu belajar apa dulu kat U?" | "Cikgu belajar kat mana?". Saya hanya tersenyum. Kenapa?Sebabnya jika saya jawab soalan-soalan mereka, mungkin akan ada pertanyaan-pertanyaan yang seterusnya. Sebab apa?Sebabnya kelulusan saya (apa yang saya belajar di u) mungkin tidak bersesuaian dengan apa yang saya ajar mereka. Eheh. Nanti saya akan ceritakan pada anda semua ya apa yang telah saya belajar di U. Nantikan. Yang ini baru permulaan. Hehe. Tak mungkin akan habis 1 entry ini sahaja untuk cerita apa yang saya belajar selama 6 tahun. Sila enjoice gambar-gambar di bawah. Mungkin anda dapat mengagak apa yang saya belajar di U. Haish. Malu pula tunjuk gambar-gambar lama ini. hoho.


March 14, 2011

Duit...Duit...Duit!!!


Jangan cakap saya ini mata duitan pula. Owh tidak!!!Saya bukan manusia yang bermata duitan mahupun bermata keranjang. Eheh!Cuma sekarang ini saya rasa duit amat penting dalam kehidupan. Kenapa?Bagi mereka yang masih bersekolah, mungkin anda tidak rasa lagi bagaimana payahnya untuk mendapatkan duit. Tetapi, bagi mereka yang sudah berkerja seperti saya, tahulah anda bagaimana rasanya sama ada tak tahu nak gunakan duit ke arah mana atau pun terlebih belanja sampai terhutang pula. Oh!Saya memang dah secara rasminya ada 2 hutang iaitu hutang PTPTN dan hutang kereta. Itu pun dah rasa terbeban. Tapi, nak buat bagaimana. Saya terpaksa. Kalau bolehlah tak perlu berhutang, memang saya dah buat.

Berbalik pasal duit. Ya. DUIT. Diulangi D-U-I-T!Nak belajar pun guna duit. Yelah. Sedangkan nak masuk toilet pun kena bayar. Inikan pula belajar. Alangkah seronoknya kalau education is free. Saya memang suka belajar. Tapi, apakan daya. Nak belajar pun kena guna duit. Semenjak dua menjak ini, saya rasa saya perlu move forward dalam kehidupan. Saya rasa telah tiba masanya untuk saya mencari sesuatu yang lebih 'pasti' dalam hidup. Apa itu?Hmm..Mungkin ada yang sudah pandai meneka. Ya!Anda memang bijak!Bagi yang masih tertanya-tanya, saya mahu anda teruskan keadaaan itu :)

Tapi, untuk mendapatkan yang 'pasti' itu, saya memerlukan duit. DUIT!Bagaimana ya nak dapatkan duit?
March 13, 2011

Pray For Japan

Sangat takut dan sedih apabila membaca tentang kejadian gempa bumi dan tsunami yang telah melanda Jepun. Memang dasyat!Setakat yang saya dengar berita di radio tadi, 10 000 nyawa dijangka terkorban. Duh!Memang berat dugaan yang Allah bagi pada penduduk di sana. Moga mereka tabah. Sila lihat video di sini untuk melihat tsunami di sana. Memang menakutkan tengok ombak tsunami itu. Masa kejadian di Acheh dulu, saya tak dapat nak tengok ombak tsunami. Dengan adanya teknologi yang serba canggih, ombak tsunami yang melanda Jepun dapat dilihat. Tapi, tak ingat video yang mana satu.

Moga mereka tabah. Moga rakyat Malaysia yang tinggal di sana juga bersabar dengan dugaan yang menimpa.

Masa Depan

Sekarang ini, asyik terkenangkan masa depan yang tak pasti. Kabur. Kelam. Semuanya bersatu. Bercampur-baur. Tidak tahu arah mana ingin dituju.

"Ya Allah!Berilah aku petunjuk-Mu. Jika perancangan-Mu lebih baik untuk diriku, tunjukkanlah aku jalan yang sebenar-benarnya. Supaya aku tidak tersilap langkah. Amin ya rabb."
March 11, 2011

........................

Please scroll down..............

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Will be updated.............................
February 28, 2011

Sedih

Hari ini sedih. Need time to heal =(
February 15, 2011

Layan...

Tiba-tiba semalam terbuka MTV Channel pula. Tajuknya Nusantara Hits. Mata dah nak tertido da. Sekali tu, tertengok pula 1 VC yang best. Selama ini tak pernah pula dengar lagu ini. Sweet!So, enjoice!Apa kata korang?


February 9, 2011

Selamat Pengantin Baru by Anita Sarawak

Semalam tak sempat nak kasi lagu best untuk pengantin. Lagu ini memang aku suka sangat!Check dis out:



Buat kawan-kawan yang telah berkahwin, selamat pengantin baru ye!Moga berkekalan jodohnya hingga ke syurga.
February 8, 2011

Ramai sudah berkahwin, anda bila lagi?

Ooooohhhh!!!Ini satu soalan 'cepu emas' buat aku. Sampai tak tahu nak jawab bagaimana. Di saat meniti umur sebegini, memang soalan ini akan bertubi-tubi mengenai muka aku. Aku hanya mampu tersenyum dan dalam hati hanya berkata, "tolong doakan saya." Hmm..Agak cliche jawapan aku itu tapi itulah realitinya. Sukar untuk menjawab pertanyaan yang sebegini. Lebih-lebih lagi apabila aku banyak menghadiri majlis-majlis perkahwinan rakan-rakanku. Di saat kawan-kawan lain pergi dengan pasangan masing-masing, aku pula pergi dengan kawan-kawanku yang masih 'single' atau pun 'half-single' (ada ke?hehe) atau pun 'single but not available'. Apa-apalah. Janji aku selalunya pergi dengan kawan-kawanku yang masih belum berkahwin. Noktah.

Aku hanya mendoakan yang terbaik buat kawan-kawanku yang sudah berjaya mendirikan masjid. Mungkin itu rezeki mereka. Jodoh mereka sudah sampai. Alhamdulillah. Jangan menidakkan takdir. Itu semua perancangan-Nya. Perancangan-Nya lebih baik daripada perancangan kita. Kita sebagai manusia hanya boleh merancang tetapi Dia yang menentukan. Oh!Ayat cliche lagi. Hanya untuk sedapkan hati. Tapi, itu betul!Jangan merungut waima bersedih dengan apa-apa yang telah ditentukan. Itu ketentuan. Malahan, sudah pun ditentukan sejak kita kecil lagi. Jodoh, maut dan sebagainya sudah ditentukan oleh-Nya. Kita tidak boleh menidakkan. Kita hanya mampu berdoa. Berdoa merupakan senjata utama kita sebagai umat Islam. Keep praying. Allah Maha Mendengar. Insya Allah. Dia akan makbulkan. Cepat atau pun lambat. Mungkin ada perancangan yang lebih baik Allah nak tentukan buat kita. Mungkin. Aku hanya berfikiran positif sekarang. Jangan meratapi apa-apa. Hanya buat yang terbaik untuk hidup. Biarlah apa orang nak kata. Ada aku kisah?Orang hanya pandai mengomel yang bukan-bukan tapi kita yang merasainya sendiri. Maka, jangan fikir apa orang kata. Kita buat sahaja asalkan tidak tersasar dengan syariat Islam. Itu sahaja.

Apa yang telah aku merepekkan ini?HAHA. Saja ja. Nak menulis. Dah lama tak menulis. Lagipun kadang-kadang aku rasa tertekan juga dengan soalan sebegitu terhadapku. Manusia ini tidak pernah bersyukur. Bila dah abis belajar, mulalah tanya, dah dapat kerja?Kerja apa?Di mana?Berapa gaji?Bila dah dapat kerja, mulalah tanya, bila nak kahwin?Bila dah kahwin, mulalah tanya, bila nak dapat anak?Bila dah dapat anak pertama, mulalah tanya, bila nak dapat anak lagi?Hai, soalan-soalan sebegini yang kadangkala boleh membunuh manusia secara senyap-senyap. Geram. Isk. Ada aja bahan untuk disoal.

Okaylah. Itu aja. Buat rakan-rakanku yang sudah berkahwin, bertunang, mendapat anak, otw dapat anak, aku doakan moga kalian bahagia selalu. Sentiasa bersyukur atas segala kurniaan-Nya. Di bawah ini, adalah serba sedikit gambar-gambar majlis perkahwinan yang aku sempat pergi. Enjoice :

February 3, 2011

Yeay!

Hari ini tiba-tiba jadi rajin. Kenapa?Usah ditanya. Sukar untuk menjawab pertanyaan itu. Hari ini ada beberapa kerja yang tertangguh telah berjaya dilaksanakan. Apakah?

(1)Menyiapkan tanda buku-buku murid. Oh. Ini sebenarnya kerja yang paling sukar untuk dilakukan. Kenapa?Sebab kerja ini memerlukan aku tahap konsentrasi yang tinggi. Semangat pun kena lebih. Terutamanya apabila menanda karangan. Dengan tulisan yang pelbagai jenis, hasil kerja yang macam acuh tak acuh sahaja apabila dibuat (boleh menyebabkan aku sakit hati sebab aku sangat tak suka orang buat kerja cincai. Am I perfectionist?YES!So what?), hasil kerja yang menunjukkan mereka ini berangan di dalam kelas (sebab apa?Sebab lain yang disuruh, lain yang dibuat), dan bermacam -macam lagilah sebabnya.

(2)Mengemas almari baju Aqil & Emy. Oh. Ini pun satu. Seperti yang aku katakan di atas, aku memang 'perfectionist'. Tapi, tiadalah sampai menyusahkan orang. Aku memang tak suka susahkan orang. Apabila aku rasa, mata aku dah sakit menengok sesuatu benda yang tak tersusun rapi, aku akan cuba buat perbetulkan. Nak suruh tuan punya tempat kemas, oh silap besarlah. Tak tahulah bila mereka akan buat. Maka, aku mengambil inisiatif untuk mengemasnya sendiri. Ketepikan baju-baju dan seluar-seluar yang dah tak digunakan untuk diberikan kepada orang lain, susun semula elok-elok. Tada!!Hasilnya, sangat memuaskan. Aku sangat suka!Tak sakit mata aku lagi bila nak letak baju yang telah dilipat ke almari mereka.

(3)Bersihkan longkang. Walaupun tak seberapa tapi oklah daripada tak buat langsung kan?Aku membuang segala tanah yang terkandas di dalam longkang belakang rumah. Termasuklah rumput-rampai. Oh. Sakit jugalah belakang aku ini. Bukannya biasa aku membongkok pegang cangkul ini.

Itu sahaja cerita aku hari ini. Sekian. Tunggu entry seterusnya ya. Hehe.
February 2, 2011

Happy CNY!

Happy CNY to all readers!May this year will bring more prosperity to you all. Cheer up frens!
January 30, 2011

Holiday yo!

Hai semua. Sedang mood ber'holiday'. Takda plan nak ke mana-mana even banyak dapat jemputan kahwin. Nak pergi tapi jauh sangat. Dengan keadaan yang tidak mengizikan (termasuklah cuaca yang tidak menentu), aku lebih suka duduk di rumah sahaja. Melayan diri. Tidur, tengok 'movies', menonton TV dan semestinya menanda buku-buku latihan budak-budak. Sapa kata kerja cikgu rilex?Cuti banyak?Cuti-cuti pun cikgu kerja tau. Walaupun tak secara langsung kena pergi ke sekolah tetapi kami bekerja di rumah; memikirkan apalah yang nak dibuat naik sekolah, buku-buku budak yang tak bertanda dan bermacam-macam lagi. Please stop nonsense talking about teacher's job!

Owh!Tajuk entry hanya fasal 'holiday', tapi aku dah mula melalut ni. Okaylah. Sebenarnya, tengah nak ambil 'mood' buat 'ABM' untuk budak-budak. Buku-buku yang tersusun kemas di dalam kotak masih tidak berusik. MALAS. Biasalah. Musim-musim cuti ini ditambah pula dengan cuaca yang sejuk. Owh!Memang seronok untuk bermalas-malasan. Betul tak?hehe.

Okay. Itu sahaja. THE END. Wassalam.
January 17, 2011

Tidak Berjaya Lagi

‎"Harap Maaf, maklumat, NUR ADIBAH BINTI MD AZMAN telah kami proses. Nama anda tidak tersenarai dalam tawaran ke Kursus Program Lepas Ijazah (KPLI-SR & KPLI j-QAF) Ambilan Januari 2011. Terima kasih atas minat anda dalam bidang perguruan."

..........................................................................................................................


No comment!
January 15, 2011

Basuh Kete

Wah, hari ini tetiba jadi rajin pula. Aku basuh kete beb. Pergh!Dah nak masuk 4 bulan ada kete. Ini merupakan kali ke-2 aku basuh sendiri. Huahua. Rajin tak aku?Haha.

Penat wei basuh kete ni. Mula-mula sabun luar dulu. Lps tu, bilas. Da abis bilas, isi air wiper lak. Konon2 macam reti je nak check engine kete. Padahal, tak tau. Menyesal lak tak ambil skill automotif masa kat U. Gatal sangat nak amik First Aid. Haram sekarang dah tak ingat apa dah. Haha.

Lepas dah abis bersihkan bahagian luar, polish dalam kete lak. Bersihkan bahagian-bahagian yang ada pvc. Akhir sekali, barulah vacuum. Pergh!Memang penatlakan terbongkok-bongkok mem'vacuum'. Dah settle vacuum, basuh alas kaki pula. Berus guna tangan. Mana ada masuk washing machine. Haha.

Tu jela ceritanya. Budak rajin basuh kete =). Mana gambar kereta yang dah basuh?Ha, aku tak nak ambil gambar kereta aku. Nanti takda privacy pula kereta kesayangan aku tu. hehe.
January 8, 2011

2011

Owh!Baru teringat. Sibuk-sibuk cerita pasal belanjawan yang melebihi RM 10k tu, terlupa pula nak 'wish' selamat tahun baru. hehe. Sooo soorryyy guys!Hukhuk.

Okaylah di kesempatan ini (macam nak 'wish' Raya di perantauan lak. haha) saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 / Happy New Year 2011 to all my beloved readers out there. Hope this year will bring more cherish and joyful to us. Not to forget, will be blessed from Allah s.w.t. What is/are your resolution?Hmm. Still thinking?Common guys. It's already eighth days in new year. Oh gosh!Or already kept in your mind?Goood!!No matter what, try to work hard to achieve it, okay!Till then. Babai.

p/s : Try to write in English since my posts mostly in BM. I just want to brush up my English language whether it is still okay or not. I think my language is going bad. huhu. Need to read more English book now!Is it my new resolution for this year?Eheh.

Belanjawan

Wah, rasanya dah lama sangat tak update blog ini. Malaslah (tak dapek den nak nolong. hehe.). Biasalah kalau da malas tu, malas juga lah. Muahaha.

Sempena tahun baru 2011 ini, adalah serba-sedikit azam aku yang nak kena capai. Sebenarnya, ada azam yang tahun lepas terpaksa dibawa ke tahun ini atas sebab-sebab yang aku pun tidak tahu kenapa tidak tercapai. Mungkin Allah lebih tahu. Allah lebih bijak untuk mengatur perjalanan setiap hamba-Nya. Kita hanya boleh merancang tapi Dia yang menentukan.

Wah, apa yang sudah melalut ini?Haha. Tajuk pasal belanjawan tapi aku terbagi tazkirah pula. hihi. Baru mukadimah tu (bak kata 'Baby Face' dalam Raja Lawak 5 semalam).

Okaylah. Tak nak melalut lagi. Aku nak ceritalah sedikit pasal belanja ini. Setiap kali belanja, aku suka catat dalam buku. Tabiat ini bermula semasa aku di matric dulu. Entahlah kenapa. Mungkin masa tu nak berjimatlah konon. Tu yang catat semua belanja. Maka, pada setiap akhir tahun, aku pun kiralah keseluruhan belanja aku untuk tahun tersebut. Beribu tu. Tapi yang paling aku tak sangka adalah belanja aku untuk tahun lepas. Lebih daripada RM 10k tu. Terkejut aku. Apakah?Aku siap buat 'double check' supaya tidak tersilap tapi itulah hakikatnya. Benarlah orang kata, makin ada duit, makin banyak belanjanya. Yelah. Hutang pun dah ada dua. Tu belum lagi kalau aku duduk rumah sendiri, tukar line telefon daripada 'prepaid' ke 'postpaid', 'broadband' sendiri, adus!Memang semuanya menggunakan duit!Bak kata orang Putih, 'no money, no talk'. Takda duit, dok diam ajalah. Haha. Perut pun lapar. huhu.

Okaylah. Di bawah ini, aku senaraikan jumlah belanja aku untuk tiga tahun yang terakhir:

  • 2008 : RM 4 782.07
  • 2009 : RM 9 022.49
  • 2010 : RM 25 888.8o


WoooW!!!Perbezaan yang amat ketara okay!Aku pun tidak tahulah kenapa. hukhuk. Okay. Jumpa lain kali. Wassalam.