January 26, 2012

Umrah : Apakah yang Perlu Dibawa?

Okay. Sambung lagi hari ini. Tgh ada mood nak mengarang ni, baiklah buat terus. Nanti bersawang la blog ni sbb tuannya dah malas nak mengarang.

Dah baca entry sebelum ni tentang pengalaman di Mekah?Kalau belum, baiklah baca dulu ye. Di sini dan di sini.

Kali ini saya akan ceritakan serba-sedikit tentang barang-barang yang perlu dibawa untuk dibawa ke sana. Perlu diingatkan bahawa umrah ini dilakukan selama 2 minggu. Maka, kenalah betul-betul bajet barang apa yang perlu dibawa supaya taklah kelam-kabut apabila berada di sana kelak.

Memandangkan saya ini perempuan, maka, saya akan banyak ceritakan barang-barang yang perlu orang perempuan bawa. Faham-faham ajela. Perempuan ini byk sgt benda yang nak kena bawa tau.

Paling Penting:

(1)Semestinya pasport!Memang kena bawaklah ye. Jgn tertinggal. Nanti tak pasal-pasal kena tinggal kat imigresen KLIA. hehe.
(2)Wang tunai yang secukupnya - kalau rasa tak nak berbelanja banyak, memadailah bawa wang untuk belanja harian termasuklah makan-makan, top up, sabun basuh dan sebagainya. Tapi, rugilah kalau dah pergi jauh-jauh tak membeli sebarang 2 utk buat kenang-kenangan kan?
(3)Kad ATM - kalau tak suka pegang cash banyak, bolelah buat roaming. Macam CIMB, boleh tentukan bila nak start guna kad tu di oversea dan sampai bila. Guna cimbclicks pun boleh. Lagi senang.

Penting:

(1)Telekung - bawak dalam 3 helai dah cukup. Selalunya, kat sana, orang tak pakai kain telekung tu. Hanya pakai telekungnya saja. Maka, kain telekung tak payah bawak.
(2)Tudung - ikutlah korang nak pakai tudung apa. Shawl lilit-lilit ke, tudung express ke, tudung bawal ke...Tak kisah. Terpulang kpd korang. Kalau saya, suka pakai tudung express tu. Sebab senang. Tak payah nak fikir lilit / selempang / kena pakai brooch. Sarung je. Dah siap. Bawaklah dalam 3 helai. Dah cukup.
(3)Jubah - saya bawa 2 helai jubah & sehelai jubah seluar. Kalau tak ckp jubah, bole je beli kat sana. Byk jual.
(4)Stokin - wajib bawak!Sebab kita kena tutup kaki kita ye. Aurat tu. Cari stokin yang tebal dan panjang. Jgn cri yg jarang. Nanti batal solat.
(5)Underwear - tu mmg penting la kan?hehe. Tak pyh jelaskan pjg lebar.
(6)Kasut / sandal / selipar - ikut keselesaan korang la. Yang sandal tu, saya pakai yang sarung je. Sebab saya pakai stokin. Jadi stokin tak terlekat kat jari bila pakai.
(7)Towel - kena bawak gak sebab ada hotel yang tak sediakan towel ye.
(8)Serkop - untuk mengelakkan nampak anak rambut bila pakai tudung.
(9)Baju tido / t-shirt - untuk pakai di bilik / menjadi inner bila pakai jubah warna putih / krim.
(10)Tights / kain dalam - untuk dipakai bersama-sama dengan jubah.
(11)Sweater - kalau dalam flight sejuk.
(12)Handsock - kena pakai takut ternampak tangan masa buat umrah. Batal nnt.

Okay. Yang atas tadi adalah pakaian. Yang bawah ini pulak keperluan diri yang lain:

(1)Toiletries - ikut koranglah. Yang penting: berus gigi, ubat gigi, facial foam, moisturizer & lotion (utk. melembapkan kulit sbb kat sana panas). Tak digalakkan membawa shampoo & shower foam dari Malaysia sebab kulit kita akan kering & gatal-gatal. Mungkin tak serasi dengan air sana. Kalau korang nak tau, air kat sana merupakan air yang ditapis daripada air laut. Kalau masa blajo kat u, proses tersebut dinamakan desalination. Memang rasa air tu agak masin. Tak payau macam air kat Malaysia. Maka, guna jela sabun & shampoo yang dibekalkan oleh pihak hotel :)
(2)Sunglasses / shade - penting sebab kat sana sgt panas. Utk mengelakkan mata sakit, silalah pakai ye. Carilah shade yang ada uv protection. Selalunya, harga dalam RM100++
(3)Ubat-ubatan - silalah bawa kalau ada penyakit yang memerlukan ubat utk dimakan. Macam saya, bawa Vitamin C, E & fibre (utk mengelakkan sembelit sbb kat sana senang kena sembelit. hoho). Bawalah spare panadol, ubat batuk, selsema & sakit tekak. Sebab kat sana sgt senang nk kena batuk dan demam. Bawa cool fever pun boleh nak menyejukkan badan yang panas.
(4)Beg kecik / plastic bag - untuk letak kasut bila masuk masjid.
(5)Charger handphone - taukan utk apa. Kat sana tak silap saya, plug sama je dgn Malaysia. Jadi, tak payah risau nak kena beli international plug.
(6)Lip balm - utk melembapkan bibir. Bibir mmg cpt kering kalau kat sana.
(7)Pantyliner & pad - mmg kena bawaklah kalau pompuan kn?
(8)Wet tissue & tissue - senang nak bersihkan tgn kalau kat situ takde sinki. Kalau selsema lagilah penting.
(9)Tupperware - kadang-kadang tu tmpt makan sesak kalau waktu puncak, maka, boleh tapau makanan dan makan di dalam bilik saje. Lagi 1, bole bawak balik air zam-zam dari masjid utk diminum di bilik :)

Okay. Dah abis bahagian keperluan diri. Nak masuk bahagian untuk beribadah pulak:

(1)Al-Quran & tafsir - memang kenala kan?Tapi, kalau tak bawak, kat masjid sgt byk Al-Quran. Jgn risau.
(2)Majmu' Syarif - utk baca doa Akashah, doa Haikal, dan mcm-mcm lagi.
(3)Ma'thurat - zikir utk dibaca pagi dan petang
(4)Yasin & tahlil
(5)Buku panduan solat sunat - rugi kalau tak buat solat sunat byk-byk kt sana
(6)Buku panduan ibadah umrah

Kurang Penting:

(1)Beg spare - kalau tiba-tiba masa nak balik barang yang dibeli byk pulak ;)
(2)Alatan menjahit - bagus gak kalau bawak. Kang tiba-tiba butang jubah tercabut ke, senang nak jahit
(3)Sabun basuh baju - utk basuh baju kat sana. Baju cpt kering sbb cuaca panas & berangin. Beli kat kedai runcit kat sana pn bole.
(4)Pin kain - kalau tiba-tiba beg / baju koyak. Bolelah pin. Macam beg saya. Tiba-tiba je tali putus. Pin kainlah gunanya. Tapi, kat sana pun ada jual. Jgn risau. Kena rajin cari kedaila.
(5)Nail clipper - nak potong kuku kalau pjg terutamanya sebelum berihram.
(6)Gunting kecik - utk bertahallul. Senang masa nak bergunting nanti. Tapi, jgn pula bawak masa naik flight. Nanti kena amik.
(7)Buku nota & pen - untuk menulis kalau ada benda-benda penting nak ditulis
(8)Kalkulator - masa nak tawar-menawar harga masa membeli

Kalau lelaki:

Korang perlu bawa :

(1)Kain ihram - bawaklah 2 helai. Kalau 1 tgh basuh, ada spare lagi 1.
(2)Tali pinggang ihram

Itu jela rsnye. Harap dapat bantu korang ye. Memang kalau nk pack barang, korang akan rasa pening. Byk sgt nak kena bawak. Lagi-lagi perempuan. Baiklah korang buat checklist dulu. Takut ada je nnt yg tertinggal. Itu aje. Tata. Take care. xoxo.


Olá! Se você ainda não assinou, assine nosso RSS feed e receba nossas atualizações por email, ou siga nos no Twitter.
Nome: Email:

23 comments:

MELATI HODARI said... at Thursday, January 26, 2012 at 5:34:00 PM GMT+8

wah.bagus la diba bg info cmni..nnt klu dh cukup ongkos nk ke sana senang la nk wat preparation..for sure ikut sebijik2 mcm kt dlm blog ni..utk jimatkan space..tengkiu dib..

Nur Adibah Md Azman said... at Thursday, January 26, 2012 at 6:06:00 PM GMT+8

Hai Melat!Thanks follow blog ak. Ak pn da follow blog ko. hehe. Ala, saje je. Nk share ngan kwn2. Senang kn!Ms ak nk g tu, mmg ak ty gak pd org2 yg da g. Insya Allah. Mudah-mudahan ko dpt ke sana. Ak pn teringin lg nk ke sane.

ciklaili.com said... at Sunday, June 2, 2013 at 7:30:00 AM GMT+8

salam. perkongsian yang amat berguna untuk mereka yang bakal menunaikan umrah.

saya minta izin linkkan entri ini di blog saya.

http://www.ciklaili.com/2013/04/persediaan-sebelum-menunaikan-umrah.html

terima kasih.

Nur Adibah Md Azman said... at Tuesday, June 4, 2013 at 10:15:00 PM GMT+8

cik laili, silakan. Mudah-mudahan kita dapat ke sana lagi ye.

Anonymous said... at Sunday, December 8, 2013 at 8:04:00 PM GMT+8

sis bole ke pakai jubah colorful kt sne?or black n white je yg bole?

Nur Adibah Md Azman said... at Friday, December 27, 2013 at 3:36:00 PM GMT+8

Sorry lmbt reply. Bole je pki warna ape2 pn. xd masalah...

Anonymous said... at Sunday, January 19, 2014 at 12:21:00 AM GMT+8

good..lg bgus folo u nye chklist dr agent travel.hahaha

sha_noor said... at Friday, January 31, 2014 at 10:51:00 AM GMT+8

Terima kasih sbb sudi kongsi..mmg tgh pening nk pack barang ni

Anonymous said... at Tuesday, March 18, 2014 at 12:11:00 PM GMT+8

Salam. Saya ada blog project dan saya nak buat pasal umrah. Boleh saya pinjam content yg ada dalam entry ni? Tapi saya punya dalam English laa. Hehe. Nanti sy credit kan. InshaAllah :)

Nur Adibah Md Azman said... at Sunday, April 6, 2014 at 9:26:00 PM GMT+8

Dear Anonymous :p,

Thanks!!!Selamat pergi dan balik. Moga dapat umrah yang mabrur.

Nur Adibah Md Azman said... at Sunday, April 6, 2014 at 9:28:00 PM GMT+8

Dear Sha_noor,

Sama2. Slmt meng-pack barang. Paling x suke kalau kena pack barang.

Nur Adibah Md Azman said... at Sunday, April 6, 2014 at 9:28:00 PM GMT+8

This comment has been removed by the author.

Nur Adibah Md Azman said... at Sunday, April 6, 2014 at 9:31:00 PM GMT+8

Dear Anonymous aka to-whom-it-may-concern :p ,

Boleh. Silakan. Moga dapat beri manfaat kepada semua. Amin.

Nur Adibah Md Azman said... at Sunday, April 6, 2014 at 9:31:00 PM GMT+8

Dear Anonymous aka to-whom-it-may-concern :p ,

Boleh. Silakan. Moga dapat beri manfaat kepada semua. Amin.

Za said... at Tuesday, November 18, 2014 at 4:18:00 PM GMT+8

Thank you kerana explain apa yang perlu dibawa. Amat membantu.

Unknown said... at Tuesday, January 13, 2015 at 5:12:00 PM GMT+8

Assalammualaikum adibah....bole ke memakai telekung yang bersulam & berwarna

Nur Adibah Md Azman said... at Wednesday, March 4, 2015 at 10:50:00 PM GMT+8

You're welcome Za :)

Nur Adibah Md Azman said... at Wednesday, March 4, 2015 at 10:50:00 PM GMT+8

Waalaikummussalam Dzulkafli Shalina, bole je xd masalah.

Ummi Jual Vitamin said... at Sunday, August 30, 2015 at 5:38:00 PM GMT+8

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Trip menunaikan umrah secara percuma.

Unknown said... at Wednesday, September 16, 2015 at 11:12:00 PM GMT+8

Betul ke charge hp same dengan malaysia?? Risau pulak xsame.

ruqayya said... at Monday, November 23, 2015 at 3:47:00 PM GMT+8

Masya Allah. Tq for the tips. May Allah rewards you with good deeds, Insya Allah. Moga kita makin bersedia mentally, physically , emotionally dan spiritually dalam melakukan ibadah sesempurna mungkin.

Anway, kalau ada sesiapa yang mencari tudung Umrah, saya sarankan gunakan WERDA Tudung SOLAT-READY yang sangat mudah diguna pakai untuk umrah. Insya Allah tak perlu lagi nak bawa telekung banyak-banyak.

Ruqayya has just posted on..... Beli pun dapat pahala. Macamana tu?

Fating said... at Sunday, January 17, 2016 at 1:02:00 AM GMT+8

Salam saya nak tanya kalau pakai kasut sneakers yang baru masa buat umrah boleh ke? Utk perempuan? Sneakers tu mmg mcm stokin cuma tapak dia tebal sikit.

Nur Adibah Md Azman said... at Sunday, January 24, 2016 at 11:35:00 AM GMT+8

Waalaikummussalam. Sneakers mcm stokin?X dapat bygla plak mcmane rupa bentuk die. Tapi, setahu saya, kalau nak masuk Masjidil Haram, mmg kena buka kasut atau selipar. Mcm kita nak masuk masjid kt sinila. Kalau rupe mcm stokin, oklah kot.