June 22, 2010

Ke Makam Ayahanda


Seperti yang sudah sedia maklum, ayahanda tersayang telah pergi menyahut seruan Illahi pada tanggal 7/4/2010, Rabu. Pemergian yang sungguh tak terduga oleh kami anak-beranak. Masih terngiang-ngiang suara ayah berbual denganku. Syukur Alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk bersama-sama dengan ayah walaupun tak sampai empat bulan. Sebelum ini aku jarang berada di rumah kerana menuntut ilmu di KL. Usai PMR, aku sudah meninggalkan rumah untuk tinggal di asrama. Sejak itu, aku semakin jarang bersama dengan ayah. Allah beri kesempatan kepada aku untuk bermanja buat seketika dengan ayah. Terima kasih. Semuanya yang terjadi ada hikmahnya. Kalau ikutkan, aku sudah menerima tawaran untuk bekerja di salah sebuah syarikat korporat di KL. Atas sebab-sebab tertentu, aku menolaknya dan ingin pulang ke kampung untuk berbakti di kampung halaman sendiri. Pada mulanya ayah membantah dengan keputusan aku tetapi aku tetap berkeras hati. Betullah kata ibu. Along sempat bermanja dengan ayah. Kalau masih di KL, memang aku tidak berkesempatan untuk bermanja dengan ayah. Semua itu ada hikmahnya kan?Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan. Sebenarnya hingga sekarang aku masih terkilan dan ralat kerana tidak sempat untuk belanja ayah apa-apa dengan duit gaji aku. Sehari sebelum ayah meninggal, aku ada tanya, "Ayah da beli ke spec?"Tapi, ayah hanya diam dan mengatakan "Belum". Aku memang berniat untuk menghadiahkan ayah spec mata sempena birthdaynya. Ayah pernah menyatakan hasrat untuk memiliki spec mata seperti Afdlin Shauki. Tapi, apakan dayaku. Ayah tidak sempat untuk berasa spec baru pemberianku. Huhu. Aku sangat terkilan.


Semenjak pemergian ayah, kami sekeluarga tidak pernah putus untuk ke kuburnya pada setiap minggu. Seperti ada sesuatu yang tidak kena bila kami tidak mengunjungi pusaranya. Masa mula2 ketiadaan ayah, air mataku ini tidak boleh ditahan-tahan daripada gugur membasahi pipi. Hilang segala malu aku di hadapan keluarga. Samalah juga dengan adik-adikku yang lain. Semuanya menangisi pemergian ayah. Tapi, lama-kelamaan kami semakin akur dengan ketentuan-Nya. Yang pergi takkan kembali lagi. Itu sudah tertulis. Gambar di atas merupakan pusara ayah yang asal. Belum dipasang kepok. Batu nisan pun batu nisan pinjam tetapi minggu lepas lengkaplah pemasangan kepok dan batu nisan ayah. Siap ada kerusi kecil lagi. Aku turut menyumbang serba-sedikit untuk pembelian kepok kerana aku tidak sempat untuk belanja ayah apa-apa. Itu sahajalah yang aku mampu. Semoga ayah aman di sana. Berehatlah ayah. Along akan sentiasa merindui dan mengingatimu. Ayah, jangan lupakan kami di dunia ini. Yang pastinya, Along rindu untuk mencium tangan ayah. Al-Fatihah buat ayah.
Olá! Se você ainda não assinou, assine nosso RSS feed e receba nossas atualizações por email, ou siga nos no Twitter.
Nome: Email:

6 comments:

Emalin Aisyah said... at Tuesday, June 22, 2010 at 6:20:00 PM GMT+8

sabar diba..yg penting skang ni diba jaga mak dgn adik2 elok2..sedekah al fatihah selalu kt arwah..proud of u girl..:)

Nur Adibah Md Azman said... at Tuesday, June 22, 2010 at 7:51:00 PM GMT+8

TQVM Malin. Insya Allah...

Cik Specky said... at Tuesday, June 22, 2010 at 9:56:00 PM GMT+8

dib, jadi anak yg solehah, tu hadiah paling berharga buat mak ayah kt..

i know u are that kind of girl!

take care!! :))

nak peluk cium ko xtau bile nak jumpa ko.. so virtual *kiss and hugs* dari aku =)

Nur Adibah Md Azman said... at Tuesday, June 22, 2010 at 10:17:00 PM GMT+8

Iyalah Una. Thanx for the advice. Insya Allah. Aku da terima da virtual kiss and hug ko. hehe...

NajLa ShuHuD said... at Tuesday, June 22, 2010 at 10:21:00 PM GMT+8

Al-Fatihah.. Kuatkan semangat ye Dibut.. Apa yg ko dah buat selama ni aku yakin itu semua dah buat ayah ko bangga dengan ko..

Nur Adibah Md Azman said... at Tuesday, June 22, 2010 at 10:29:00 PM GMT+8

TQ La. Terharu aku. Entahla wei. Aku harap begitulah. Moga ayah aku tenang di sana. Aku da lame x mimpikan dia. Mungkin dia da bahagia di sana.