June 15, 2010

Impian



Wah, tiba-tiba nak tulis entry fasal ini pula. Entahla kenapa. Tapi, rasanya aku sangat teringin untuk ke sana. Nak berdoa banyak-banyak depan Kaabah, Jabal Rahmah, dan banyak lagi. Sudah pergi ke Tabung Haji semalam. Ingatkan dapatlah daftar haji. Tapi, ada syarat-syaratnya.

(1)Duit simpanan kena RM 1305.00 (kalau salah, maafkan aku. Tiba-tiba lupa pula)
(2)Kena sampai RM 10, 000. Baru dapat pergi haji
(3)Sudah ada membuka akaun Tabung Haji


Apabila sudah mendaftar, lagi 23 tahun nama kita akan naik untuk pergi haji. Tapi, ibu cakap, kalau duit simpanan sudah mencukupi RM 10, 000, boleh buat rayuan. Kalau ada kekosongan, akan dapat. Bermula dari sekarang, aku sudah menanam azam untuk menabung di Tabung Haji. Mari kawan-kawan. Heee...Sikit-sikit lama menjadi bukit. Menabunglah dari sekarang untuk menjamin masa hadapan. Mana tahu kita boleh menjadi tetamu Allah masa umur muda ini. Insya Allah.
Olá! Se você ainda não assinou, assine nosso RSS feed e receba nossas atualizações por email, ou siga nos no Twitter.
Nome: Email:

8 comments:

Aqilah Suhaizam said... at Tuesday, June 15, 2010 at 9:21:00 PM GMT+8

Nak ikut !

Nur Adibah said... at Tuesday, June 15, 2010 at 9:28:00 PM GMT+8

Kenala menyimpan dari sekarang. Tak pun srh ayah belanja la..

HangLiJo said... at Saturday, June 19, 2010 at 6:12:00 PM GMT+8

jom2! nak gi jugak..

Nur Adibah said... at Saturday, June 19, 2010 at 8:41:00 PM GMT+8

Jom Una. Menabung le dr skang. Byk tu RM10k. Huhu.

Emalin Aisyah said... at Tuesday, June 22, 2010 at 11:15:00 PM GMT+8

ye betul info diba tu..tp kalau dh dpt g,topup lagi bg lebih ckit dr 10000 biasanya..sbb atleast kne spare dlm 1000+ utk byr dam..kt sana nnt leh kuarkan duit kt wakil TH..

Nur Adibah said... at Wednesday, June 23, 2010 at 3:15:00 PM GMT+8

Ohoo...TQ for the information. So, duit kena ade dlm RM 11k gak la ek nk g sna. Mudah2an dptla jadi tetamu Allah pada usia muda. Kalau dpt wat umrah pn best. hee..

lye laila lailati said... at Tuesday, July 20, 2010 at 1:14:00 AM GMT+8

tp klu nak cepat better gi ikut pakej je,cth yg dah established macam Andalusia Travel n Tours Sdn Bhd cuma mahal lagilah harganya.paling murah dlm RM 20,000 sebab klu gi ngan TH, dia akan pertimbangkan rayuan utk kes2 tertentu jer cthnya klu dibah pegi haji membawa warga emas, maka dgn adanya kuota warga emas tu,dibah pun dpt pegi sekali sbb nak bawa dia..klu nak gi umrah, gtaulah ye.blh join sekali:)

Nur Adibah said... at Tuesday, July 20, 2010 at 7:41:00 PM GMT+8

Salam Lai,

Tq for the info. Insya Allah. Mmg berhajat nak buat umrah 1 family, nk tunaikan impian ayah. Masih mencari tarikh yg sesuai coz adk2 kat U. X tau bile diorg free..