May 31, 2009

Rentetan FYPku: Part 2

Salam...Arini aku nak sambung cite psl FYP sebelum die semakin basi dan dilupakan oleh kita semua. Lps ni, tinggal sejarah jela yek. Result pun da kuar. Alhamdullilah. Bersyukur ke hadrat-Nya kerana result aku kali ini btr dr FYP 1. Berbaloi la ape yg telah aku wat termasuklah wang ringgit dan masa. Oklah, aku nak cite psl FYP 2 plak. Mcmane nak start ek?Kali ni, mmg menguji kesabaran aku la nak jadikan projek ni berjaya. Masa awal sem, aku n La penat le deal ngan org. Hampir setiap ari La call DBKL. Tp, tak bergerak ape pun. Die buat asam + perkasam + jeruk kot surat ktorang..Huhu..Geram tu tak payah cite r. Nak dipendekkan cerite, ada sorang pegawai ni, baik hati sgt nak tlg ktorang tanpa dpt surat dr pengarah beliau. So, ktorang dtgle pejabat diorang. Credits to cousin n paman La yg sudi amik ktorang dr stesen Star LRT. Kalau tak, tak sampai le ktorang. Sampai2 je, En. A kasile serba-sedikit data yg die ade. Tapi, dgn dukacitanya data psl projek aku tak dpt nak bagi coz DBKL tak handle scheduled waste..Hampa jugakle aku..Penat dtg jauh2. Tp, takpele. At least data La da dpt serba-sedikit. So, plan B nye, aku contact DOE KL. Die kata, kena kasi surat. So, on the spot aku tros fax surat thru fax department je. Senang!Pastu, bermulala sesi call-mengcall ty status surat tu. Sengal btol!Mcm kes DBKL, ntah ke mane le surat tu diorang letak. Last2 ada sorang pegawai tu kata, awak bole gi library ktorang. Segala data ada kat dalam Annual Report. Ha, ckp awal2 kan senang. Aiseh..Sabo jela..So, ktorang pegile plak DOE KL. Nasib baikle office die dkt je ngan stesen Star LRT Pudu. Jalan kaki je. Senang!So, ktorang pun gi r library diorang. Nasib baik le pekerja library tu baik. Thanx to akak (tak tau name)..Kalu ikutkan, ktorang tak bole pinjam sebahagian drpd annual report diorang coz takde card library tapi akak tu bg je. Janji pulang balik. Lagipun dia da xerox matric card ktorang. Akak tu ckp, kalu tak pulangkan, diorang akan cari ktorang kat u...Hehe..Ape2 le..Alhamdullilah..Byk gak r data aku ade..Senang keje aku. Tp, masa tu still blur lg sebenarnye. Sir nak date ape?Nak wat mcmane dgn data2 tu?Hai, susah btol kalu buat projek yg tak pernah lg senior2 wat. Huhu..Takde tempat rujukan. Huhu..

Masa tu, da nak separuh sem kot. Datuk K da marah2 coz die kata supposedly week 6 da settle projek ktorang. Yg die ckp, juz very easy!!!!!!!!!!!!!Sabo jela. Nasib baikle Dr. S baik. Die la yg bagi ktorang semangat masa ktorang da blur lps kena marah dgn sir. Huhu..Dr. S la yg start dulu bukakan ktorang jalan dan idea asal bentuk projek ni nanti berpandukan 1 journal ni. Seriously, sebenarnya ktorang da ada journal tu tp tak nmpk pe. Lps tu, dgn izin Allah, ada le sorang hamba Allah yg sudi nak tolong ktorang. Credits to Zahid and Syam. Kerana Syam le ktorang bole buat projek ni. Dgn idea die yg bernas itu, barule bole jalan projek ni. Mula2 die ckp kena guna Microsoft Access utk key in semua data. Last2 die ckp, bnd tu agak leceh r. So, die decide suruh wat form byk2 and wat link. Kat atas form tu, bole letak button, label, gambo, text dan mcm2 lg. So, aku pun watle.

Masa wat forms tu, ada lagi yg menguji kesabaran aku. Laptop aku lembap yg amat!!Masa tu rasa nak humban je laptop tu. Yela RAM die just 256 MB je kot. Manele nak tahan menampung program tu. Penah je forms yg aku wat, tetibe je hilang entah ke mana. Bygkan dr pg sampai tghari aku wat, tetibe hilang, Tak ke rasa bengang!Down giler waktu tu. Ptg tu, aku tros kuar gi JJ. Nak hilangkan tensen..Aku ni ade prob sket. Kalu tensen, mulala nak membeli..Hehe..

Oklah..Segala2 nye berjalan dgn lancar. Setiap kali jumpe Datuk K, die puas hati tp ade jela bnd nak yg kena tambah. Biasala, mana pernah nak puas kan. Takpele. Take it as a challenge!!Yeah!!Sir pun da tak marah2 lg. Yg lawaknya, ms tgh dok sibuk2 write up projek, barule sir kasi thesis master die yg ade kaitan ngan tajuk ktorang. Sabo jela. Cubala kalu sir kasi awal2 lagi masa wat FYP 1 lg. Dah lame kot ktorang paham n tak blur..Hmm...Sabo jela...

Lps tu, bermulala rentetan seterusnya. Anto report, poster, Poster Day, presentation and finally anto report hard cover. Masa Poster Day tu, oklah. Takut giler tapi takde bnd pun. Examiner tu sgt baik..Sporting plak tu. Masa presentation, lgle cuak!!Tak bole tido beb!Pg tu, beria-ia aku practise. Masa present, oklah. Examiners pun tak hentam ktorang. Nampak diorang excited tgk projek ktorang. Yg cutenye, Dr. Saedi siap tepuk tangan masa aku present. Comel la sir. Sentiasa give support kat ktorang. Baikle sir..Hehe..Tak sempat je nak amik gambo comel sir tu. Hehehe..TQ Sir!!!Ha, lps pezen tu, lega sgt. Tapi yg sengalnye, aku demam. Ya Allah!Mmg menguji btol. Dahle ada gak r report yg kene btolkan. Tajuk pun kena tambah sket. So, tajuk last aku adalah Integrated Scheduled Waste Management System in Kuala Lumpur using Expert System. Dlm demam n batuk2 tu, sempatle aku gi mkn2, jln2 n amik gambo ngan kwn2. Oklah kan..

Before anto final report, ktorang kene dapatkan signature examiners. Tu pun mencabar gak. Susahnye. Allah saje yg tau. Rasa da nak give up da aku. Xpele..kesabaran tu ada hikmahnye kan. Da mls nak taip tp finally, dptle aku anto report aku. Hehe..Sampai ke sudah, ktorang tak gi jumpe Datuk K. Takut oo..Ni die sibuk2 nak jumpe ktorang. Ntah ade ape ntah..Anto email, tak bls..Hmm..Agaknye, ape ye??Suruh sambung master?Jadi RA die?Entahle...







Olá! Se você ainda não assinou, assine nosso RSS feed e receba nossas atualizações por email, ou siga nos no Twitter.
Nome: Email:

0 comments: