Aku hanya mendoakan yang terbaik buat kawan-kawanku yang sudah berjaya mendirikan masjid. Mungkin itu rezeki mereka. Jodoh mereka sudah sampai. Alhamdulillah. Jangan menidakkan takdir. Itu semua perancangan-Nya. Perancangan-Nya lebih baik daripada perancangan kita. Kita sebagai manusia hanya boleh merancang tetapi Dia yang menentukan. Oh!Ayat cliche lagi. Hanya untuk sedapkan hati. Tapi, itu betul!Jangan merungut waima bersedih dengan apa-apa yang telah ditentukan. Itu ketentuan. Malahan, sudah pun ditentukan sejak kita kecil lagi. Jodoh, maut dan sebagainya sudah ditentukan oleh-Nya. Kita tidak boleh menidakkan. Kita hanya mampu berdoa. Berdoa merupakan senjata utama kita sebagai umat Islam. Keep praying. Allah Maha Mendengar. Insya Allah. Dia akan makbulkan. Cepat atau pun lambat. Mungkin ada perancangan yang lebih baik Allah nak tentukan buat kita. Mungkin. Aku hanya berfikiran positif sekarang. Jangan meratapi apa-apa. Hanya buat yang terbaik untuk hidup. Biarlah apa orang nak kata. Ada aku kisah?Orang hanya pandai mengomel yang bukan-bukan tapi kita yang merasainya sendiri. Maka, jangan fikir apa orang kata. Kita buat sahaja asalkan tidak tersasar dengan syariat Islam. Itu sahaja.
Apa yang telah aku merepekkan ini?HAHA. Saja ja. Nak menulis. Dah lama tak menulis. Lagipun kadang-kadang aku rasa tertekan juga dengan soalan sebegitu terhadapku. Manusia ini tidak pernah bersyukur. Bila dah abis belajar, mulalah tanya, dah dapat kerja?Kerja apa?Di mana?Berapa gaji?Bila dah dapat kerja, mulalah tanya, bila nak kahwin?Bila dah kahwin, mulalah tanya, bila nak dapat anak?Bila dah dapat anak pertama, mulalah tanya, bila nak dapat anak lagi?Hai, soalan-soalan sebegini yang kadangkala boleh membunuh manusia secara senyap-senyap. Geram. Isk. Ada aja bahan untuk disoal.
Okaylah. Itu aja. Buat rakan-rakanku yang sudah berkahwin, bertunang, mendapat anak, otw dapat anak, aku doakan moga kalian bahagia selalu. Sentiasa bersyukur atas segala kurniaan-Nya. Di bawah ini, adalah serba sedikit gambar-gambar majlis perkahwinan yang aku sempat pergi. Enjoice :