February 8, 2011

Ramai sudah berkahwin, anda bila lagi?

Ooooohhhh!!!Ini satu soalan 'cepu emas' buat aku. Sampai tak tahu nak jawab bagaimana. Di saat meniti umur sebegini, memang soalan ini akan bertubi-tubi mengenai muka aku. Aku hanya mampu tersenyum dan dalam hati hanya berkata, "tolong doakan saya." Hmm..Agak cliche jawapan aku itu tapi itulah realitinya. Sukar untuk menjawab pertanyaan yang sebegini. Lebih-lebih lagi apabila aku banyak menghadiri majlis-majlis perkahwinan rakan-rakanku. Di saat kawan-kawan lain pergi dengan pasangan masing-masing, aku pula pergi dengan kawan-kawanku yang masih 'single' atau pun 'half-single' (ada ke?hehe) atau pun 'single but not available'. Apa-apalah. Janji aku selalunya pergi dengan kawan-kawanku yang masih belum berkahwin. Noktah.

Aku hanya mendoakan yang terbaik buat kawan-kawanku yang sudah berjaya mendirikan masjid. Mungkin itu rezeki mereka. Jodoh mereka sudah sampai. Alhamdulillah. Jangan menidakkan takdir. Itu semua perancangan-Nya. Perancangan-Nya lebih baik daripada perancangan kita. Kita sebagai manusia hanya boleh merancang tetapi Dia yang menentukan. Oh!Ayat cliche lagi. Hanya untuk sedapkan hati. Tapi, itu betul!Jangan merungut waima bersedih dengan apa-apa yang telah ditentukan. Itu ketentuan. Malahan, sudah pun ditentukan sejak kita kecil lagi. Jodoh, maut dan sebagainya sudah ditentukan oleh-Nya. Kita tidak boleh menidakkan. Kita hanya mampu berdoa. Berdoa merupakan senjata utama kita sebagai umat Islam. Keep praying. Allah Maha Mendengar. Insya Allah. Dia akan makbulkan. Cepat atau pun lambat. Mungkin ada perancangan yang lebih baik Allah nak tentukan buat kita. Mungkin. Aku hanya berfikiran positif sekarang. Jangan meratapi apa-apa. Hanya buat yang terbaik untuk hidup. Biarlah apa orang nak kata. Ada aku kisah?Orang hanya pandai mengomel yang bukan-bukan tapi kita yang merasainya sendiri. Maka, jangan fikir apa orang kata. Kita buat sahaja asalkan tidak tersasar dengan syariat Islam. Itu sahaja.

Apa yang telah aku merepekkan ini?HAHA. Saja ja. Nak menulis. Dah lama tak menulis. Lagipun kadang-kadang aku rasa tertekan juga dengan soalan sebegitu terhadapku. Manusia ini tidak pernah bersyukur. Bila dah abis belajar, mulalah tanya, dah dapat kerja?Kerja apa?Di mana?Berapa gaji?Bila dah dapat kerja, mulalah tanya, bila nak kahwin?Bila dah kahwin, mulalah tanya, bila nak dapat anak?Bila dah dapat anak pertama, mulalah tanya, bila nak dapat anak lagi?Hai, soalan-soalan sebegini yang kadangkala boleh membunuh manusia secara senyap-senyap. Geram. Isk. Ada aja bahan untuk disoal.

Okaylah. Itu aja. Buat rakan-rakanku yang sudah berkahwin, bertunang, mendapat anak, otw dapat anak, aku doakan moga kalian bahagia selalu. Sentiasa bersyukur atas segala kurniaan-Nya. Di bawah ini, adalah serba sedikit gambar-gambar majlis perkahwinan yang aku sempat pergi. Enjoice :

Olá! Se você ainda não assinou, assine nosso RSS feed e receba nossas atualizações por email, ou siga nos no Twitter.
Nome: Email:

6 comments:

NajLa ShuHuD said... at Wednesday, February 9, 2011 at 3:15:00 PM GMT+8

Betul tu Dibut.. Orang tak rasa apa yg kita rasa.. Takpela, yg penting jangan putus asa dengan rahmat Allah.. Aku doakan ko cepat bertemu jodoh & tercapai segala hajat k..

BTW, hari tu aku nampak ada gambar seorang jejaka dlm profile ko.. Sape tu? heheheh~

Nur Adibah Md Azman said... at Wednesday, February 9, 2011 at 6:24:00 PM GMT+8

La, yela. Samele yek. Org x tau ape yg kt tau. haha. Jejaka mane ni?Profile ape?FB ke?

NajLa ShuHuD said... at Wednesday, February 9, 2011 at 11:28:00 PM GMT+8

Ha'a dlm FB.. Ade org tagged gamba laki guna nama ko.. Ko tak pasan ke???

Nur Adibah Md Azman said... at Wednesday, February 9, 2011 at 11:44:00 PM GMT+8

Ooo. Semlm ke?Ak da remove da. Mak cik ak la tu taggakn either nk kenakan ak atau mmg tersalah tag. Hmmm......

Dilla said... at Tuesday, February 15, 2011 at 6:37:00 PM GMT+8

Suka baca nukilan perasaan Diba yg ini. Positih sungguh! Keep it up fine lady :)
Lambat atau cepat jodoh tu tak penting Diba. Yang penting perkahwinan tu mendapat keredhaan Allah. Kalau berkahwin awal pun tetapi tiada tolak ansur antara pasangan, dimanakah kebahagiaan dan ketenangannya?
Saya banyak memerhati & mendengar luahan2 orang, ada yang happy giler dapat kahwin awal, tapi terselit duka sebab pasangan berkuasa veto&tak mahu berkompromi, nak cakap dia saja diambil kira. Ada yg gembira sebab dapat kahwin lantas tak perlu menjawab soalan2 cepumas spt yg Diba tulis tu, tapi hidup dalam duka sengsara sebab jadi babu pasangan( lelaki atau perempuan sama saja, ada yg jenis suka buat pasangan jadi kuli).
Jadi Diba (&Najla juga), selagi korang boleh memilih, pilihlah & minta petunjuk dari Allah.
Orang2 yang bertanya ni ada 2 jenis, satu yang memang mahu kita mengecapi bahagia. Dan satu lagi tu dia jeles sebab dia dah tak single lagi. hahaha... *abaikan perenggan last ni ;P

Nur Adibah Md Azman said... at Wednesday, February 16, 2011 at 6:59:00 PM GMT+8

Madam, thank u so much for ur comment!Sgt supportive n motivate me!!Tula, saya mmg jenis x suke peningkan kepala pk bnd ni. Kdg2 tu rsnye sy suke idup mcm ni sbb sy ni cpt bosan. Sy tkt nnt dpt pasangan yg bole membosankan sy. Nahas jdnye. Xpela. Lmbt atau cepat jodoh tu, kerja Dia. Sy hanya mampu berdoa.

p/s: Kdg2 tu terpk gak nk g wat umrah. Nak doa byk2 kt sana. Pastu terjumpe someone di sana mcm dlm cite Nur Kasih tu. hihi. (berangan jap. hahaha)