February 5, 2012

Sekadar Renungan


Eh, rasa dah seminggu tak update ni. Biasalah. Busy skang ni. Nak uruskan hal-hal nak ke UPSI. Ampun!Okay, kali ini saya nak ceritakan serba-sedikit tentang sesuatu ujian daripada-Nya yang pernah kita alami. Ala, takkanla tak pernah dapat kan. Selalunya, ujian yang kita dapat ini petanda yang Allah masih sayangkan kita. Contoh?Okay. Saya bagi contoh. Kalau budak-budak sekolah - tak lulus ujian/peksa, kena marah dgn cikgu sbb tiba-tiba je hari tu terlupa nak siapkan homework, terjatuh dalam longkang + kwn-kwn gelakkan kita dan sebagainya. Kalau budak-budak U pulak - tiba-tiba kena buat presentation dpn kelas padahal tak prepare apa pun lagi. Lps tu, tergagap-gagap kat dpn kelas + lecturer condemn tang-tang tu jugak. Kalau dah dewasa sikit, mungkin ujian tu lagi hebat. Contohya, duit gaji hilang, orang tersayang meninggal dunia, keguguran dan banyak lagi.

Okay. Hari ini saya nak share la dgn korang apa yang tlh saya baca daripada sebuah novel karya Hlovate. Tajuknya aA + bB. Mmg nampak pelik tajuknya. Tapi, percayalah, banyak benda yang kita boleh blajo daripada novel tersebut. Senang cerita, novel ini membuatkan kita akan berfikir ttg kehidupan. Serius ni tak tipu.

Sebenarnya, saya nak cerita pasal seorang rakan saya yang baru je keguguran anak ketiganya. Dah 14 minggu. Perut pun dah nampak. Kebetulan saya baru je berjumpa dgn beliau 3, 4 hari sebelum beliau keguguran. Betapa excited nya beliau dgn kehamilan tersebut. Beliau sgt mengharapkan moga kali ini dapatlah anak lelaki pulak sebab kedua-dua anaknya dah pompuan. Saya pun tumpang gembira. Tup tup, dapat tau dia keguguran. Darah keluar semasa solat. Betapa terkejutnya saya. Benarlah kata Allah. Kun fayakun. Kalau nak jadi tu, jadilah. Kita sebagai manusia perlu tabah atas segala ujian daripada-Nya. Takde rezeki lagi. Perancangan-Nya lebih baik daripada kita.

Maka, dipendekkan cerita, saya nak share apa yang dah saya baca. Saya tak nak tau sorang-sorang. Jom kita baca sama-sama. Dipetik daripada novel aA + bB dari muka surat 450-453. Part Bentz otw dari tempat keje nak balik rumah sambil dgr ceramah agama daripada radio negeri. Bacalah:

"...bagi seorang Muslim, kita seharusnya yakin apa saja yang berlaku itu adalah ketentuan Allah yang terbaik untuk kita..."

"...dari Hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Rasulullah bersabda yang Allah telah berfirman bahawa ganjaran untuk hamba-Ku yang taat kepada-Ku, apabila Aku tarik sahabatnya dan saudaranya dari muka bumi ini; yakni mati, dan dia menerimanya dengan sabar kerana Aku, maka memang syurgalah yang menantinya. Maknanya Allah dan berjanji siap-siap, apabila berlaku musibah yang sebegitu maka bersabarlah, Syurga menanti. Tapi tak boleh juga kalau waktu berlaku kehilangan tu kita menangis macam kena histeria, lepas tu baru nak kata "aku bersabar". Tak jadi macam tu..."

"...sebagai contoh, seorang sahabat saya pernah kehilangan anaknya yang kedua yang ketika itu masih di dalam kandungan..."

"...bayangkan ya tuan-tuan, puan-puan, anaklah katakan. Masih dalam kandungan lagi pula tu. Macam kita pun, kan. Kalau isteri mengandung tu Masya Allah, seronoknya tak terkata. Dah mula merancang nak bagi nama apa, itu ini. Namun sahabat saya ini tak sempat nak menyambut kelahiran anak ini kerana anak itu terlebih dahulu bertemu dengan Penciptanya sebelum sempat menjenguk dunia. Meninggal dunia dia dalam rahim ibu. Sedihnya mereka suami isteri ketika itu memang tak terkata..."

"...namun apa yang sahabat saya dan isterinya katakan waktu mereka menghadapi musibah itu memang terkesan di hati saya. Innalillah wa inna ilaihi raji'un. Daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Allah lebih mengetahui daripada apa yang kita tak tahu. Kita masuk sedikit sirah ya tuan-tuan, puan-puan. Kisah Nabi Musa alaihissalam ketika mengembara dengan Nabi Khidir alaihissalam yang di mana ketika dalam perjalanan tu mereka dah buat MoU. Nabi Musa alaihissalam tak boleh tanya atau persoalkan setiap perbuatan Nabi Khidir alaihissalam. Ada satu masa di mana Nabi Khidir alaihissalam membunuh seorang anak kecil yang tengah bermain. Bayangkan, kalau ikut akal kita manusia biasa ni pun mesti kita terkejut. Terkejut satu. Mengamuk pun mungkin. Jawapan Nabi Khidir alaihissalam pada Nabi Musa alaihissalam sebelum mereka berpisah sebab Nabi Musa asyik duk bertanya juga, kira langgar MoU, kata baginda; 'anak itu apabila besar nanti akan menjadi seorang anak yang derhaka kepada kedua ibu bapa dan Tuhannya'. Itulah ilham yang Allah bagi pada Nabi Khidir alaihissalam. Boleh rujuk ya, kisah ini dalam surah Kahfi. Dialog ini ada dalam ayat 66 hingga 82..."

"...dan sahabat saya ini juga ada menyebut pada saya. Dia reda dengan ketentuan itu, kerana yakin Allah tahu apa yang terbaik. Jika anak itu lahir, mungkin tidak akan menjadi anak yang baik seperti dalam cerita Nabi Khidir alihissalam tadi. Maka dia redha anak itu berjumpa Tuhannya dalam keadaan fitrah yang masih suci. Dan dia juga kata mungkin Allah tidak memberinya anak itu kerana dia dan isteri belum boleh menjadi ibu bapa yang baik untuk anak itu, walaupun mereka dah ada seorang anak. Kita perlu sentiasa fikir. Allah takkan jadikan sesuatu dengan sia-sia..."

Moga apa yang saya kongsikan kat atas ni, boleh jadi renungan dan pengajaran buat semua. Kita hanya kena ingat 1. Allah sayangkan kita. Sebab itu Dia uji kita. Mungkin dengan ujian yang Dia bagi membuatkan kita tak lupa akan Dia. Makin dekat dengan Dia. Insya Allah. Perancangan Dia lebih baik buat kita walaupun kita rasa perancangan kita dah paling baik.

Okay. Itu aje. xoxo. Take care.


Olá! Se você ainda não assinou, assine nosso RSS feed e receba nossas atualizações por email, ou siga nos no Twitter.
Nome: Email:

0 comments: