September 7, 2010

Air Mata Ini Tumpah Lagi



Hmm. Entahlah. Tak tahu nak cakap. Orang lain dok sibuk bergembira nak beraya, tapi aku menangis aje. Adakah aku 'gembing'?Adakah air mata aku semakin murah tika ini?Oh tidak!Kenapa ya?

Di akhir-akhir Ramadhan ini, waktu bersolat, aku pasti akan teringatkan ayah. Hatiku sayu sekali. Apabila terkenangkan ayah, aku pasti sedih. Hari ini aku menangis lagi buat kesekian kalinya. Aku sudah tidak tahu untuk kali yang ke berapa. Habis telekung aku penuh dengan air mataku. huhu. Tak tahula sembahyang aku itu dikira khusyuk atau pun tidak kalau dah asyik tersengguk-sengguk menangis. hoho.


Lagi-lagila bila nak dekat raya ni. Selalunya, ayahlah yang paling sibuk mengemas rumah; mengecat, meracun rumput, lap tingkap, menganyam ketupat, dan banyak lagi. Selalunya kami akan buat kuih raya kesukaan ayah iaitu kuih tat. Tapi, tahun ini tidak lagi. Mood untuk beraya hilang terus. Beli baju dan kasut raya pun untuk cukup syarat untuk beraya aje. Kadang-kadang tu sebagai terapi juga membeli ini. Boleh lupakan seketika kesedihan yang dialami. Aku tak boleh bayangkan lagi bila di pagi raya nanti. Aku tak sanggup untuk melaluinya. huhuhuhu.

Pengajaran daripada kisah aku ini - hargailah ayah dan ibu selagi mereka ada. Kita tidak tahu bila maut menjemput. Tanpa tinggalkan pesan apa-apa, mereka boleh pergi jua. Itu semua sudah ditentukan-Nya. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Aku masih tercari-cari apa sebenarnya hikmah yang tersembunyi itu. Bukan untuk menidakkan takdir. Jauh lagi untuk meragui. Tetapi, sebagai seorang hamba yang penuh dengan kekhilafan, aku pasti akan terfikir-fikir jua. Maafkan aku Ya Allah!
Olá! Se você ainda não assinou, assine nosso RSS feed e receba nossas atualizações por email, ou siga nos no Twitter.
Nome: Email:

2 comments:

NajLa ShuHuD said... at Wednesday, September 8, 2010 at 3:30:00 PM GMT+8

Sayunye aku baca.. Mmg ada hikmahnye bila Allah bg dugaan kat hambaNya.. Mungkiin ko tak nampak lagi sekarang, atau mungkin juga hikmahnye ko makin terasa dekat ng Allah..

Walau apapun, doa semoga Allah kuatkan semangat untuk harungi dugaan.. Aku doakan ko kuat Diba.. Amin.

Nur Adibah Md Azman said... at Wednesday, September 8, 2010 at 9:27:00 PM GMT+8

La, tq byk2. Hmm..entahle. Makin nk ry ni, mkn le ak ingat. Sedih oo..Sobsob. Insya Allah, ak semakin bertabah. hohoho.