August 21, 2010

Pertama Kali Berpuasa Tanpa Ayah

Hai semua..Rasanya dah lama saya tak menulis di blog ini. Minta maaf sgt2. Saya kesuntukan masa. Seharian di sekolah. Ditambah lagi dengan misi yang belum tercapai. Maka, hari-hari saya yang begitu sibuk. Rabu ini merupakan penentuannya sama ada berjaya atau sebaliknya misi saya itu. Harap-harap berjayalah. Mudahlah bagi saya untuk meneruskan misi seterusnya. HE HE HE. Misi apa?Rahsia!Kalau sudah berjaya, saya beritau pada entry yang akan datang ya.

Oh ya. Berbalik pada tajuk entry saya pada hari ini. Ya. Ini merupakan pertama kalinya dalam hidup saya berpuasa tanpa ayah di sisi dalam erti kata yang sebenarnya. Seperti yang semua sedia maklum, ayah telah pergi menghadap Illahi pada bulan April yang lalu. Maka, ini merupakan pertama kalinya kami sekeluarga berpuasa tanpa ayah.

Kalau diikutkan sudah lama saya tidak menyambut puasa di rumah. Sejak saya di asrama lagi. Saya masih ingat semasa saya di Tingkatan 5. Itulah buat julung kalinya saya menyambut puasa bukan di rumah bersama keluarga. Selepas itu, saya menyambut puasa di Matric selama 2 tahun, 4 tahun di universiti, dan tahun lepas di STC. Maka, pada tahun ini, bagai sirih pulang ke gagang di mana saya menyambut puasa di rumah setelah 8 tahun tidak berkesempatan berbuat sedemikian. Tapi, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan semuanya. Sudah tersurat, pada tahun ini, saya berpeluang menyambut puasa di rumah tetapi ayah pula yang sudah tiada. Sedih?Itu sudah tentu. Siapa yang tidak sedih?Ramadhan kali ini seperti tiada sinarnya. Sirna sudah. Semasa sahur, seperti ada yang kurang. Semasa berbuka, lagilah. Saya cuba kuatkan hati supaya tidak nampak sedih di mata ahli keluarga yang lain terutamanya ibu. Saya harus kuat!Kesedihan itu hanya dapat ditunjukkan apabila saya berdoa, bersolat dan mengaji. Kadang-kadang saya akan menangis semasa bersolat. Teringatkan ayah. Saya masih ingat lagi semasa malam pertama menyambut Terawih. Alhamdulillah. Saya diberi kesempatan untuk bersolat Terawih di surau. Entah kenapa. Tiba-tiba sahaja hati saya sayu kerana terkenangkan ayah. Jika ayah ada, mungkin ayah juga akan bersama-sama berterawih di surau. Saya pasti akan terdengar gelak ayah bersama jemaah yang lain tatkala usai bersolat. Saya juga pasti akan terdengar suara ayah yang kadang-kadang akan iqamat sebelum memulakan solat. Tapi, itu hanya kenangan. Saya tidak patut meratap hiba pemergian ayah. Ayah pasti sedih di sana. Tapi, mana mungkin saya boleh menipu diri saya sendiri. Tidak. Sebagai seorang anak, apa yang boleh saya lakukan hanyalah berdoa semoga ayah aman di sana. Setiap amal ibadah yang saya lakukan, pasti saya berniat untuk ayah. Itu sahaja yang mampu saya bagi untuk ayah. Ayah, moga ayah aman di sana. Amin.
Olá! Se você ainda não assinou, assine nosso RSS feed e receba nossas atualizações por email, ou siga nos no Twitter.
Nome: Email:

6 comments:

Cik Specky said... at Saturday, August 21, 2010 at 10:10:00 PM GMT+8

haishhh! haishhh! meleleh air mata aku baca entry ko! sob3x..

weyh, hehe~ aku tau misi ape.. ngee~ goodluck!! nnt leh merempit macam schumacer.. ngee~

Nur Adibah Md Azman said... at Sunday, August 22, 2010 at 12:03:00 PM GMT+8

Una, jgn le sedih2 ye. hohohoho...Hidup mesti deiteruskan.

Alamak!Ko tau ke misi ape?Weh, doakan ak. Kalu berjaya, ari Khamis tu tros nk g kedai ******. kiki.

Cik Specky said... at Tuesday, August 24, 2010 at 12:30:00 AM GMT+8

wah! wah! mantoppp!

InsyaAllah~ pegi cpt2.. nnt boleh hon hon hon di pagi raya.. haha

Nur Adibah Md Azman said... at Tuesday, August 24, 2010 at 7:03:00 PM GMT+8

Hehehe. Plan je tu. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. hehe.

Emalin Aisyah said... at Monday, August 30, 2010 at 9:18:00 PM GMT+8

sabar ye diba...doakan arwah selalu tiap2 masa...

Nur Adibah Md Azman said... at Tuesday, August 31, 2010 at 10:30:00 PM GMT+8

Malin, thanx...Insya Allah.