June 7, 2013

Jalan-jalan ke USS

Cuti sekolah kembali lagi!Yeehaa!Memandangkan 2 kali cuti sekolah (Cuti Hari Raya Cina dan Cuti bulan 3) tak ke mana-mana. Maka, untuk cuti kali ini, kami telah merancang untuk pergi berjalan-jalan (walaupun duit yang ada ngam-ngam aje). Setelah berbincang-bincang, maka, kami telah bersepakat untuk pergi ke Universal Studio Singapore (USS) :) Ini merupakan lawatan kali kedua saya ke sana. Saya telah pergi ke sana pada tahun 2010. Maka, ada beberapa penambahan permainan di sana. Contohnya, Transformers!Perasaan teruja mengatasi segala-galanya. Yelah, nak pergi berjalan-jalan kan?Bolehlah menghilangkan tekanan.

Kami telah bersepakat untuk pergi pada Rabu, 29 Jun 2013 (minggu pertama cuti sekolah). Kami telah memilih untuk pergi di bawah pakej yang berharga RM 190 seorang. Pakej ini termasuklah perjalanan menaiki bas Sri Putri - USS - Sri Putri, tiket masuk ke USS, set snack dan lunch dan retail voucher SGD 5. Oklah tu kan. So, ke sana bawa diri aje. hehe.

Saya dan Zura telah pergi ke JB pada hari Selasa dengan menaiki bas. Malas nak drive sebab kepenatan pergi pulau pun tak hilang lagi. hehe. Bermalam di rumah Sya di Pekan Nanas, Pontian. Kami telah menukar wang sebanyak SGD 20 dan membeli jajan untuk dibuat bekal di sana. Siap buat sandwich lagi tu :P  Punyalah nak jimat kan?hehe.

Seawal jam 5.30 pagi, kami telah bangun. Siapkan sandwich dan bersiap-siap untuk ke Sri Putri. Jam 7.30 pagi, kami telah tiba di Sri Putri. Kami terus menunggu Farid (PIC untuk ke USS) di stesen bas Sri Putri. Kami telah diberi sedikit penerangan daripada Farid dan diminta mengisi "White Card". Kad tersebut akan diserahkan di Imigresen Singapura nanti.

Jam 8.30 pagi, kami bergerak ke USS. Yeehaaa!Seronok tidak terkata. Bas tersebut berhenti sebentar di JB Sentral untuk mengambil penumpang lagi dan terus ke Imigresen Malaysia dan Singapura. Jam 11 pagi baru kami tiba di USS.

Tempat Wajib Ambil Gambar :)

Rasa macam tak percaya je dapat datang lagi ke sini. Hehehe. Cuaca mendung dan tidak panas. Kami terus pergi ke tempat permainan. Untuk pengetahuan semua, USS terbahagi kepada beberapa stesen iaitu Hollywood, Madagascar, Far Far Away, The Lost World, Ancient Egypt, Sci-Fi City dan New York. Terdapat pelbagai permainan, pertunjukan dan juga karakter-karakter kartun yang ada di setiap stesen. 

Kami terus ke Far Far Away terlebih dahulu untuk menyaksikan tayangan Shrek 4-D Adventure. Pengunjung yang tak berapa ramai memudahkan pergerakan kami kerana tidak perlu beratur lama. Seperti yang dijangkakan, tayangan Shrek 4-D memang tidak menghampakan!Sangat puas hati! Seterusnya, kami pergi ke Madagascar untuk menaiki bot. Kemudian, kami terus makan tengah hari di Marty's Casa Del Wild  Food Court yang terletak di Madagascar (menurut Farid, di sini sahaja makanan yang halal).Kami menggunakan kupon yang ada. Kami telah mendapat nasi, lauk kacang panjang goreng dan ayam bakar/rendang daging. Air tidak disediakan tetapi kami boleh mendapatkan air mineral daripada kupon snack set (air mineral botol kecil dan twisties kecil). Untuk mereka yang suka makan nasi berkuah, saya cadangkan anda mengambil rendang daging. Jika anda mengambil ayam bakar, nasi tidak berkuah. Rasa kurang selera untuk makan. hehe. 

Di Madagascar
Setelah makan, kami terus menyaksikan Donkey Live di Madagascar. Agak bosan. Tak payah pergi pun takpe. Ahahaha. Nyanyi-nyanyi dengan Donkey. Kwang kwang. Kemudian, kami pergi ke The Lost World. Kami terus beratur untuk bermain Jurassic Park Rapids Adventure. Sangat seronok!Seluar habis basah sebab kena air walaupun sudah memakai baju hujan. Yang penting, puas hati! Kemudian, kami terus ke Ancient Egypt. Ahahaha. Yang ini paling best sebab walaupun saya takut dengan roller coaster tapi Revenge of The Mummy memang saya nak naik lagi!Walaupun kecut perut, tapi, masih ada hati nak naik. Sya, Pak Li, Zura, Zu dan Kak Ti - semuanya naik. Macam biasa, saya tutup muka sahaja masa naik benda ini. hahaha. Kak Ti terus tak bersuara. Diam aje.

Di Far Far Away. Bersama-sama Pinochio
Kemudian, kami solat Jamak Takdim di surau. Untuk pengetahuan anda semua, surau disediakan. Surau tersebut terletak antara Ancient Egypt dan Sci-Fi City - agak tersorok. Maka, kena tanya pekerja di situ di mana letaknya surau. Pada 2010, surau tiada lagi disediakan. Pada waktu itu, kami solat di pejabat.

Setelah solat, kami meneruskan permainan. Kami terus ke Sci-Fi City untuk bermain Transformers The Ride : The Ultimate 3D Battle. Yang ini, wajib naik. Sangat seronok dan puas hati!!!!Rasa nak naik lagi tetapi memandangkan kena beratur lama, kami tak jadi untuk naik lagi. Korang akan rasa Megatron dan Optimus Prime betul-betul di depan mata. Memang dah tak ingat dunia kami menjerit. Sampai hilang suara. Saya tak rasa ini 3 D tetapi lebih kepada 4 D sebab saya rasa ada air dan bahang api semasa menaiki  permainan ini. 

Bersama-sama Pakwe-Optimus Prime Saya. Ahahaha. Di Sci-Fi City

Kemudian, kami patah balik ke The Lost World untuk menyaksikan pertunjukan Waterworld. Yang ini pun seronok. Dapat tengok live pelakon-pelakon melakukan aksi-aksi berbahaya dibantu dengan kesan bunyi seperti dalam filem aksi. Sangat menyeronokkan!Seterusnya, kami pergi ke New York untuk menyaksikan Lights, Camera, Action!Hosted by Steven Spielberg. Di sini, kami dapat melihat bagaimana mereka boleh melakukan pertunjukan ribut seperti dalam filem dengan hanya dilakukan di dalam studio. Kami dapat melihat api memenuhi air, kapal besar, bangunan runtuh dan pelbagai lagi. Jika pertunjukan ini diberi masa yang lebih lama, pasti lebih menyeronokkan.

Pertunjukan Waterworld




Zura, Sya dan Pak Li bersama-sama Para Pelakon
Seterusnya, kami pergi menaiki Sesame Street Spaghetti Space Chase. Walaupun permainan ini lebih untuk kanak-kanak, tetapi, menyeronokkan juga bagi kami yang telah dewasa. haha. Saya rasa seperti berada di angkasa lepas. Sangat seronok!!Akhir sekali, kami pergi menyaksikan pertunjukan The Rockafellas. Ala-ala pertunjukan muzikal. Untuk 10 minit pertama, saya seronok menyaksikannya. Tetapi, kemudian, saya sudah bosan dan boleh terlelap. Muahahahaha. 

Bersama-sama Big Bird
Bersama-sama Abby Cadabby
Bersama-sama Karakter dalam Sesame Street (dari kiri) - Cookie Moonster, Big Bird & Oscar The Grouch
Di Hadapan Spagheti Space Chase
Jam 7.00 petang, USS tutup. Kami sempat membeli sedikit cenderamata untu diri sendiri dan rakan-rakan. Kami lepak-lepak di luar USS hinggalah jam 9.00 malam. 9.30 malam, kami pulang dengan menaiki bas. Semuanya sudah kepenatan tetapi puas hati. Ada rezeki, kami datang lagi. Yang penting, kami akan naik lagi Transformers tu. Ahahahahaha. Terima kasih kepada semua rakan yang menyertai aktiviti jalan-jalan kali ini. Jangan lupa perancangan kita untuk tahun 2014 dan 2015 :))


Di Walk of Fame - Elton John

Tempat Wajib Ambil Gambar - Di Waktu Malam


 Till then,

XOXO
Olá! Se você ainda não assinou, assine nosso RSS feed e receba nossas atualizações por email, ou siga nos no Twitter.
Nome: Email:

4 comments:

zue said... at Friday, June 7, 2013 at 3:10:00 PM GMT+8

sy bg awak A utk karangan awak ni...usaha lg...muahaha...thn depan beijing, weyh...cuti bln 5...klu posting betul2 bln 9 ni...boleh kumpul duit...huhu

Nur Adibah Md Azman said... at Friday, June 7, 2013 at 4:00:00 PM GMT+8

Baik cikgu zu.haha.Thn dpn ktorg nk g umrah.Target RM7k.Bole msk Istanbul skali.Jomla weh.

Anonymous said... at Wednesday, April 16, 2014 at 10:24:00 AM GMT+8

Blh sy dptkn no tel u pakej uss..

Nur Adibah Md Azman said... at Tuesday, May 20, 2014 at 9:03:00 PM GMT+8

Farid - 010-90103701529