April 26, 2010

AYAH

YANG KU KENALI

Ayah. A-Y-A-H. Kali pertama Along dilahirkan di dunia ini dengan kehadiran ayah di sisi. Tanggal 15 September 1985. Along sangat bangga menjadi anak ayah. Selang dua tahun umur Along, Along mendapat adik baru. Selepas itu, lahirlah lagi adik-adik Along yang lain. Masa kecil, Along rasa ramai sangat adik Along. Kadang-kadang bosan juga. Macam-macam ragam. Ada yang nakal tak mahu ke sekolah, ada yang kuat makan, ada yang kuat menangis, ada yang penakut, ada yang suka mainan, dan macam-macam ragam lagi. Tapi, Along tengok, ayah sangat sabar melayan kerenah kami adik-beradik. Sejak kecil hinggalah kami semakin membesar. Bukan sahaja dari segi fizikal malahan umur juga semakin meningkat. Daripada Along yang sering digelar 'Ketot' sampailah Along yang sudah habis belajar di universiti. Adik-adik yang lain pun ada yang sedang belajar di universiti. Alhamdulillah. Semuanya berkat doa dan sokongan ayah dan ibu yang tidak pernah berbelah bahagi untuk kami semua. Along susah nak tengok ayah marah. Kalau ayah tak puas hati, ayah selalu diam sahaja. Ayah tak pernah tinggikan suara pada kami. Apa lagi ibu. Along sangat kagum dengan ayah. Bukan senang nak dapat ayah macam ayah Along. Along bangga menjadi anak ayah. Pelbagai kenangan bersama ayah yang tak mungkin dapat Along lupakan begitu sahaja. Sejak Along kanak-kanak hinggalah sekarang. Macam-macam. Kalau nak diceritakan satu-persatu, memang tersangat banyak. Selama tidak sampai lagi 25 tahun Along hidup bersama ayah, ayah sudah ciptakan bermacam-macam kenangan yang tidak mungkin Along lupakan begitu sahaja. Tidak mungkin, ayah.
Olá! Se você ainda não assinou, assine nosso RSS feed e receba nossas atualizações por email, ou siga nos no Twitter.
Nome: Email:

6 comments:

Aqilah Suhaizam said... at Wednesday, May 26, 2010 at 5:12:00 PM GMT+8

Sedihnya ;(

Nur Adibah said... at Thursday, May 27, 2010 at 11:43:00 AM GMT+8

Mesti nangis kan..hoho.

Aqilah Suhaizam said... at Thursday, May 27, 2010 at 5:44:00 PM GMT+8

Haha tak adelah smpai nangis , bak kata orang , pilu pilu

Nur Adibah said... at Monday, May 31, 2010 at 9:59:00 PM GMT+8

Pilu..Ceh!

HangLiJo said... at Friday, June 11, 2010 at 9:35:00 PM GMT+8

huhu~ aku menangis! tapi aku bangga ngan ko dib!! sangat bangga!!!!

Nur Adibah said... at Sunday, June 13, 2010 at 7:21:00 PM GMT+8

TQ Una!!Nasihat aku, hargailah ibu dan ayah ko selagi mereka bernyawa. Terimalah mereka seadanya kerana mereka berusaha utk jadi yang terbaik buat anak2 mereka. Kita akan rasa kehilangan mereka bila mereka sudah tiada.