January 16, 2010

Guru O Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
(paling ingat bahagian ini sebab pernah buat mural kat sekolah dulu)

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979
Olá! Se você ainda não assinou, assine nosso RSS feed e receba nossas atualizações por email, ou siga nos no Twitter.
Nome: Email:

5 comments:

Girl said... at Sunday, January 17, 2010 at 12:09:00 AM GMT+8

kalau ayahanda kabashi tau ko jd cikgu nih, mst dia bangga weyh!

Nur Adibah Md Azman said... at Sunday, January 17, 2010 at 11:35:00 AM GMT+8

Una,yok2 o la tu..Mesti die ty, nape x jd engineer?Hoho..At least, nape x jd lecturer?Hoho..

Aqilah Suhaizam said... at Sunday, January 17, 2010 at 11:54:00 AM GMT+8

alaa same jeh dgn fb.haha.

Muhammad Wafiq said... at Sunday, January 17, 2010 at 4:12:00 PM GMT+8

hai ustazah kaklong

Nur Adibah Md Azman said... at Monday, January 18, 2010 at 4:51:00 PM GMT+8

-Qila, yela..X sume ade FB Kak Long..
-Wafiq, da x jd ustazah le..