June 28, 2010

Kata Ganti Nama Diri Pertama

Salam,

Memandangkan blog ini dibaca oleh semua lingkungan umur, eloklah kiranya saya menukar kata ganti diri pertama dalam entry saya daripada 'aku' kepada 'saya'. Harap maklum. Nantikan cerita yang akan datang =)
June 22, 2010

Ke Makam Ayahanda


Seperti yang sudah sedia maklum, ayahanda tersayang telah pergi menyahut seruan Illahi pada tanggal 7/4/2010, Rabu. Pemergian yang sungguh tak terduga oleh kami anak-beranak. Masih terngiang-ngiang suara ayah berbual denganku. Syukur Alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk bersama-sama dengan ayah walaupun tak sampai empat bulan. Sebelum ini aku jarang berada di rumah kerana menuntut ilmu di KL. Usai PMR, aku sudah meninggalkan rumah untuk tinggal di asrama. Sejak itu, aku semakin jarang bersama dengan ayah. Allah beri kesempatan kepada aku untuk bermanja buat seketika dengan ayah. Terima kasih. Semuanya yang terjadi ada hikmahnya. Kalau ikutkan, aku sudah menerima tawaran untuk bekerja di salah sebuah syarikat korporat di KL. Atas sebab-sebab tertentu, aku menolaknya dan ingin pulang ke kampung untuk berbakti di kampung halaman sendiri. Pada mulanya ayah membantah dengan keputusan aku tetapi aku tetap berkeras hati. Betullah kata ibu. Along sempat bermanja dengan ayah. Kalau masih di KL, memang aku tidak berkesempatan untuk bermanja dengan ayah. Semua itu ada hikmahnya kan?Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan. Sebenarnya hingga sekarang aku masih terkilan dan ralat kerana tidak sempat untuk belanja ayah apa-apa dengan duit gaji aku. Sehari sebelum ayah meninggal, aku ada tanya, "Ayah da beli ke spec?"Tapi, ayah hanya diam dan mengatakan "Belum". Aku memang berniat untuk menghadiahkan ayah spec mata sempena birthdaynya. Ayah pernah menyatakan hasrat untuk memiliki spec mata seperti Afdlin Shauki. Tapi, apakan dayaku. Ayah tidak sempat untuk berasa spec baru pemberianku. Huhu. Aku sangat terkilan.


Semenjak pemergian ayah, kami sekeluarga tidak pernah putus untuk ke kuburnya pada setiap minggu. Seperti ada sesuatu yang tidak kena bila kami tidak mengunjungi pusaranya. Masa mula2 ketiadaan ayah, air mataku ini tidak boleh ditahan-tahan daripada gugur membasahi pipi. Hilang segala malu aku di hadapan keluarga. Samalah juga dengan adik-adikku yang lain. Semuanya menangisi pemergian ayah. Tapi, lama-kelamaan kami semakin akur dengan ketentuan-Nya. Yang pergi takkan kembali lagi. Itu sudah tertulis. Gambar di atas merupakan pusara ayah yang asal. Belum dipasang kepok. Batu nisan pun batu nisan pinjam tetapi minggu lepas lengkaplah pemasangan kepok dan batu nisan ayah. Siap ada kerusi kecil lagi. Aku turut menyumbang serba-sedikit untuk pembelian kepok kerana aku tidak sempat untuk belanja ayah apa-apa. Itu sahajalah yang aku mampu. Semoga ayah aman di sana. Berehatlah ayah. Along akan sentiasa merindui dan mengingatimu. Ayah, jangan lupakan kami di dunia ini. Yang pastinya, Along rindu untuk mencium tangan ayah. Al-Fatihah buat ayah.

Aku & Along


Aku dan Along. Saja2 buat entry ini. Hanya untuk bertanya kepada rakan-rakan, adakah muka aku sama dengan Along seperti gambar di atas?Along itu adalah seekor kucing jantan yang ada di rumah aku. Along inilah salah seekor penyumbang terbesar kepada bau-bauan 'harum' di rumah aku. Juga penyumbang terbesar kepada keturunan-keturunan kucing yang lain. Along ini diharamkan sama sekali memasuki rumah kami. Jika Along ini terlepas masuk ke rumah, seisi rumah akan berteriak memanggil nama Along. Sebab apa?Sebab Along ini akan meninggalkan bau-bauan yang sangat 'harum'di dalam rumah. Hoho. Berbalik kepada persoalan utama. Kenapa aku bertanya sedemikian rupa kepada kalian?Ini kerana ada rakan-rakanku ada yang mengatakan mukaku persis muka Along. Nak dijadikan cerita aku juga dikenali sebagai Along di rumah. huhu. Adik aku sering mengatakan Along ini kucing aku. Pantang Along kencing, mulalah mereka akan mengatakan,"Tengoklah kucing siapa. Sama dengan tuan dia". Siot aje. Salah seorang kawanku mengatakan dia rindu dengan Along ini. Along sama dengan mukaku. Hoho. Adakah benar?Kawan-kawan, sila berikan komen anda. Tidak sabar untuk menerima maklum balas daripada kalian semua. Heeee........
June 21, 2010

Green Light

Jeng jeng..Aku dah dapat green light daripada ibu aku untuk membina masjid. Siap dah bagi tarikh tu. Sama ada bulan 12 akhir tahun ini atau bulan 3 tahun depan. Sila pilih. Haha. Masalahnya aku nak kahwin dengan siapa?Masih menjadi tanda tanya. Siapakah?Aku kena buat misi Mencari Cinta. Ibu aku kena buat misi Mencari Menantu. Hohoho..
June 19, 2010

Berjaya

Aku gembira. Aku telah berjaya membuat kek batik dan coklat. Sungguh tak ku sangka. Percubaan pertamaku berjaya. Hehe. Lain kali aku buat lagi. Hehe.