June 19, 2010

Berjaya

Aku gembira. Aku telah berjaya membuat kek batik dan coklat. Sungguh tak ku sangka. Percubaan pertamaku berjaya. Hehe. Lain kali aku buat lagi. Hehe.
June 16, 2010

PadaMu Kubersujud by Afgan



Lagu best. Aku sangat suka. Suka pada Afgan juga =)

June 15, 2010

Impian



Wah, tiba-tiba nak tulis entry fasal ini pula. Entahla kenapa. Tapi, rasanya aku sangat teringin untuk ke sana. Nak berdoa banyak-banyak depan Kaabah, Jabal Rahmah, dan banyak lagi. Sudah pergi ke Tabung Haji semalam. Ingatkan dapatlah daftar haji. Tapi, ada syarat-syaratnya.

(1)Duit simpanan kena RM 1305.00 (kalau salah, maafkan aku. Tiba-tiba lupa pula)
(2)Kena sampai RM 10, 000. Baru dapat pergi haji
(3)Sudah ada membuka akaun Tabung Haji


Apabila sudah mendaftar, lagi 23 tahun nama kita akan naik untuk pergi haji. Tapi, ibu cakap, kalau duit simpanan sudah mencukupi RM 10, 000, boleh buat rayuan. Kalau ada kekosongan, akan dapat. Bermula dari sekarang, aku sudah menanam azam untuk menabung di Tabung Haji. Mari kawan-kawan. Heee...Sikit-sikit lama menjadi bukit. Menabunglah dari sekarang untuk menjamin masa hadapan. Mana tahu kita boleh menjadi tetamu Allah masa umur muda ini. Insya Allah.

Am I Jealous?

Tiba-tiba terkeluar pula idea nak tulis entry ini. Sebenarnya, tgh bosan-bosan duduk dkt rumah menghabiskan sisa-sisa cuti persekolahan. Nak pergi belajar kereta tapi tiada siapa yang nak hantar. Memandangkan ibu pergi ke JB teman Mak Ngah 'operate'. Justeru, memang tiadalah lagi yang sudi untuk menghantarku (skemanya ayat!!!Haha).

Kadang-kadang perasaan 'jealous' itu datang. Bukan saja-saja. Tapi betul. 'Jealous' tengok kawan-kawan yang sudah berjaya mendapat kerja yang digemari dan diidamkan, 'jealous' tengok kawan-kawan sudah berkahwin dan bertunang, dan bermcam-macam 'jealous' lagila. Hmmm........Tak patut betul. Tapi, ada bagusnya juga perasaan itu hadir. Sekurang-kurangnya aku boleh berusaha untuk mendapat yang lebih baik untuk diri.

Sekarang ini aku masih menjadi guru sandaran di sekolah tempat tinggalku. Kalau diikutkan bulan, tidak sampai enam bulan lagi aku berkhidmat di sekolah tersebut memandangkan kontrakku sebagai guru sandaran hanya untuk setahun. Selepas itu, aku tidak tahu apakah nasibku. Hanya berserah pada takdir. Buat masa sekarang, aku tiada hati lagi untuk mencari kerja lain memandangkan aku perlu menemani ibu dan Aqil di rumah semenjak ketiadaan ayah. Aku harus kuat dan tabah. Ada juga mengintai-intai peluang untuk sambung belajar dan memohon DPLI & KPLI tetapi semuanya hampa. Aku lagilah terasa-rasa hampanya. Apakan dayaku. Belum rezekiku lagi. Aku pun tidak tahu sampai bila aku perlu kerja kontrak. Aku mahu mendapat kerja tetap. Lagi terjamin masa depan aku. Kerja kontrak ini hanya sementara. Bila-bila masa sahaja aku boleh diberhentikan sekiranya guru telah mencukupi di sekolah tersebut. Tetapi, buat masa ini tidak lagi kedengaran ura-ura yang mengatakan guru telah mencukupi. Makin ditambah subjek yang perlu diajarkan ada la. Isk2. Entahlah. Aku pening. Naik cuti ini aku kena mengajar subjek Sejarah pula. Aku tidaklah minat sangat subjek tersebut. Hendak mengajar apatah lagi. Bukan senang untuk memupuk minat pelajar-pelajar untuk meminati Sejarah. Nantilah aku fikirkan.

Sekarang ini juga, musim kawan-kawan berkahwin dan bertunang. Hmm...Memang sudah jodoh mereka. Takkan aku hendak menghalang. Aku hanya mendoakan dari jauh supaya jodoh mereka berkekalan hingga ke akhir hayat. Aku?Ramai juga yang bertanyakan hal aku. Nak buat bagaimana?Jodoh itu tidak ada lagi. Aku tidak tahu siapa jodoh aku. Itu semua kuasa Allah. Ibu selalu bertanya. Ibu selalu cakap aku jual mahal. Jual mahal yang bagaimana?Orangnya pun aku tidak nampak batang hidung. Bagaimana aku mahu jual mahal?Memilih sangat?Nak pilih mcmana kalau yang nak dipilih pun tiada. Nasib-nasib. Takpela. Aku sentiasa berdoa semoga aku ditemukan dengan orang yang betul-betul sesuai dengan aku. Insya Allah. Allah Maha Mendengar dan Mengasihi hamba-hamba-Nya. Kawan-kawan doakan aku ya.

Okaylah itu saja. Malas nak taip lagi. Jumpa lain kali.

p/s : Saje-saje je buat ayat skema memandangkan aku cikgu BM kat sek. Kalu bdk2 bc ayat2 tunggang-langgang aku, x elok plak. hehe.
May 18, 2010

Selamat Hari Guru

Belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru terutamanya guru-guru yang telah mendidik dan mengajar saya sejak kecil hinggalah berjaya ke menara gading. Antara guru-guru yang tidak mungkin dapat dilupakan ialah Teacher Siti, Cikgu Safina, Cikgu Maznah, Cikgu Mahazir, Sir Nik, Teacher Faridah, Ustazah Salina dan ramai lagi. Terima kasih banyak-banyak. Sekarang ini saya pula yang dapat rasa sambutan hari guru. Sangat seronok. Dihargai oleh murid-murid. Dah macam Hari Raya pula. hehe.