January 24, 2016

Kadang-kadang






Kadang-kadang,
Hati ini perlu ada rasa.
Entah kenapa?
Sukar untuk dijawab,
Terlalu kompleks.

Kadang-kadang,
Hati ini perlu ada baja.
Supaya mekar subur.
Bukan semakin kontang.

Kadang-kadang,
Hati ini perlu dijaga.
Bukan dibiar luka.

Kadang-kadang,
Hati ini terguris jua.
Penat dibaja.
Penat dijaga.
Terguris jua.
Oleh hati-hati,
Yang tak pandai menilai,
Mana kaca mana permata.

Jagalah hati.
Jangan terguris lagi.
June 29, 2014

Pertama Kali ke Kapit, Sarawak

Tanggal 13 Januari 2014, Isnin, keputusan penempatan telah keluar. Dup dap dup dap. Memang tak boleh hendak kata apalah. Majoriti kawan-kawan yang bujang dihantar ke Borneo. Okay, dalam hati sudah redha kalau ditakdirkan akan ditempatkan di sana. Positif! Esok paginya, 14 Januari 2014, Selasa, dengan hati yang redha, saya telah menyemak penempatan dan jawapannya ialah............









SARAWAK









Tak terkata. I'm speechless. Really. Speechless. Yes, I am. Positif!Di manapun kita ditempatkan, itu semua sudah ketentuan-Nya. Kita hanya mampu merancang tetapi Dia yang menentukan. 

Maka, bermulalah episod menyediakan semua dokumen yang diperlukan, menyiapkan pasport dan Dokumen Perjalanan Terhad (DPT), kemas barang-barang dan sebagainya kerana 20 Januari 2014, Isnin, saya akan mendaftar di Hotel Nouvelle, Kuala Lumpur. Cepatnya!Tak tertangan rasanya.

20 Januari 2014, Isnin - Mendaftar di Hotel Nouvelle. Mak oi!Masing-masing bawa beg, besarnya. Macam nak bermastautin di sana sahaja terus. kekekeke. Harap-harap beg tidak lebih muatan. Pengsan nak membayar nanti. Haish. Dapat sebilik dengan adik junior sekolah merangkap adik dorm masa di sekolah merangkap rakan sekelas di UPSI - Noo. hehe. Macam-macam taklimat didengarnya. Tengok di buku, saya dapat Zon 3. Tidak tahulah di bahagian mana. Harap-harap dapatlah Bintulu, Miri atau Kuching. Jangan di tempat lain sudahlah ye. Pada sebelah malam, keluar jalan-jalan di Alamanda, Putrajaya dengan Nadiah (roommate masa matric aka classmate di U) dan Kak Iffah (senior matric & U). Borak-borak, jalan-jalan dan tentulah memborong Gardenia. haha.

21 Januari 2014, Selasa - Hari ini dari pagi sampai petang, asyik mendengar taklimat. Pada sebelah petang, barulah tahu sekolah mana saya ditempatkan. Jeng jeng jeng. Zon 3 ialah PPD Kapit. Punyalah confident dapat Bintulu. Terdiam sekejap. Down. Tak pernah dengar tempat nama Kapit. Serius. Apabila buka surat penempatan, saya telah ditempatkan di SMK Kapit No. 2. Terus google nama sekolah. Okay. Sekolah besar dan cantik. Sekolah baru ini. Positif. Apabila dengar kena naik bot, down balik. Adoi!Sabarlah hati.

22 Januari 2014, Rabu - Bergerak ke KLIA pada jam 11 pagi. Ibu dan adik-adik sudah tunggu di sana. Check-in. Makan KFC. Terus berlepas ke Kuching. Nasib baik beg ngam-ngam 30 kg. Fuh!Selepas sampai Kuching, gerak ke Sibu pula. Pertama kali sampai Sibu. Sebelum ini pernah sampai Kuching sahaja. Sampai Sibu, GPK 1 sudah tunggu kami untuk dibawa ke hotel memandangkan kami sampai sudah Maghrib. Bermalam di King Wood Hotel.

23 Januari 2014, Khamis - 9.30 pagi, gerak ke Kapit dengan menaiki bot ekspres. Pengalaman pertama kali. Fuh!!!!!!!Ambik ko. Nak sangat adventurekan. Suka sangat masuk hutan, pergi taman negara. Ha, kan dah dapat sana. Bak kata ibu. Okay. Sekian. 3 jam dalam bot memang menyebabkan saya tidur sampai tak tahu nak buat apa. 

Di Hadapan Bot Ekspres


24 Januari 2014, Jumaat - Mendaftar diri di sekolah. Suasana baru. Sekolah baru. Cikgu baru. Pelajar baru. Sangat berbeza dengan sekolah-sekolah sebelum ini. Harap dipermudah perjalanan hidup di sini. Amin.



Till then,

XOXO


June 7, 2013

Jalan-jalan ke USS

Cuti sekolah kembali lagi!Yeehaa!Memandangkan 2 kali cuti sekolah (Cuti Hari Raya Cina dan Cuti bulan 3) tak ke mana-mana. Maka, untuk cuti kali ini, kami telah merancang untuk pergi berjalan-jalan (walaupun duit yang ada ngam-ngam aje). Setelah berbincang-bincang, maka, kami telah bersepakat untuk pergi ke Universal Studio Singapore (USS) :) Ini merupakan lawatan kali kedua saya ke sana. Saya telah pergi ke sana pada tahun 2010. Maka, ada beberapa penambahan permainan di sana. Contohnya, Transformers!Perasaan teruja mengatasi segala-galanya. Yelah, nak pergi berjalan-jalan kan?Bolehlah menghilangkan tekanan.

Kami telah bersepakat untuk pergi pada Rabu, 29 Jun 2013 (minggu pertama cuti sekolah). Kami telah memilih untuk pergi di bawah pakej yang berharga RM 190 seorang. Pakej ini termasuklah perjalanan menaiki bas Sri Putri - USS - Sri Putri, tiket masuk ke USS, set snack dan lunch dan retail voucher SGD 5. Oklah tu kan. So, ke sana bawa diri aje. hehe.

Saya dan Zura telah pergi ke JB pada hari Selasa dengan menaiki bas. Malas nak drive sebab kepenatan pergi pulau pun tak hilang lagi. hehe. Bermalam di rumah Sya di Pekan Nanas, Pontian. Kami telah menukar wang sebanyak SGD 20 dan membeli jajan untuk dibuat bekal di sana. Siap buat sandwich lagi tu :P  Punyalah nak jimat kan?hehe.

Seawal jam 5.30 pagi, kami telah bangun. Siapkan sandwich dan bersiap-siap untuk ke Sri Putri. Jam 7.30 pagi, kami telah tiba di Sri Putri. Kami terus menunggu Farid (PIC untuk ke USS) di stesen bas Sri Putri. Kami telah diberi sedikit penerangan daripada Farid dan diminta mengisi "White Card". Kad tersebut akan diserahkan di Imigresen Singapura nanti.

Jam 8.30 pagi, kami bergerak ke USS. Yeehaaa!Seronok tidak terkata. Bas tersebut berhenti sebentar di JB Sentral untuk mengambil penumpang lagi dan terus ke Imigresen Malaysia dan Singapura. Jam 11 pagi baru kami tiba di USS.

Tempat Wajib Ambil Gambar :)

Rasa macam tak percaya je dapat datang lagi ke sini. Hehehe. Cuaca mendung dan tidak panas. Kami terus pergi ke tempat permainan. Untuk pengetahuan semua, USS terbahagi kepada beberapa stesen iaitu Hollywood, Madagascar, Far Far Away, The Lost World, Ancient Egypt, Sci-Fi City dan New York. Terdapat pelbagai permainan, pertunjukan dan juga karakter-karakter kartun yang ada di setiap stesen. 

Kami terus ke Far Far Away terlebih dahulu untuk menyaksikan tayangan Shrek 4-D Adventure. Pengunjung yang tak berapa ramai memudahkan pergerakan kami kerana tidak perlu beratur lama. Seperti yang dijangkakan, tayangan Shrek 4-D memang tidak menghampakan!Sangat puas hati! Seterusnya, kami pergi ke Madagascar untuk menaiki bot. Kemudian, kami terus makan tengah hari di Marty's Casa Del Wild  Food Court yang terletak di Madagascar (menurut Farid, di sini sahaja makanan yang halal).Kami menggunakan kupon yang ada. Kami telah mendapat nasi, lauk kacang panjang goreng dan ayam bakar/rendang daging. Air tidak disediakan tetapi kami boleh mendapatkan air mineral daripada kupon snack set (air mineral botol kecil dan twisties kecil). Untuk mereka yang suka makan nasi berkuah, saya cadangkan anda mengambil rendang daging. Jika anda mengambil ayam bakar, nasi tidak berkuah. Rasa kurang selera untuk makan. hehe. 

Di Madagascar
Setelah makan, kami terus menyaksikan Donkey Live di Madagascar. Agak bosan. Tak payah pergi pun takpe. Ahahaha. Nyanyi-nyanyi dengan Donkey. Kwang kwang. Kemudian, kami pergi ke The Lost World. Kami terus beratur untuk bermain Jurassic Park Rapids Adventure. Sangat seronok!Seluar habis basah sebab kena air walaupun sudah memakai baju hujan. Yang penting, puas hati! Kemudian, kami terus ke Ancient Egypt. Ahahaha. Yang ini paling best sebab walaupun saya takut dengan roller coaster tapi Revenge of The Mummy memang saya nak naik lagi!Walaupun kecut perut, tapi, masih ada hati nak naik. Sya, Pak Li, Zura, Zu dan Kak Ti - semuanya naik. Macam biasa, saya tutup muka sahaja masa naik benda ini. hahaha. Kak Ti terus tak bersuara. Diam aje.

Di Far Far Away. Bersama-sama Pinochio
Kemudian, kami solat Jamak Takdim di surau. Untuk pengetahuan anda semua, surau disediakan. Surau tersebut terletak antara Ancient Egypt dan Sci-Fi City - agak tersorok. Maka, kena tanya pekerja di situ di mana letaknya surau. Pada 2010, surau tiada lagi disediakan. Pada waktu itu, kami solat di pejabat.

Setelah solat, kami meneruskan permainan. Kami terus ke Sci-Fi City untuk bermain Transformers The Ride : The Ultimate 3D Battle. Yang ini, wajib naik. Sangat seronok dan puas hati!!!!Rasa nak naik lagi tetapi memandangkan kena beratur lama, kami tak jadi untuk naik lagi. Korang akan rasa Megatron dan Optimus Prime betul-betul di depan mata. Memang dah tak ingat dunia kami menjerit. Sampai hilang suara. Saya tak rasa ini 3 D tetapi lebih kepada 4 D sebab saya rasa ada air dan bahang api semasa menaiki  permainan ini. 

Bersama-sama Pakwe-Optimus Prime Saya. Ahahaha. Di Sci-Fi City

Kemudian, kami patah balik ke The Lost World untuk menyaksikan pertunjukan Waterworld. Yang ini pun seronok. Dapat tengok live pelakon-pelakon melakukan aksi-aksi berbahaya dibantu dengan kesan bunyi seperti dalam filem aksi. Sangat menyeronokkan!Seterusnya, kami pergi ke New York untuk menyaksikan Lights, Camera, Action!Hosted by Steven Spielberg. Di sini, kami dapat melihat bagaimana mereka boleh melakukan pertunjukan ribut seperti dalam filem dengan hanya dilakukan di dalam studio. Kami dapat melihat api memenuhi air, kapal besar, bangunan runtuh dan pelbagai lagi. Jika pertunjukan ini diberi masa yang lebih lama, pasti lebih menyeronokkan.

Pertunjukan Waterworld




Zura, Sya dan Pak Li bersama-sama Para Pelakon
Seterusnya, kami pergi menaiki Sesame Street Spaghetti Space Chase. Walaupun permainan ini lebih untuk kanak-kanak, tetapi, menyeronokkan juga bagi kami yang telah dewasa. haha. Saya rasa seperti berada di angkasa lepas. Sangat seronok!!Akhir sekali, kami pergi menyaksikan pertunjukan The Rockafellas. Ala-ala pertunjukan muzikal. Untuk 10 minit pertama, saya seronok menyaksikannya. Tetapi, kemudian, saya sudah bosan dan boleh terlelap. Muahahahaha. 

Bersama-sama Big Bird
Bersama-sama Abby Cadabby
Bersama-sama Karakter dalam Sesame Street (dari kiri) - Cookie Moonster, Big Bird & Oscar The Grouch
Di Hadapan Spagheti Space Chase
Jam 7.00 petang, USS tutup. Kami sempat membeli sedikit cenderamata untu diri sendiri dan rakan-rakan. Kami lepak-lepak di luar USS hinggalah jam 9.00 malam. 9.30 malam, kami pulang dengan menaiki bas. Semuanya sudah kepenatan tetapi puas hati. Ada rezeki, kami datang lagi. Yang penting, kami akan naik lagi Transformers tu. Ahahahahaha. Terima kasih kepada semua rakan yang menyertai aktiviti jalan-jalan kali ini. Jangan lupa perancangan kita untuk tahun 2014 dan 2015 :))


Di Walk of Fame - Elton John

Tempat Wajib Ambil Gambar - Di Waktu Malam


 Till then,

XOXO
March 27, 2013

Ekspedisi ke Taman Negara Pahang

Hai semua!Jumpa lagi kita. Hari ini tengah ada mood nak menaip. Baik taip terus. Ini pun cerita da basi - cerita ekspedisi kami ke Taman Negara Pahang :)) Kami telah pergi ke sana pada 7/6/2012 hingga 9/6/2012. Ahli-ahli kumpulan kami ialah Zu (ketua ekspedisi), Ida, Sya, Kak Syakirah, adik Kak Syakirah (lupa nama..huhu) dan Kak Aza. Kami pergi ke sana di bawah pakej pelancongan, NKS Hotel and Travel. Jangan tanya berapa harga sebab saya dah lupa!!!!!!!!Mungkin RM 300++. Mungkinlah. haha.

Pada 6/6/2012, kami telah bertolak dari Tanjung Malim ke Bangi (rumah Abang Ida) setelah majlis Jamuan GSTT. Kami tiba di Bangi pada jam 12.30 tengah malam. Saya telah berjaya drive malam ke Bangi sambil ditemani Sya. Yeay!Pada keesokan paginya, kami telah bersiap-siap awal kerana kami perlu menaiki komuter untuk sampai di Hotel Mandarin Pacific. Kami menaiki komuter pada jam 6.30 pagi untuk mengelakkan kesesakan dan sampai lambat. Kami mendaftar di hotel tersebut dan seterusnya menaiki bas ke Temerloh. Yeehaaa!!!Setelah tiba di Temerloh, kami makan tengah hari dan solat jamak di sana. Seterusnya, kami ke Taman Negara Pahang dengan menaiki bot. Sangat excited!Perjalanan memakan masa lebih kurang dua jam lebih - sampai dah tak tahu nak buat apa di atas bot tersebut - makan, tido, borak, tido lagi :P Setelah tiba di sana, kami berehat-rehat sekejap dan membersihkan diri. Kami menginap di Liana Hostel. Pada sebelah malam, setelah makan, kami mengikuti aktiviti Night Trekking. Pelbagai jenis tumbuhan dan binatang yang dapat kami temui. Yang paling menyeronokkan ialah kami dapat melihat banyak rusa. hehe. Tapi dari jauh ajelah. 

Sebelum Menaiki Bot. Muka excited!haha.
Dari kiri - Kak Aza, Kak Syakirah & adik Kak Syakirah
Kami di Atas Bot!!
Menjala Ikan
Nigt Trekking

Keesokan harinya, pada sebelah pagi, kami mendaki Bukit Teresik. Sangat seronok!!!Track nya pun agak mencabar. Perasaan yang paling tak dapat digambarkan apabila kami berjaya tiba di puncak. Apabila dapat melihat pemandangan yang indah, seronok tidak terkata. hehe. Seterusnya, kami menaiki jambatan tergantung iaitu Canopy Walkway sepanjang 500 meter. Seronok!!!!Rugi kalau tak pernah naik. hehe. Takdelah gayat sangat. Biasa aje. Yang seronoknya apabila dapat menikmati pemandangan kehijauan hutan yang tak diteroka lagi. Sejuk je. Kami dilepaskan seorang demi seorang untuk mengelakkan jambatan tersebut runtuh. hehe. Ada yang gayat, ada yang excited dan bermacam-macam gaya lagilah :))Pada sebelah petang, kami pergi melawat Perkampungan Orang Asli. Tourist guide kami pun merupakan orang Asli di sana tapi pandai speaking wooo!Tabik pada Sam. eheh. Kami dapat melihat demonstrasi menghidupkan api dengan menggunakan kayu, menyumpit dan banyak lagi. Saya cuba untuk menghidupkan api tetapi apakan daya, tangan tidak kuat. haha. Memang tak menyalalah api tu. Kemudian, kami pergi mandi di sungai berdekatan. Disebabkan tak pandai berenang, kami main air dan pasir sahajalah. Semasa perjalanan pulang ke tempat penginapan, ada Rapid Water Shooting pulak. Habis basah baju, seluar dan tudung kena air. Kalah roller coaster weh. Pandai Sam ni ye nak kenakan kami. Sangat seronok!Hilang stress!Pada sebelah malam, kami menyertai aktiviti mencari binatang di ladang sawit dengan menaiki 4x4. Seronok weh!Tak dapat jumpa banyak binatang. Kami hanya jumpa ular dan kucing hutan. ohohoho. Tapi, kucing hutan sangat cantik. Badan berbintik-bintik tak macam kucing biasa.

Breakfast dulu ye :)

Lesen Mengambil Gambar

Atas Bot

Bukit Terisek

OTW to Bukit Terisek

Sam - Tourist Guide kami :)

Kepenatan dah sampai puncak. kwang2.

Canopy Walkway

Di atas Jambatan Tergantung.

Pemandangan yang Indah.

Tak boleh lebih yeee...

Di Perkampungan Orang Asli. Eh, sape yang amik gambo ni eh???

Daun yang boleh menggantikan kertas pasir - untuk melicinkan permukaan kayu

Demonstrasi menyalakan api
Sam ajo menyumpit

Belakang tu, rumah orang asli

Bersama-sama Sam

Kucing Hutan - cantik tak???

Keesokan harinya yang merupakan hari terakhir kami di sini, kami sempat mengambil gambar dan membeli cenderamata buat kenang-kenangan. Yang menyedihkan, kami tertinggal bot. Haish. Sabo jelah. Nasib baiklah mereka ada back up. Kami pulang ke bandar Temerloh dengan menaiki van. Lagi cepat dari naik bot rupanya. hehehe. Tamatlah ekspedisi 3 hari 2 malam kami di Taman Negara Pahang. Next plan???Gunung Kinabalu kah?hehehe.

Taman Negara Pahang




Till Then,

xoxo

Jalan-jalan ke Ho Chi Minh, Vietnam

Assalamualaikum. Dah lama tak menulis di sini. Biasalah. Tahap kemalasan yang melampau. Serius!Tahun 2012 merupakan tahun yang mencabar dan meninggalkan pelbagai kenangan untuk diingati. Ada juga beberapa tempat yang saya pergi, antaranya, Taman Negara Pahang, Genting Highlands dan Vietnam. Yeeehaaaa!!!!!!!!!!!!Alhamdulillah. Ada rezeki nak berjalan-jalan. Eheh. Entry kali ini saya akan menceritakan serba-sedikit perjalanan saya dan keluarga ke bandar Ho Chi Minh atau dikenali sebagai Saigon :)

Kami telah pergi ke sana pada 11/12/2012 hingga 15/12/2012 selama 5 hari 4 malam. Kami menggunakan khidmat pihak pelancongan Rajawali Bintang Travel yang beribu pejabat di JB. Dari Mersing, kami menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak pelancongan. Kami terus bergerak ke Lapangan Terbang Changi, Singapura. Lebih kurang jam 12, kami telah tiba di sana. Penerbangan kami adalah pada jam 2 petang dengan menaiki Jetstar. Perjalanan memakan masa satu jam lebih. Kami tiba di Saigon pada jam 3.05 petang. Terus solat jamak di Masjid Rahim. Kemudian, terus makan malam. Pada malam hari, aktiviti bebas. Saya memilih untuk lepak-lepak sahaja di dalam bilik sambil melayari internet kerana wifi di hotel tersebut sangat laju!!!Oh ya, kami menginap di Hotel Gia Huy. Sangat dekat dengan Ben Than Market dan kedai-kedai lain. Memang senang nak shopping!

Bagasi

Tentatif Lawatan

Pengangkutan Utama - Motorsikal

Masjid Al-Rahim

Aktiviti Shopping Bermula!!
Pada keesokan harinya, kami bersarapan di Restoran Sri Penang. Kemudian, terus bergerak ke Cu Chi Tunnel. Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. Cu Chi Tunnel merupakan tempat tinggalan sejarah dan terdapat terowong sepanjang 200 km yang telah digunakan sebagai kubu semasa perang di Vietnam. Saya telah berpeluang memasuki terowong tersebut. Sangat sempit, gelap dan panas - muat-muat untuk saiz orang Asia. Selepas keluar dari terowong tersebut, memang berpeluh-peluh. haha. Selepas itu, kami dihidangkan dengan ubi kayu rebus dan teh kosong yang merupakan makanan sewaktu perang. Kami makan tengah hari di Vietnam Delights dan solat di Madrasah Al-Nur. Berdekatan dengan madrasah tersebut, ada rumah yang menjual kain dan baju kurung. Apa lagi, shopping laaaaa.......Kemudian, kami pergi ke Water Puppet Show. Sungguh menghiburkan. Mereka sangat kreatif. Bagaimana mereka boleh menggerakkan 'puppet' di atas air?Hmmm.......Pada malam hari, kami menaiki cruise sambil menikmati pemandangan bandar Saigon di waktu malam. 

Bom Semasa Perang dengan USA

Makanan Sewaktu Perang

Water Puppet Show

Di atas Cruise
Hari berikutnya iaitu Selasa, kami menaiki bot menyelusuri Sungai Mekong dan melawat Pulau Thoi Son. Kami disediakan dengan air kelapa yang fresh. Slllrrrpppp. Di sana, kami berpeluang menikmati buah-buahan tempatan, seperti, mangga, rambutan, buah naga, nanas dan durian - sama je dengan Malaysia. hehe. Kami juga berpeluang menaiki sampan yang didayung oleh penduduk di sana. Berlumba-lumba mereka mendayung sampan kerana ingin mendapatkan ramai pelanggan. Betapa sukarnya mencari rezeki. Haish. Pada sebelah malam, kami bersiar-siar di sekeliling hotel sambil shopping. Pergi ke Pasar Ben Than, cuci-cuci mata. aha. Di sini, kita kena pandai tawar-menawar harga. Boleh guna duit kita dan juga USD. Ada yang pandai cakap Bahasa Malaysia. Ada yang cakap Bahasa Inggeris. Yang penting, tawar harga ye.

Menaiki Sampan

Madu, Air Teh O Limau campur Madu dan lain-lain

Ben Than Market

Hari Rabu, kami jalan-jalan lagi. Kali ini kami pergi Saigon Centre dan Pasar Ben Than lagi. hahaha. Macam-macam ada. Kain, t-shirt, jam, kasut dan macam-macam lagilah. Yang penting, ongkosnya adaaaaa!!!Ahahahaha. Kalau pergi sini, memang tak sah kalau tak shopping. Maka, kumpul duit banyak-banyak, baru boleh pergi Vietnam ye. Pada sebelah petang, kami dibawa keliling bandar Saigon. Kami pergi ke Muzium Perang, Notre Dame Catheral, bangunan pejabat pos lama dan Hard Rock Cafe. Di Muzium Perang, kami berpeluang melihat kesan sejarah Amerika di Vietnam. Gambar-gambar yang dipamerkan sangat menyedihkan dan memberi keinsafan kepada kita bahawasanya peperangan amat menyedihkan dan memeritkan. 

Muzium Perang

Shopping Lagi!

Hari Khamis merupakan hari terakhir kami di sini. Sempatlah lagi beli apa-apa yang patut - menghabiskan duit. huhuhu. Jam 3.45 petang, kami bertolak pulang ke Singapura sebelum menaiki bas ke Mersing. Terima kasih kepada pemandu pelancong kami di sana, Christine yang rajin melayan kami. Eheh. Ada masa, berjumpa lagi kita ye :)

Balik!

Ada beberapa cerita yang saya dapat daripada Christine berkenaan dengan Vietnam. Antaranya :

- Orang Vietnam suka makan daging anjing terutamanya lelaki kerana dipercayai daging anjing boleh membuatkan kita lagi kuat.

- Untuk perempuan mengandung pula, mereka memakan daging anjing untuk menghasilkan lebih banyak susu dan bayi di dalam kandungan cepat membesar.

- Vietnam merupakan pengeksport padi terbanyak di dunia.

- Orang Vietnam kahwin awal - julat umur 16 hingga 18 tahun.

- Mereka makan ular untuk mengubati kanser. (Emak Chris pun makan ular setelah tahu menghidap kanser. Sampai sekarang, masih sihat).

- Perempuan Vietnam suka berkahwin dengan lelaki kaya kerana mereka perlu menyara keluarga mereka dan tidak mahu menjadi miskin.

- Vietnam terbahagi kepada tiga iaitu, southern, northern dan central. Bagi penduduk northern, mereka percaya pada, " love is from heart, not money". eheh.



Till Then,
xoxo.